Ha ha ha... cuak Ash cuak... Ada seorang kanak-kanak lelaki yang becok dan mempunyai mata yang bulat bakal kena suntik setelah sekian lama tak disuntik... Muahahaha... Sah menangis ni nanti... sebabnya baru hari Rabu lepas semasa hari lahir dia, Farah bawa dia ke klinik kerana selsema dan demam sedikit, baru buka pintu bilik PAED tu, dah menangis rangkul-rangkul badan dan leher Mummy... Pheww... dia takut kena cucuk lettew... Bha ha ha... Padahal PAED tu tak nak buat apa-apa pun pada dia, nak buat pemeriksaan biasa jer... La la la la...
Memandangkan sehingga ke malam semalam selsema masih lagi belum kering sepenuhnya dan semalam tubuh badan kembali dedar. Mummy terpaksa tangguhkan dulu suntikan vaksin MMR setahun Ash. Cerita tentang jenis-jenis suntikan imunisasi ni, seperti yang Farah pernah kongsikan dulu ada di entri Jenis-Jenis Suntikan Bayi/Kanak-Kanak dan bagi jadual vaksin/suntikan yang lengkap seperti yang dipreskripsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bolehlah rujuk dari sumber di SINI.
Apakah itu suntikan vaksin MMR? Ianya seperti bahasa biasa yang kita gunakan adalah suntikan 3 serangkai... Vaksin bagi campak, beguk dan juga rubela.
Apakah itu suntikan vaksin MMR? Ianya seperti bahasa biasa yang kita gunakan adalah suntikan 3 serangkai... Vaksin bagi campak, beguk dan juga rubela.
CAMPAK
Campak dahulunya penyakit kanak-kanak yang paling meluas. Ia amat senang dijangkiti, mempunyai tempoh inkubasi selama 10 hari dan infeksi berlaku melalui titik-titik dari mulut atau hidung. Ia mungkin bermula sebagai selesema yang teruk dengan kadar yang banyak dan demam ruam akan timbul selepas 2 hari. Ash dah kena dah campak ni masa comel-comel bayi lagi, Farah pernah kongsikan di dalam entri :
Komplikasi adalah perkara biasa dan melibatkan bronkitis, bronkiolitis, infeksi telinga dan krup. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, komplikasi serius mengakibatkan sistem saraf, seperti ensefalitis. Kanak-kanak ditawarkan vaksin campak di sekitar usia 12 bulan. Ia diberi melalui suntikan dikenali sebagai MMR, yang juga mengandungi vaksin-vaksin beguk dan rubela. Suntikan penggalak prasekolah juga diberikan antara usia 6 dan 7 tahun.
BEGUK
Beguk ialah satu penyakit virus, yang boleh menyebabkan bengkak besar di sekitar pipi dan leher. Tempoh inkubasi ialah di antara 14 hingga 21 hari. Komplikasi termasuk meningitis, pekak, ensefalitis dan radang testis bagi kanak-kanak lelaki, yang boleh menjejaskan kesuburan secara kekal. Kanak-kanak ditawarkan vaksin beguk sekitar 12 bulan.
RUBELA
Rubela adalah pada umumnya penyakit yang ringan dalam kanak-kanak yang menyebabkan demam, ruam dan bengkak kelenjar. Ia mempunyai tempoh inkubasi antara 14 hingga 21 hari dan komplikasi bagi kanak-kanak itu jarang berlaku. Walaubagaimanapun, jika seorang wanita dijangkiti rubela semasa hamil antara 8 hingga 10 minggu, kesan ke atas bayinya yang belum lahir itu boleh menjadi betul-betul serius: bayi boleh dilahirkan cacat pendengaran, cacat penglihatan, masalah jantung dan/atau kerosakan otak. Kanak-kanak ditawarkan vaksin rubela di usia 12 bulan.
Begitulah seadanya, setiap vaksin yang telah dijadualkan untuk anak-anak kita itu ada kepentingannya yang tersendiri dan ada sebabnya yang tersendiri.
Tiba-tiba tengah membayangkan Ash yang akan meraung di klinik semasa nak dapatkan suntikan ni...hik hik hik... Tapi bukan hantar sekaranglah... Tunggu selesema dia pulih sepenuhnya dan juga demam dia pulih sepenuhnya... Dah betul-betul sihat baru boleh hantar kan? Hew hew hew... Jadinya, buat masa sekarang ni Ash masih selamat lagi ni...
Hehehe bulat mata ash tu takut kena cucuk ye sayang :)
ReplyDeleteha ha ha, sampai macam tu sekali bulatnya mata dia ek?
DeleteTak pe mummy Ash ada disisi Ash mesti ok punya
ReplyDeleteBuku imunisasi tu simpan elok2 nanti Ash nak masuk sekolah rendah depa akan request
oh ye ker kak? baiklah akan disimpan...maknanya lamalah buku tu disimpan yer... he he he... thanks for sharing the info kak...
Deleteada sedara dekna nasihat kalau ada anak nnt jgn suntik vaksin la apa lah.dekna tak setuju dgn dia.skrg dunia mcm2 penyakit. kan akak?
ReplyDeletememang ada parents yang tak hantar anak mereka untuk suntikan vaksin...entahlah tapi pada akak, benda ni penting...kena rajin research sebab dan akibat jika pergi dan tak pergi hantar anak untuk suntikan vaksin ni, tapi pada akak perlu...
Deletehehehee...
ReplyDeletemakin bulat ler mata tu nnti...
makin hensem ler lepas cucuk nnti.
habislahhhh satu klinik dengar suara dia jer nanti ni, boleh bingit telinga tau tak uncle shark oiii...suara dia dahlah nyaring...
Deletehujung bulan ni Irine pulak nak kena enjek!! hehehehe.. selalu dia enjek biasa lagi..masa 9 bulan kan.. ni dah nak setahun..dah kenal ngan org..doc check dada die pon gigih dok paling badan.. ni nak enjek macam mana ni..dah kuat terajang kite.. hehehehee
ReplyDeleteha tulah ni pun dok fikir ni, dia dah mula pandai tendang-tendang, mau PAED ditendangnya nanti... hu hu hu...makanya kena pegang kuat-kuatlah kaki dia tu...
DeleteTerkejut ye Ash bila dengar kena cucuk hehe..
ReplyDeletesampai booolatttt betul matanya...
DeleteHehe.. takpe, diorang ni biasanya kuat nangis 3 saat, pastu dah. Noah pun nak kena cucuk sebulan esok ;)
ReplyDeletekan nangisnya sekejap ajer kan?
Deletealahai kesiannya..semoga Ash kuat n tak nangis..Ash kan strong boy..hehe
ReplyDeleteha ha ha, mesti nangis punya ni aida... hik hik hik...
Deletemmg kena tunggu baik selsema dulu tu...
ReplyDeletesebelum cucuk...dah nak kena cucuk lagi ya
Ash msti kuat Ank mommy kan..
ReplyDeletecomel Ash..hahah..
ReplyDeleteash jangan nangis2 ya
ReplyDeleteTu la..Ada sebab la kenapa perlu disuntik Vaksin..saya tak paham dengan orang2 yang tak nak anak diberi vaksin..pendapat masing2 kan..
ReplyDeleteAlahai comelnyeee...mata bulat yang tak tahan tu...Ash kuat laa Mummy, peluk Mummy tu eksen je...
ReplyDeleteHaha... sian Ash, tak pe budak lelaki mesti kene kuat... cucuk sikit aje tu!
ReplyDeleteAsh kan kuat...mana leh takut.Org tua2 ckp kena campak time kecik sng jaga.Btl ke x ...xtau la.
ReplyDeleteAqil kena cucuk dia ok ja...kuat smacam mai dr mn xtau.
Aqil pon dh kena campak ms 10 bulan hr tu bsambung dgn tmbuh gigi.Demam 2 minggu dgn mak dia ni kena cuti 2 minggu.
Anak akak menangis bukan sebab sakit sangat, tapi sebab jururawat dok pegang dia :)
ReplyDeleteComel je Ash ;D
ReplyDeleteDah test makan telur ke Ash... Mmg itulah rutinnya... Vaksin utk pencegahan awal..
ReplyDelete