Alhamdulillah, syukran Ya Allah... Tentulah gembira hati Farah sebagai seorang Mummy kepada Ash pabila memantau dan melihat sendiri perkembangan yang positif di dalam pembelajaran tak rasmi Ash dari Farah. Bukan nak riak, bukan nak gebang, bukan menunjuk-nunjuk yang segala bagai sewaktu dengannya... Perkembangan positif anak haruslah gembira kan? Semua ibu-ibu pun macam tu... Tapi Farah taklah hebat di khalayak umum... Cuma ingin memberi yang terbaik kepada anak sahaja seperti ibu-ibu lain... dan untuk itu Farah berusaha sedaya boleh supaya Ash mendapat pendidikan yang sewajarnya walaupun dalam santai buat ketika ini dan walaupun diri ini bukanlah seorang guru yang berkemahiran mendidik anak bangsa... ^_^...
Sedari Ash lahir sebenarnya Farah dah biasakan dan dedahkan Ash dengan "phonics"... Walaupunnn... mungkin ada sesetengah pihak berpendapat ianya tidak relevan dengan usia Ash yang masih terlalu awal atau mungkin berpendapat tindakan Farah itu membebankan Ash... Biarlah... Manusia akan berkata-kata selagi mereka boleh berkata-kata... dan Farah ada cara Farah yang tersendiri bagi memastikan ianya tidak membebankan Ash.
Gembira rasa hati bila Ash mula berinteraksi kini dengan abjad dan "phonics"... Bila disebut "A for Apple" dia akan memberi maklum balas "krih krih krih" bunyi orang mengunyah epal... Bila disebut "C for Cat" dia akan memberi maklum balas "Aouuu"... Terkejut Farah tau 2 hari lepas... Mula-mula seakan tak percaya... Tapi bila diulang-ulang... Yeayyy anak Mummy dah bagi maklum balas... Di usia setahun, ini satu perkembangan yang sangat positif! "Phonics" berkesan pada Ash... Alhamdulillah...
Apakah Itu "Phonics"?
"Phonics" adalah 1 keadah pembelajaran membaca asas Bahasa Inggeris dengan mudah, cepat, tersusun dan sistematik. Dalam tempoh 60 jam sahaja, 30 minit sehari bersama kita, anak kita akan dapat membaca asas Bahasa Inggeris dengan yakin, cekap dan membanggakan.
Ash belumlah lagi ke tahap itu. Dia masih lagi memahirkan diri dengan bunyi-bunyian sesuatu sebutan itu. Dan Farah memang ke arah itu tapi secara perlahan-lahan. Nak ajar Ash ni dengan pendekatan yang betul dan di jalan yang benar, Farah akui Farah banyak mencari, menggali dan menyelidik juga. Ahaksss... sedar diri ini bukan Professor Linguistik, jadi tak maulah menjadi seperti ketam mengajar anak berjalan "uolss". Sebelum menyampaikan eloklah diri sendiri dulu belajar serta memahami juga menguasai. Bukan mudah kan jadi ibu bapa? Macam ayat-ayat Farah yang biasa... Ironinya inilah cabaran dunia keibubapaan.
Sebagai ibu bapa, kalaupun kita bukan pakar di bidang itu, bertauliah atau mempunyai kedoktoran di dalam bidang bahasa... tidak semestinya kita tidak boleh bekerja sebagai guru dalam bidang bahasa untuk mengajar anak kita mahir membaca sama ada dalam Bahasa Kebangsaan ataupun Bahasa Inggeris. Asalkan diri kita sendiri boleh membaca, bersifat terbuka, sabar dan memberi segala motivasi dan galakkan kepada anak termasuk kasih sayang, kita dengan sendirinya dapat mengajar anak-anak di rumah pada peringkat awal ni. Kepada ibu bapa yang tak yakin atau rasakan diri kurang mahir... tak jadi masalah... sekarang ni ada macam-macam jenis bantuan pengajaran dan diri sendiri boleh belajar bersama-sama anak-anak...
Buka YouTube ada "phonics", DVD atau CD ada "phonics". Buku-buku dan kad imbas pun ada "phonics". Sepupu Farah di Singapura pun ada cerita yang kaedah "phonics" memang ada di dalam kurikulum Bahasa Inggeris di sekolah mereka. Kalau kita perhatikan huraian sukatan Bahasa Inggeris Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Tahun 1 hingga Tingkatan 5, ciri-ciri penyampaian "phonics" pun memang wujud.
Cara penyampaian sangat penting kerana bukan sahaja kita ingin melihat anak-anak akhirnya mahir membaca, menulis, mengeja dan bertutur dalam bahasa-bahasa yang relevan tapi agar dengan tersendiri anak-anak dapat membentuk "budaya suka membaca". Ini akan membantu mengembangkan lagi "vocabulary" serta pengetahuan mereka dalam bahasa. "Learning to Read, Reading to Learn". In Shaa Allah, kalau berkesempatan Farah akan cuba kongsikan tentang kaedah "phonics" ni... Apa yang Farah amalkan dan lakukan bersama-sama Ash...
Secara perlahan-lahan juga... Farah perkenalkan "Arabic Phonics" kepada Ash... ^_^... Anak oh anak... Semoga seimbang ilmu dunia akhiratmu... Jika Mummy pernah berusaha untuk berjaya, Mummy pun nak anak Mummy juga berjaya... Ibaratnya, jika pendidikan kita setakat mana atau sejauh mana yang kita dah tempuh... Tentunya kita nak anak kita berjaya tempuh juga dan kalau boleh lebih dari kita... Tak begitu?
Alhamdulillah...perkembangan yang baik tu farah...teruskan berusaha...kita sebagai ibu memang mahukan yang terbaik buat anak-anak...all the best farah...^_^
ReplyDeleteKanak2 usia 0-3thn otak mereka cpt menyerap, mmg bagus ajar dr awal. Good job Ash.
ReplyDeleteBagus mummy dedahkan Ash dengan "phonics"
ReplyDeletememang elok pun kiter ajar kiter didik dari kecik..
ReplyDeletebagus mummy :) bijak ash nanti.. aminn :)
ReplyDeleteAlhamdulillah ;D
ReplyDeleteGood job farah...surely one day ash will be proud of you..
ReplyDeletemesti comel ash.. tahniah kak farah :)
ReplyDeleteassalamualaikum farah...alhmadullilah...mesti seronok ash nanti yer...
ReplyDeletePhonic mmg elok ajar masa kecil lg... kalau dah 4-5 thn takut dia confuse dengan nama huruf.. macam faris. Huhu
ReplyDeleteI love phonics... Sampai skrg pun che mek masih igt some of lagu phonics yg pernah sy bg che mek tgk..huhu
ReplyDeleteAlhamdulillah...baby saya pun dah boleh phonics ni. Senang nak mengajar guna kaedah ni.
ReplyDeleteSy buat masa kecik je... Dh besar ni stop kejap sbb nnt dia ketagih dgn tablet... Guna video pula skg ni.
ReplyDelete