Silalah Percaya... Ash Dah Pandai "Tag" Mummy Sekarang!!!

Farah Waheda Wahid
24
Normallah tu kan? Bila anak dah semakin meningkat usia, semakin membesar, semakin berakal dan semakin berkembang... akan ada perkara-perkara baru yang mewarnai kehidupan kita sebagai ibu mahupun bapa. Ada sahaja telatah mereka, ada sahaja kerenah mereka dalam pelbagai corak dan warna. Sama juga halnya seperti Ash. Setiap hari, setiap minggu pasti ada perkara baru... 


Hari Sabtu pergi 7 E, dia tunjuk air susu strawberry Dutch Lady Kids RM 1.70, semalam Farah bawa dia ke Shell sebab nak isi petrol untuk kerja minggu ni... dia tunjuk air susu coklat Dutch Lady Kids RM 1.70... Ada lagi, Sabtu pergi ke TESCO beli baby oil Johnson dan Gripe Water dia, dia tunjuk "colourful windmill" yang dia dah memang idam-idamkan lama dah... RM 6.40...


Hu hu hu... bila kira-kira balik, Ash dah belanja RM 9.80 "uolss" minggu ni... Ya Allah, kalau tengok reaksi dia bila dapat barang yang diminta, sangattt lahhh gembira adanya dia. Dan walaupun masih tak fasih bertutur dan dalam proses belajar bertutur... kedengaran juga sebutan hujung-hujung... "yuu mie..."... bukan sekali secara kebetulan... tapi setiap kali dapat barang yang dia tunjuk... masa nak menunjuk barang tu... "mieee..."... macam bunyi kucing manja giteww... Ahakss... 

Adehhh... dah pandai belanja dan dah pandai "tag" Mummy pulak bila dah setahun ni... Ha ha ha... makanya, Mummy kena siap sedia duit lebih sikit jer lah untuk Ash ni... Tapi ini bukanlah bermakna Farah akan manjakan dan turutkan ajer setiap permintaan Ash... Bak kata Nek Ma Ash... Jangan ajar anak dengan cara turutkan sahaja semua permintaan mereka, takut-takut esok-esok diri sendiri yang teruk bila tak dapat nak beri. Memang betul pun... Walaupun Farah nak barang-barang Ash semua lengkap dan tak nak Ash rasa kekurangan, tapi itu bukanlah tiket untuk Ash belajar membazir... "no no no no no"... Ada masanya Ash akan dapat dan ada masanya... Ya ampunn nakkk... Mummy takkan "follow" semua "request" Ash... Yang relevan In Shaa Allah... 

Boleh tak agak-agak buat macam ni? Kalau nak sesuatu tu sila hantar "proposal" pada Mummy... Ahaksss... Apa yang diminta? Sebab apa? Untuk apa? ...Lepas tu Mummy timbang tara... Ha ha ha... Aci tak? Tapi bukanlah sekarang suruh hantar "proposal" tu... bila dah faham dan fasih bercakap sok-sok In Shaa Allah... Ni zaman-zaman bayi dan "toddler" ni adalah kelonggaran sedikit... Tapi memang taklah kan nak bagi semua yang dia tunjuk... ekekekeke... Nak latih kenalah dari sekarang kan? Tak naklah kalau boleh, esok-esok dah berkembang sedikit dari sekarang... bila tak dapat barang yang dikehendaki baring atas simen hentak-hentak kaki menangis... Adehhh... pengsannn kalau macam tu... Ada yang kena cubit dengan Mummy karang... #oopsss... he he he... 

*Bila dapat "colourful windmill" tu memang dia main sungguh dan sampai cium-cium benda tu... Hu hu hu...  

Post a Comment

24Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. amboiii.. cenggitu laa kan dah ada anak.. mesti nak belikan jugak.. hiks.. irine pon dah pandai tunjuk apa yg dia nak..kalau pergi pasar malam, nampak belon2 tu, kemain happy macm kite nk belikan dia.. tp non hadooo laa..sebb die bukan nak main pon.. kejappp ke minat die tuu..nasib baik masih bayi..kalau dah besar, mesti dah tantrum tengah jalan.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, tantrum tengah jalan tu yang tak menahan tu...

      Delete
  2. anak sekarang lebih advance dari anak zaman dulu kan. bijak2 Ash

    ReplyDelete
  3. semakin bijak dan cerdas

    ReplyDelete
  4. itu tandanya sel2 otak ash sedang berhubung' muahahaha. satu peningkatan yg bagus utk Ash.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum
    singgah isnin
    sory hr nie bz sangat
    x sempat nak komen ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, tak apa anum, dulukan yang mana perlu didahulukan...

      Delete
  6. Betul tu... kalau dia mintak yg bukan2 ckp aje xde duit, budak2 sebaya ni dh kena mula diajar berjimat supaya dia paham, nanti bila dh beso sikit xlah berguling2 atas lantai bila xdpt apa yg diminta tu kan farah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah betul tu sayang...setuju, kalau boleh tak naklah sampai ada incident incident yang seperti itu...

      Delete
  7. kadang2 tu diri sendiri rasa bersalah bila tak belikan..tengok muka dia je rasa nak belikan sesuatu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, ada jugak pernah terasa macam tu...hu hu hu...

      Delete
  8. ash, lepas ni pau mummy lebih sket tau...hehehheh cute sgt baca citer ash:)

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. wahhh ramainya penyokong Ash...habislah habislah...

      Delete
  10. Ash, dah besar sikit jgn lupa pau mummy habis2.... Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ni lagi sorang ni, tukang batu api ni...ha ha ha...

      Delete
  11. kena siap duit banyak2 yer kak Farah..hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !