IOI Mall | Little Pantry...

Farah Waheda Wahid
8

Kisah semalam yang baru sempat dicoretkan secara maya hari ini. Makan "time"!!! Mencuba restoran yang baru dilihat serta dikenali di IOI Mall... IOI Mall bukannya IOI City Mall yang baru dibuka tu... Lokasi di Puchong. Rasanya semua orang tau kan? Heee... Pengisian perut sebelum memulakan misi mencari pagar keselamatan Ash.  Jauh betul lah pulak kan? Ha ha ha... Sekali sekala... 


Tayang menu dulu... Tapi saiz menunya besar... macam saiz suratkhabar... Bila dah saiznya besar tu, semestinya banyak pilihan menu yang terdapat. Menu barat, menu "oriental", menu asia... haaa pilih jerlah nak yang mana satu. Sampaikan, boleh berbolak balik nak pilih yang mana satu... Hew hew hew... 


Ini adalah sedikit gambaran susun atur seni hiasan dalaman Little Pantry ni. Ala-ala "English Theme". Farah kan memang suka kan dekorasi yang sebegini, makanya perasaannya suka jer lah duduk dalam restoran ni. Sebab cantik dan sebab ianya "pink" putih!!! Rasa suasana dalam tu sangat tenang dan nyaman. 


Ada sudut khas yang disediakan untuk aktiviti kanak-kanak dan ada juga bilik privasi khas yang disediakan untuk mereka-mereka yang membuat tempahan untuk sebarang majlis ataupun acara. Tiba-tiba perasaan dan fikiran ting ting ting... bila melihat yang mereka juga menyediakan perkhidmatan untuk mengaturcarakan majlis hari jadi. Wahhh menarik... boleh dipertimbangkan sebagai salah satu tempat pilihan kalau-kalau nak buat majlis hari lahir untuk Ash tahun 2015 nanti. Tempatnya pun luas dan boleh memuatkan seberapa ramai jemputan yang kita inginkan. Tapiii tak adalah sampai 500 ke atas yer??? Hik hik hik... Nak buat majlis sambutan ulang tahun perkahwinan pun boleh... kalau nak... manalah tau kalau-kalau ada yang terfikir begitu kan? Tak salah pun... nak "candle light dinner" romantika pun boleh... Ha ha ha...


Apa yang kami jamah? Dalam banyak-banyak pilihan... "Thai Green Curry Chicken with Rice", "Grilled Fish Fillet with Mashed Potato" serta "Ice Lemon Tea" dan "Honey Sea Coconut with Longan" yang menjadi pilihan hati. Burp Alhamdulillah, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati giteww. 

Secara keseluruhan dari 10 Farah bagi "rating" 8/10. Hew hew hew... tak bolehlah bagi markah penuh kan? Berminat tak nak mencuba? Bagi yang ingin mencuba... ataupun nak lakukan pertanyaan untuk sebarang majlis... ini adalah maklumat yang mungkin diperlukan... 

Little Pantry
(Funky Villa Sdn Bhd 879028P)
G18 & G2, IOI Mall
Bt9 Jalan Puchong 
Bandar Puchong Jaya
47170 Puchong, Selangor Darul Ehsan

Telefon:
+603 8070 8527


enquiries@littlepantry.com.my

Hassan
Mastermind in Progress
+60 17 350 0715
hassan@littlepantry.com.my

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !