![]() |
Sumber dari Google |
Tahun 2014 bakal melabuhkan tirai 2 hari saja lagi. 2015 bakal menjelma... dan ini bermakna tinggal beberapa bulan lagi perlaksanaan Goods and Services Tax (GST) akan tiba. Semua peniaga dan usahawan diperlukan untuk mendaftar GST. Farah pernah kongsikan serba sedikit mengenai GST di dalam entri WW#43: GST... How Does It Affects Us...
Mengapa dan kenapa perlu perniagaan perlu didaftarkan GST? Menurut sumber di SINI,
1. GST boleh menurunkan kos perniagaan kerana cukai input yang dibayar boleh dituntut semula. Sebelum ini, kos-kos ini mungkin termasuk di dalam perbelanjaan dan meningkatkan kos menjalankan perniagaan. Sekiranya kos perniagaan telah turun, anda mempunyai dua pilihan. Anda tidak perlu berbuat apa-apa atau buat pelarasan pada harga anda.
- Sila ambil perhatian bahawa sekiranya kos perniagaan menjadi rendah kerana GST, anda diharap akan melaraskan harga anda sewajarnya, jika tidak, anda akan didakwa di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
- Sekiranya anda tidak menurunkan harga anda, ia tidak bermakna pesaing langsung anda juga tidak berbuat demikian. Maka, anda mungkin akan mula kehilangan pelanggan kepada pesaing anda yang telah melakukan yang sewajarnya atas GST.
2. Sekiranya anda membekal kepada perniagaan-perniagaan yang lebih besar yang mendaftar GST, anda mungkin perlu mendaftar secara sukarela untuk GST supaya anda boleh terus membekal kepada pelanggan-pelanggan ini. Jika tidak, mereka mungkin tidak mahu membeli daripada anda kerana mereka tidak dapat menuntut cukai input kerana invois anda tidak mematuhi GST atau invois cukai yang betul.
3. Walau pun pendapatan tahunan anda kurang daripada RM500,000, perniagaan anda akan memperoleh manfaat sekiranya anda mendaftar secara sukarela. Cuba fikirkan: Sekiranya kos perniagaan tahunan anda ialah RM300,000, anda mungkin membayar 6% GST atas kebanyakan jumlah tersebut. Anda membayar sebanyak RM18,000 GST setahun kepada pembekal anda. Sekiranya anda mendaftar GST, anda akan dapat menuntut jumlah RM18,000 ini setiap tahun. Sudah tentu, anda boleh memutuskan sama ada anda mahu menyerap kos tambahan RM18,000 ini ke dalam perniagaan anda. Ia hanya bermakna anda akan mendapat keuntungan kurang RM18,000 atau anda mempunyai pilihan untuk menaikkan harga anda. Walau bagaimanapun, sekiranya anda menaikkan harga anda, anda mungkin akan kehilangan jualan anda kepada pesaing anda yang mendaftar GST dan mempunyai kos yang lebih rendah, maka harga jualan mereka akan lebih rendah.
4.Pemilik perniagaan hendaklah sedar akan penalti akibat tidak mematuhi GST.
- Bayaran Lewat dari 5% hingga 25% GST boleh dikenakan.
- Penyata yang salah/cukai output terkurang/cukai input terlebih - jika disabit kesalahan, boleh dikenakan denda sebanyak RM50,000 atau 3 tahun penjara serta penalti bersamaan jumlah cukai yang terkurang caj. Kesalahan boleh dikenakan kompaun dengan membayar 50%.
- Penalti Am - jika disabit kesalahan, boleh dikenakan denda sebanyak RM30,000 atau 2 tahun penjara. Kompaun ialah 50%.
- Pengarah adalah bertanggungjawab secara bersama dan berasingan atas kepatuhan GST perniagaan tersebut.
Perubahan telah dicadangkan terhadap Akta Kewangan 2013. Ini bermakna sesiapa yang mengawal secara langsung (atau tidak langsung melalui medium syarikat lain) tidak kurang daripada 20% daripada saham biasa syarikat, akan dianggap seorang pengarah (sebelum ini ambang nilai adalah lebih daripada 50%).
5. Sekiranya syarikat anda tidak mendaftar GST, maka anda sebenarnya mengumumkan kepada semua sekutu perniagaan dan keluarga luas anda bahawa perniagaan anda mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM500,000. Dalam persekitaran 'kiasu', alangkah malunya sekiranya tiada perubahan dalam status GST dari setahun ke setahun!
Tambahan pula, pelanggan anda mungkin rasa lebih selesa untuk membeli barangan dan perkhidmatan daripada syarikat yang 'lebih besar' atas sebab-sebab kestabilan perniagaan, lebih ramai kakitangan, dan sebagainya.
Begitulah sebab-sebabnya yang dapat Farah kongsikan bersama. Dan untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran GST ni... bolehlah melawat laman web http://gst.customs.gov.my
perghh!!iqha kalau baca ada nampak pasal bisnes je,,automatik kepala ting tong,,hikhik..
ReplyDeleteErrr kenapa ting tong iqha?
DeleteBanyak pendedahan tentang GST sekarang ni..
ReplyDeleteYer memang betul tu D, kita yang kena rajin cari info dan fahamkan kan?
Deletewaaa...nak kena mendaftar ni :)
ReplyDeleteSila-sila, silalah dan selamat mendaftar yer? Ngeee.....
DeleteThanks farah.. tapi kinah masih lagi blur bab gst.. banyak yg nak kena baca lagi.. huhu.. apa2 pun terima kasih farah.. 😊
ReplyDeleteSama-sama kinah...
Deletestill blur tentang GST ni..huhu
ReplyDeleteX dftar...sbb x smp had yg lyk utk dftr...
ReplyDelete