![]() |
Sumber dari Google |
Abang sado Zul Ariffin kembali!!! Tapi kali ini didampingi oleh Faye Kusairi. Errr... adik beradik Beto Kusyairi kah? Macam tak jer? ^_^... Sejujurnya Farah belum lagi menyaksikan atau sempat menonton drama Istikharah Cinta ni. Biasalah tu... semua drama pun sama jer... Selalunya "follow up" ataupun maraton dari sumber-sumber "online" sahaja. Hidup Farah ni sebenarnya dari segala genap segi masa memang sibuk... Itulah inilah, jadinya sendiri kena pandai cari masa untuk santai diri sendiri. Orang kerja Farah kerja, orang tidur pun Farah kerja jugak. Ekekekeke.... Berjagalah malam-malam siapkan kerja sampingan sambil ditemani Ash yang tidur di sebelah. Adat mencari rezeki dan begitulah ceritanya yer nak membesarkan serta menghidupkan anak. Tiada istilah rehat kecuali betul-betul dah "knocked down"... weee weee weee weee...
Huishhh, tersimpang pulak cerita kita yer? Ada yang dah tonton ke? "Best" ke? Farah ni suka baca sinopsis dulu sebelum tonton... Makanya marilah kita baca bersama-sama kalau rajin yer?
Barisan Pelakon Drama Istikharah Cinta Slot Akasia TV3
- Zul Ariffin sebagai Airil
- Faye Kusairi sebagai Dina Alia
- Nonny Nadirah sebagai Aiza
- Falisha Crossley sebagai Juliza
- Syazwan Zulkifli sebagai Hanafiz
- Lia Natalia sebagai Alisha
- Hamidah Wahab sebagai Hajah Salina
- Zarina Zainuddin sebagai Datin Amnah
- Fathil Dani sebagai ayah Airil
- Nizen Ayob sebagai Dr. Rizal
Sinopsis Drama Istikharah Cinta Slot Akasia TV3
Drama Istikharah Cinta mengisahkan mengenai perkahwinan Airil (Zul Ariffin) dan Dina Alia (Faye Kusairi) yang disatukan tanpa ada rasa perasaan cinta. Mereka belajar untuk mencintai satu sama lain selepas berkahwin.
Pembukaan cerita mengisahkan Airil yang pernah berkahwin dengan Aiza (Nonny Nadirah) namun bercerai talak satu disebabkan oleh pihak ketiga iaitu Dr. Rizal (Nizen Ayob). Tempoh perkahwinan Airil dan Aiza begitu singkat hanya dalam tempoh setahun nikah. Perceraian Airil dengan Aiza telah memberi kesan yang mendalam terhadap Airil selama 4 tahun tempoh cerai.
Setelah 4 tahun berlalu, Airil telah bertemu dengan Dina Alia tanpa sengaja di sebuah restoran. Pada ketika itu, Airil langsung tidak pernah mengenali Dina Alia namun perwatakan dan gelagat Dina Alia telah menghiburkan hati Airil yang selama ini berduka akibat bercerai dengan isterinya sejak 4 tahun lalu.
Sejak bertemu kali pertama, siapa sangka bahawa pertemuan dengan jejaka kacak Airil bakal menjadi insan yang istimewa buat Dina Alia. Bagaimanakah pertemuan kisah cinta Airil dan Dina Alia sebaik Airil bercerai ?
Dan khabar-khabarnya drama bersiri kali ini bukan adaptasi novel yer? Ker Farah silap? Ekekeke, eloklah tu... bukan adaptasi novel, lari dari "trending" kebanjiran adaptasi novel di sana sini sinun... kalau tak nanti mesti Farah pergi beli novel hanya semata-mata nak tau pengakhiran kisah ... muahahahaha... dan hanya semata-mata tak sabar nak tau cerita selanjutnya sebab perasaan tak puas hati cerita sekerat-sekerat jalan... strategi pemasaran yang mantap jugak sebenarnya untuk karya-karya novelis laris di pasaran... contohnya macam Farah...
* Dapat tonton adaptasi novel Suri Ryana Isteri Separuh Masa pun ohsem jugak ni... ada yang dah buat? Atau tengah buat? Ke memang tak ada lagi yang buat? ^_*
Salam singgah sini farah..suka tengok drama ni..best...
ReplyDeleteTertengok drama ni haritu kt tv terus tangkap cinta huhu
ReplyDeleteBest jgk cite ni.. Ahaii hehehe.. Da ngk..
ReplyDeletelayan jugak cerita ni. heheheh :)
ReplyDeleteWah!!Ada Zul Ariffin lahhh!!hikhik..iqha kena tengok ni..
ReplyDeletecerita baru..jalan cerita macam sama je..tapi layan jugak..hehee
ReplyDeleteTy ni lagi la ada TV serupa xada akak Farah ku oi. Cerita apa pun tak tau. Berbaloi sangat tak langgan ASTRO ke apa2 kalau tak memang rugi ja.
ReplyDeleteSama la Farah..lepas ni k.sal sure maraton...siap beli point kat tonton...kihkihkih
ReplyDeleteala... x smpat nk melayan tv dah skrg ni..
ReplyDelete