"Laminate" Sijil-Sijil Penting...

Farah Waheda Wahid
4

Bencana banjir yang melanda kebiasaannya melibatkan kemusnahan kepada banyak harta pemilikkan. Mangsa-mangsa banjir kebanyakkan mengalami kerugian dan hanya sempat menyelamatkan beberapa benda yang dirasakan terlalu penting kepada mereka. 

Salah satu daripadanya adalah sijil-sijil penting, contohnya sijil pelajaran, sijil kelahiran, sijil nikah dan sebagainya. Ini kerana sijil-sijil ini adalah merupakan dokumen-dokumen penting yang terlibat dengan pelbagai urusan. Farah setakat ini di dalam hidup tidak pernah mempunyai sebarang pengalaman di dalam situasi banjir. Tetapi secara logik akalnya, pasti ada peristiwa di mana terdapat kehancuran atau kehilangan dokumen-dokumen penting akibat dari musibah banjir. 

Farah "post" entri ini bukanlah untuk menimbulkan lagi kesedihan mana-mana pihak. Cuma atas pemikiran sedar dan sekadar perkongsian apa yang Farah lakukan ke atas dokumen-dokumen penting milik Farah adalah Farah sentiasa "laminate" segala sijil-sijil dan dokumen yang penting bagi melindungi. Bila berlaku banjir, letakkan dokumen-dokumen penting di dalam plastik itu sudah seharusnya, bagi mengelakkan dokumen-dokumen penting dari terkena air banjir dan mungkin boleh terkoyak. Tetapi, tidak salah untuk beringat sebelum terkena, kita tidak tahu bila plastik akan menjadi bocor, makanya bagi keselamatan berganda, eloklah terlebih dahulu kita "laminate". 

Mungkin idea Farah ni tak boleh dipakai, dan mungkin juga boleh dipakai. Dengan keadaan banjir besar yang melanda Pantai Timur sekarang ni, mungkin sememangnya sudah tidak sempat untuk melakukan apa-apa... Tetapi mungkin selepas daripada ini, kita semua boleh mengamalkan untuk "laminate" dokumen-dokumen serta sijil-sijil penting. Ya ianya sekadar kertas dan jika musnah boleh mendapatkan yang baru... Ini sekadar pendapat dan cadangan supaya semua pihak tidak melalui proses yang sukar di kemudian hari juga melalui proses yang merumitkan ataupun melecehkan di dalam mendapatkan dokumen-dokumen serta sijil-sijil gantian... 

Andai kata, ia tetap musnah... dan itu kehendak Allah SWT, maka kita haruslah terima seadanya dan redha... dapatkan sahaja yang baru... yang penting nyawa dapat diselamatkan... 

*Kemas-kemas dokumen semalam dan dapati ada sijil-sijil serta dokumen yang masih belum di"laminate"... secara kebetulan mengemas kerana ingin membuat salinan fotostat beberapa dokumen untuk diserahkan kepada pihak HR di pejabat baru seperti yang diminta... itu yang terlanjur terus menaip entri ini... 

Semoga mangsa-mangsa banjir tabah menghadapi situasi, dugaan, ujian dan keadaan ini. Sememangnya bukan mudah, Farah faham perasaan itu... #prayforpantaitimur #prayformalaysia #prayforus

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Terima kasih untuk perkongsian yang baik ini... Salam sehat buat keluarga

    ReplyDelete
  2. Yup btul, elok jugak laminate. just in case, we never know what will happen kan

    ReplyDelete
  3. betul jugak kan...at least tak de la rasa frust sangat...penting sijil2 ni.....lagi satu cara boleh scan and save dalam computer...at least ada la jugak yang softcopy kan...=D

    ReplyDelete
  4. good idea tapi surat beranak ank je x blh nk liminate..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !