![]() |
Sumber dari Google |
Kalau ikut-ikutkan Farah, shhhhh...ha ha ha, ni nak buka pekung di dada sendiri ni... Farah berhenti hisap botol semasa berusia 8 tahun... Ha ha ha... gelakkan Farah lettew... Yer, memang itulah kenyataannya... lama "uolss" Farah bergantung dengan botol susu...Tapi disebabkan "lactose intolerance" Farah bukannya menyusu atau hisap susu, tetapi keterbergantungan kepada Ribena... Tu sebabnya dulu masa kecik-kecik, gigi susu 2 batang kat depan bahagian atas tu hitam...Huhh... Nasib masih lagi comel... Errrr...ha ha ha...
Ash ni tak taulah sampai usia berapa ni pulak bergantung dengan botol susu ni...Tapi ada cadang-cadang dan tengah berfikir-fikir serta merangka-rangka juga ni waktu yang bersesuaian untuk pisahkan botol susu dengan dia... Tak naklah jadi macam Mummy dia...Sampai 8 tahun pun masih hisap botol lagi... Ahaksss...Mayunyaaaa Farah... Dah merah padam muka dan terasa panas sambil menaip entri ni tau tak? Tapi, kalau tak ada "spice" macam bosan sangatlah entri ni nanti... Macam mendatar dan bosan jer nanti baca...Ha ha ha...Yang menaip pun jadi bosan jugak... Jadi kita selitkanlah jugak cerita di sana sini sinun yang berkait rapat ataupun kadang-kadang tak berkait langsung...muahahahaha...
Mak-mak dan abah-abah yang dah berpengalaman mesti lebih arif dan lebih tahu bagaimanakah caranya nak pisahkan kan? Tak pun sudilah kiranya kongsi pengalaman kalau ada masa nak menaip di kotak komen...Kalau tak ada pun tak apa... Farah cuma berkongsi pemikiran keibubapaan Farah dan juga informasi keibubapaan, yang mana tau kot-kot boleh pakai dan juga berguna untuk ibu bapa lain jugak? Tak salah berkongsi kan? Lagipun "niche" Bubblynotes.Com sememangnya menjurus kepada "parenting" dan tak lupa juga kepada "lifestyle"... Sebab tu melambak cerita ibu-ibu, ayah-ayah dalam ni... Ngeee...
Menurut satu artikel di SINI, tabiat minum susu dalam botol wajar dihentikan ketika kanak-kanak berusia 1 tahun dan selewat-lewatnya 2 tahun. Ho ho ho, Ash dah 1 tahun ma... Selepas kanak-kanak berhenti menyusu, perkenalkan kepadanya cara minum susu menggunakan "sippy cup".
![]() |
Sumber dari Google |
Ash memang ada dah "sippy cup" ni...He he he, tapi guna waktu makan jer... Bekas minuman berbentuk gelas yang bertutup ini boleh menggantikan cara minum di dalam botol susu. Penutup di permukaan atas dengan muncung menggantikan puting untuk kanak-kanak menyedut susu atau air dari dalam bekas.
Menggunakan cawan sedut ini akan melatih kanak-kanak minum air dengan betul apabila menggunakan cawan atau gelas sebenar. Ibu bapa digalakkan menggunakan "sippy cup" paling awal ketika anak berusia 9 bulan. Semakin awal melatih kanak-kanak menggunakan penyedut maka semakin cepat mereka belajar minum susu menggunakan cawan atau gelas. Cawan ini direka khas untuk kanak-kanak supaya dapat meneguk air dengan betul.
Muncung penyedut yang kecil mengelakkan kanak-kanak daripada tersedak ketika minum. Kanak-kanak yang masih kecil boleh menggunakan cawan penyedut yang bertangkai untuk memudahkan mereka memegang cawan. Biasanya ibu atau bapa mudah berubah hati apabila melihat anak menangis semasa proses menukar botol susu kepada cawan penyedut. Peranan ibu bapa penting untuk mendidik anak mengubah tabiat menggunakan botol susu.
Anak kecil biasanya menguji ibu bapa dengan menangis atau merengek apabila diberi mencuba susu dalam gelas atau cawan. Sikap ibu bapa yang mudah mengalah menyebabkan kanak-kanak masih terus menggunakan botol susu. Keadaan ini berlarutan dengan sikap manja dan terbawa-bawa sehingga ke tadika.
Sekiranya masalah tingkah laku ini berterusan hingga ke taska dan tadika ia akan menimbulkan masalah tingkah laku kanak-kanak yang sentiasa ingin diberi perhatian seolah-olah dirinya masih kecil. Ini kata artikel ni ek...bukan Farah... tolong jangan kecam "I please"??? Muahahaha..Kira-kiranya Farah ni memang manja lah ek? Sebab sampai 8 tahun pun masih hisap botol? Ha ha ha...memang manja pun orangnya...Yang kenal jer tau...Tapi tak adalah mengada-ngada dan getis ataupun gedik ok? Ha ha ha...
Tapi memang betullah pun seperti yang dikatakan oleh artikel ini... ibu bapa tak menyampai hati dan mudah berubah hati... Jujur diakui, untuk memisahkan botol susu dengan Ash pada waktu dan ketika sekarang ini...memang tak sampai hati rasanya...Errrr... kalahkan aku dengan perasaan? Weeee.... Ha ha ha.... Tak taulah, bab ni masih belum kental lagi hati nak pisahkan dia dengan botol susu dia... Nak tak nak satu hari kena pisahkan jugak kan? Hurmm... Rasanya In Shaa Allah dalam pertengahan tahun hadapan bakal mengentalkan hati keibuan ini untuk pisahkan botol susu dengan Ash...Kesian Ashhh...Ha ha ha...
haha....anak akak stop botol susu memang cepat...tapi yang sulung nie hisap jari ler pulak sampai sekolah rendah.....hihi
ReplyDeleteakak gelakkan farah ek? hu hu hu...I is sedih...muahahahaha....
Deletegreat tips
ReplyDeletethank you anum...
DeleteCara adik saya stop, mak saya buang botol dlm tong sampah...sebab geli nk kutip agaknya, terus xnk botol susu...saya ni xtau lg camne dgn amir...hihi
ReplyDeleteha ha ha, bagus jugak tu cara tu...
DeleteBila tengok tajuk... terus nak komen yang Sha pernah isap botol sampai umur 8 tahun jugak.... tapi bila baca, kak Fara pun sama !! hahahaha yesss ada geng.... Sha pun obses ribena dengan milo... taknak minum dalam cawan... nak gak minum dalam botol... baru feel...
ReplyDeleteha ha ha, give me 5 sha... ekekekeke....
Deleteeh? bahaya sgt laa nii Xo
ReplyDeletekena jauhkan sikit-sikit
apa yang bahaya tu sayang? gulp...
DeleteZa sampai 6 tahun je..hehe
ReplyDeleteooo kira tak pecah rekod akak lagi lah ni...ekekekeke....
Deletesy dh 2hari fully fm utk arfan sbbnya nenen dh x sihat dan xsesuai utk disusukan...sedih sgt2. sbb niatnya nk susukan smpi 2tahun tp mampu takat 1y 8m je..huhu...
ReplyDeletetak apa dah rezekinya sampai di situ, yang penting dah berikan yang terbaik untuk anak kan?
Deletemula2 ingat 8 bulan..macam pelik pulak..takkan 8 bulan dah minum rebina..baca sekali lagi...* tahunnn! Lamanya puan farah oi..hihi
ReplyDeleteha ha ha, memang lama....
DeleteHehe...anak saya dah 3 tahun ni, tapi tak berhenti susu botol lagi...
ReplyDeleteSama la dengan anak saya...
Delete3 tahun still kira ok lagi kan? jangan sampai macam iolss... umur 8 tahun..ekekekeke....
DeleteHi farah... ayu biar dia guna botol hanya untuk minum susu.... kalau air masak guna bekas air yang ada straw n penutup tu. sekali sekala guna cawan. tapi tumpah yang lebih dari masuk dalam perut.. huhu.
ReplyDeletehu hu hu, tulah orang selalu cakap...kena banyak bersabar kan ayu kan?
Deletehihihi zaza pun tak tau umur brpe last susu botol. bila farah ckp 8thn teringat adk kawn.. time balik sek terus cari botol susu hahaha..kat sek pandai pulak malu nak bawak :p
ReplyDeleteha ha ha, haruslah lepas balik sekolah cari botol youuu....kalau kat sekolah memang malu...
Deleteanak yang sulong pon baru berhenti. Itupun dah 6 tahun.. hahahha :), xtahu la kakaknya cam ner nanti
ReplyDeletehe he he, kita tengok sama-sama nanti...
Delete8 thn ok lg farah...pak cik sy smpi sek. men. tau! ;-)
ReplyDeletehuisshhh lagi lama sampai sekolah menengah...sampai tingkatan berapa tu?
DeleteKakak tgh train juga tu... Ubah puting botol dia sikit demi sikit... Cuma jgn pksa..
ReplyDeleteDulu Lya pon ada masalah yg sama ...ssh sgt nak lepaskan snak dr botol susu..Nice sharing Farah..
ReplyDeleteAnak sulung saya pun sampai sekarang hisap susu botol. Tapi kalau balik kampung sebulan, sebulan la dia hisap susu...malu katanya
ReplyDeleteTgh usahakan juga nih... Tapi slow... Xde pksaan...
ReplyDelete