Pencetakkan Foto Kanvas Oleh Samudera Kanvas...

Farah Waheda Wahid
21

Dulu pada entri yang bertarikh 16 Februari 2014 yang bertajuk "Looking Out For Canvas Printing...", Farah pernah menyatakan hasrat di hati giteww... nak mencari perkhidmatan pencetakkan foto kanvas untuk mengabadikan "portraiture" Ash... Lama berbulan-bulan dah cerita ni... Ihikss... Lepas tu disebabkan sibuk di sana sini sinun, terkubur sekejap hasrat Farah tu. 

Terkubur tak bermakna terhenti atau mati di situ yer.. Farah meletakkan keutamaan ke atas perkara-perkara lain terlebih dahulu... Tetapi keinginan dan perancangan itu tetap wujud... 

Kenapa nak sangat foto kanvas ni? Sebab "trending" kah? Ataupun sebab lain? Bahagian "trending" tu memang ya, satu perkara. Tapi sebab musabab lain? Hurmm... "uolss" tentu tau apa itu pencetakkan foto kanvas ataupun lebih dikenali sebagai "canvas printing". Bagi pencetakkan foto kanvas ni, bahan ataupun medium yang selalu digunakan untuk mencetak gambar adalah kanvas. Kalis air... kalau berhabuk boleh lap bersihkan guna kain lembap. Warna tak pudar. Boleh terus gantung dan tak perlu pakai bingkai gambar. Yang lebih Farah suka, kerana ianya nampak ekslusif dan moden sebagai hiasan di dinding rumah. ^_^... Ataupun di tempat-tempat lain yang bersesuaian. 

Tup tup tup, Alhamdulillah, pihak Samudera Kanvas sudi mencetak foto kanvas untuk Ash dan Farah. Terima kasih Samudera Kanvas! Nak tengok hasil yang Farah terbalikkan dalam gambar di atas? Jeng jeng jeng... 


Tadaaaa.... inilah hasilnya... Gambar kami berdua beranak yang berulang kali tayang di Bubblynotes.Com... muahahaha... Walaupun kamu kamu kamu di luar sana menyakat mengatakan Mummy "over" dari Ash... tetapi ianya tetap menjadi pojaan hatiku... hew hew hew... Abah Ash "is jelly"... katanya pilih kasih dan berat sebelah... sebab gambar Abah Ash nan hado... Hu hu hu... Nanti sok-sok kita ambil yang lainlah... Boleh? Hik hik hik... Kasi ruang untuk Ash berdua-duaan dengan Mummy dulu... ^_*

Ini salah satu contoh pencetakkan foto kanvas oleh Samudera Kanvas... dan sebenarnya terdapat banyak lagi hasil kerja Samudera Kanvas ke atas pencetakkan foto kanvas ni yang didatangkan di dalam pelbagai saiz gambar dan juga terdapat pencetakkan kanvas seni kufi... Farah kongsikan sedikit dari laman Facebook mereka...





Semalam bila Farah terima foto kanvas ni... Farah sangat puas hati dengan hasil pencetakkan mereka. Harga??? Dijamin murah dan kualitinya berbaloi-baloi ok? Tak percaya bila Farah katakan murah? Ataupun berminat nak cetak foto kanvas??? Boleh jer kalau "uolss" nak.... Tempoh pemprosesan foto kanvas cuma mengambil 7 sehingga 14 hari bekerja sahaja. 

Untuk Maklumat Lanjut Tentang Produk, sudilah dan bolehlah kiranya rujuk kepada: 

Laman Facebook: 

Laman Web Samudera Kanvas: 
Dan untuk foto kanvas kami yang telah terhasil, Farah dah letakkan di tepi tangga buat sementara waktu sebab tak sempat lagi nak "drill" lubang di dinding... 


Tapi kannn... kalau susun banyak-banyak di tangga ni pun menarik ni. Tiba-tiba rasa macam tangga tu berseri pulak... Muahahaha... Nak cetak lagi ke? Haruslah... In Shaa Allah... Ada kelapangan nanti Farah pilih gambar-gambar menarik Ash dan hantar tempahan untuk dicetak... ^_^

Post a Comment

21Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Comeynya korang!! Xsbr tunggu ida punyee hehhhe

    ReplyDelete
  2. Aida lom pernah lg cetak jenis kanvas ni. Nanti pindah umah baru kot hi hi...
    Mcm2 inovasi zaman skang...

    ReplyDelete
  3. cantik! dah lama dok tringin nak buat kanvas print jugak, tak tak terbuat lagi hehehe

    ReplyDelete
  4. Abadikn momen dgn Ank. Memg lawa la sis

    ReplyDelete
  5. Nanti dah ada rmh sndri pon nk buat jgk la. :) tampal kt dinding

    ReplyDelete
  6. adui, comelnya mummy ngn baby. hehehe. mamamyja pon nak buat juga, tapi xd masa nk survey. kalau nak buat sekarang kena buat 3 sekali. kang der yang cemburu. kuikui

    ReplyDelete
  7. cantik..mmg suke ngan foto kanvas..ade kt umah..br 2 mggu spi tp xsempat nk gantung lg..hikhik

    ReplyDelete
  8. cantiklah farah,nank tempah jugklaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  9. Cantik...so yg farah punya nie brapa harganya?

    ReplyDelete
  10. uiii boleh pening kepala nk plh gmbr2 yg best sblm cetak ni...

    ReplyDelete
  11. cantik la pulak kalau letak ka tangga tu :)

    ReplyDelete
  12. Pandai pilih gambar... manis sgt senyuman ash tu... boleh mengakibatkan kencing manis kalau ditatap lama2... hahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !