Masih cerita mengenai banjir ataupun bah besar yang melanda Pantai Timur. Kini Perlis, Perak, Kedah turut sama mengalami situasi banjir. Apakah tiada petanda yang banjir akan surut? Rasa dalam diri Farah ni sebagai seorang manusia biasa berbaur-baur. Cemas, sedih, simpati dan harapan yang tinggi agar segalanya berakhir dan pulih seperti sediakala. Apakah perancangan yang sedang dirangka? Apakah yang terbaik boleh dilakukan?
Bila rakan-rakan yang mempunyai keluarga di Pantai Timur yang turut menjadi mangsa banjir besar kali ini, Farah turut dapat merasakan apa yang mereka rasa. Bila pulak ada juga di antara rakan-rakan yang sememangnya tinggal di Pantai Timur menjadi mangsa banjir ataupun bah... bertambah-tambah lagi perasaan berbaur ini.
Eraz Fadli, blogger yang tidak asing lagi di dunia blog... adalah salah seorang yang menetap di Kota Bharu, Kelantan. Bila dapat tau jer berita yang Kota Bharu telah mula dinaiki air, dan terlihat gambar Stadium Kota Bharu ditenggelami air.., Perasaan sedia ada yang risau, yang cemas, yang sedih, yang simpati terus bertambah-tambah. Tiba-tiba kotak pemikiran asyik teringatkan mereka sekeluarga... teringatkan Fify, teringatkan Zara Faleesya. Begitu juga dengan blogger Lya, dan keluarga... Kak Junn, keluarga blogger Fiza Fantagiro, keluarga blogger Sue Izza, keluarga blogger Dkna dan beberapa orang blogger lagi.
Bukan sahaja pada blogger ataupun keluarga blogger, malahan semua yang menjadi mangsa... tak kira siapa.... :-(... Perasaan kat dalam ni tak dapat nak digambarkan dan disebabkan itu Farah memilih untuk mencurahkan secara maya isi hati yang sebenar-benarnya. Siapa yang nak fikir sebab Farah cuba bermain SEO ataupun cuba kejar trafik... terpulang pada koranglah nak fikir apa... Tak sampai ke situ pun niat di hati...sebab ianya lebih berupa kepada perasaan sebenar di dalam... Manusia ni kalau tak berkata-kata negatif tak sah kan? Jadi biarkan saja...
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar... Terkenangkan cerita-cerita sebenar dari rakan-rakan... bayi menangis tanpa henti... bekalan makanan tak mencukupi, air naik dengan 'laju', air naik dengan cepat dari satu tingkat ke satu tingkat di pusat pemindahan, terputus hubungan, terputus bekalan elektrik... besar ujian dan dugaan Allah SWT kepada Malaysia... terkenang juga pada ibu-ibu mengandung... kalau sakit nak bersalin? Warga emas yang uzur serta tidak berdaya... mereka-mereka yang sakit... bayi dan kanak-kanak... sejuk, lapar, ketakutan serta rasa cemas... :'-(.
#prayforpantaitimur dan #prayforallofus... marilah kita sama-sama lakukan tanggungjawab kita apa yang sepatutnya dan sama-sama kita terus berdoa pada yang Esa agar segalanya dipermudahkan...In Shaa Allah... Amin...
Sedang mengumpulkan baju-baju Ash dan Farah untuk diberikan kepada mangsa-mangsa banjir... amal kebajikan memang tidak perlu dicanang, tetapi Farah berkongsi kerana ingin mengajak semua untuk turut membantu sama... Saudara mara kita di sana, adalah di dalam keadaan yang amat memerlukan pada ketika ini...
Kalau orang-orang Selangor dan Kuala Lumpur nak hantar bantuan barang-barang bolehlah dihantar ke:
Kompleks Darul Thibbun Nabawi
Jalan Tebing 8/8, Seksyen 8, Shah Alam
saya pun risau dengan keluarga saya dkat kelantan bila tengok keadaan banjir yang makin teruk. sama2 kita berdoa agar keadaan kembali pulih, amin..
ReplyDeleteIn Shaa Allah, mudah-mudahan... Amin
Deletejom sama2 doakan
ReplyDeleteJom anum jom...
Deletesimpati dengan mereka.. semua perasaan ada.. sedih dan takut sekiranya keadaan makin teruk
ReplyDeleteBetul tu N...
DeleteSedih kan tengok banjir tak surut surut :( Tiap kali bangun pagi denganharapan banjir akan surut :(
ReplyDeleteBetul tu Nad...
Deletezee pon tak tahu kak nasib keluarga macam mana..dah 3,4hari terputus hubungan..
ReplyDeleteKita doakan yang baik-baik yer Zee... In Shaa Allah, mudah-mudahan... Amin...
DeleteSubhanallah... doa yg mampu sy kirimkan T_T
ReplyDeletetakut sngat bila baca berita banjir. sedihh tengok mangsa banjir.
ReplyDeleteSEMOGA SEMUANYA SELAMAT....TAKUT TENGOK KEADAAN MEREKA...
ReplyDeleteitulah farah, zaza pun simpati sangat2.. walaupun kita tak mampu nak tolong dgn harta benda.. sama2 kita berdoa kepadaNya agar bencana ini segera pulih seperti sediakala.
ReplyDeletesemoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.
ReplyDeletealways pray for them..not just for them but for all of us....
ReplyDeletesemoga keadaan akan beransur pulih seperti biasa,
ReplyDeletefollower 1711#
oooo tempat berubat tu yer...jom kita menderma..sumbang sikit2 kan ;)
ReplyDeletemereka tgh berjuang utk meneruskan kehidpan... huhu
ReplyDelete