"Blogger's Day Out" Di Klang Parade...

Farah Waheda Wahid
28

Tibalah masa untuk bercerita dan berkongsi pengalaman tentang hari berjimba-jimba 30 orang para blogger di Klang Parade pada 13 Disember 2014 yang lepas. ^_^... Siapa dah pergi Klang Parade? Sila angkat tangan , tak payah angkat tangan Farah tak nampak pun. Ngee... pada yang dah pergi tu... macam mana? Suka tak dengan suasana di Klang Parade? Banyak tak pilihan kedai-kedai yang menarik di sana?

Sebelum bercerita dengan lebih panjang lebar, izinkan Farah berkongsi dengan semua gambar bangunan Klang Parade terlebih dahulu...

Sumber dari Google
Inilah dia Klang Parade yer kawan-kawan... He he he... Baru-baru ini Klang Parade telah meraikan perasmian secara besar-besaran sebagai tanda kejayaan mereka di dalam inisiatif melengkapkan beberapa kerja-kerja menaiktaraf aset-aset asas di Klang Parade yang mana sekaligus telah menukarkan Klang Parade sebagai sebuah pusat membeli belah komuniti yang moden. Kerja-kerja menaiktaraf ini telah digerakkan oleh pemilik pusat membeli belah Klang Parade itu sendiri iaitu ARA Asset Management Limited yang mana kerja-kerja menaiktaraf tersebut telah dimulakan pada bulan Jun 2013 yang lalu. 

Antara kerja-kerja yang telah dilakukan adalah seperti penambahan struktur (2 atrium baru), "travelator" baru dan lain-lain bagi memastikan Klang Parade lebih mesra pelanggan. 

Kami kami kami... seramai 30 orang para blogger telah sempat merasai pengalaman yang meriangkan serta menggembirakan di Klang Parade sewaktu berlangsungnya aktiviti "Blogger's Day Out" tempoh hari. 


Pada pukul 4 petang, semua para blogger telah berkumpul di tingkat bawah Klang Parade untuk sesi pendaftaran. Sejurus selepas sesi pendaftaran, kami telah dibawa ke Firezone Family KTV untuk sesi ramah mesra, makan-makan sambil ber-karaoke... Uhhhh "I loikeee"... Ha ha ha, kan Farah hantu karaoke... errr... cuma sejak melahirkan Ash pencen sekejap dari berkunjung ke karaoke... muahahaha...

Tapi! Di dalam perjalanan menunju ke Firezone Family KTV, kami telah berhenti di satu "pitt stop" buat seketika untuk menyaksikan persembahan tarian dari Rejuvenate Dance Crew dari 8TV Showdown dan Astro Battleground di studio mereka di Peanut Butter Studio yang terletak di dalam Klang Parade itu sendiri. Sebelum kongsi gambar karaoke, Farah kongsi sedikit video persembahan tarian mereks yang Farah sempat rakamkan.



Sewaktu di Firezone Family KTV, blogger-blogger masing-masing mengambil giliran untuk meluahkan bakat terpendam masing-masing. Jujurlah dikatakan, para blogger ni bila dihimpun-himpun di dalam bilik karaoke, masing-masing tak menahan ok nak pegang "microphone"... ha ha ha... Farah nyanyi ke? Nyanyilah... tapi video rakaman oleh rakan-rakan blogger yang lain tu tak ada makna nak tempek kat sini yer... Ha ha ha.... "I is" malu dan segan... Oh tidakkk!!!


Dah puas ber-karaoke... masa riadah dan mengeluarkan peluh pula, kami diberikan "token" untuk beriadah di arked yang diberi nama Cirvus Circus. Hurmm... ada kereta bermuzik kegemaran Ash di sini, ini kalau Farah bawa dia mesti tak nak turun ni. Selepas pada itu kami dibahagi-bahagikan kepada kumpulan masing-masing untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan untuk kami.


Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan, dari sesi membeli belah, makan dengan mata ditutup, aksi "selfie" di Tune Talk, aktiviti sate buah dan sesi memanjakan diri di I.GF Nail Spa... ianya sememangnya satu pengalaman yang menyeronokkan. Hampir setiap tingkat kami habis pusing. Ha ha ha, nasib baik stamina masih kekal dan tak pancit "uolss"... ^_*


Dah puas berjalan dan beraktiviti? Jom makan malam dulu sebelum bermesra dengan Upin & Ipin... Ngee... Jemput makan semua.... Acah jer... Tapi memang seleralah makan-makan di "food court" yang disediakan. Banyak pilihan yang ada untuk kita pilih. Bagi Farah pula, cukuplah sekadar Chicken Teppanyaki dan Ice Blended Mocha. Itupun pun dah "burppp" Alhamdulillah... Yang menariknya, bahagian makanan halal dan tidak halal adalah diasingkan. Jadi tak adalah bercampur kan? Dan kita pun lebih selesa serta yakin untuk menjamu selera.

Destinasi terakhir adalah sesi beramah mesra bersama Upin & Ipin di tingkat bawah... Huh... memang ramai betul peminat mereka... Penuh dengan kanak-kanaklah "uolss"... Masing-masing teruja nak bergambar dengan Upin & Ipin... Tapi kerenah dan telatah Upin & Ipin ni boleh tahan pecah perutnya... Macam tengok telatah dan kerenah anak-anak di rumah... Sempat jugaklah menyakat Upin sampai menangis dan merajuk dengan Farah... Muahahaha... Nakal tak Farah menyakat budak tu?


Seharian yang menyeronokkan di Klang Parade. Dan semestinya disebabkan jarak yang dekat serta tidak jauh dari rumah Farah sendiri... hanya 30 minit perjalanan, Farah akan singgah lagi dan nak bereksplorasi lagi dengan pilihan-pilihan membeli belah yang ada serta menjalankan aktiviti santai pusat membeli belah... hik hik hik...

Terima kasih Event Plus, terima kasih Klang Parade kerana sudi menjemput kami para blogger untuk mengenali serta menghabiskan waktu beriadah dan berseronok di Klang Paradevtempoh hari.

Laman Facebook Rasmi Klang Parade:

Laman Instagram:

Post a Comment

28Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. bestnya beriadah beramai-ramai..
    sejak Klang Parade bukak balik..akak tak pernah pergi lagi..
    nanti nak pergi la..tukar selera..asyik ke JJ je:)

    ReplyDelete
  2. Seronoknya, teruja baca pengalaman farah ni. Kalo bawa anak sure diaorang lagi suka sebab ada upin ipin.

    ReplyDelete
  3. pehhhh ada perhimpunan agong para blogger Klang gitu... kena buat selalu tu jadi persidangan tahunan pulak hahahha

    ReplyDelete
  4. Sori lambat bw :) syok nyer farah! Sebab dpt berkumpul ramai-ramai mcm tu. Tgk kat IG u pun tau betapa happy nyer semua org.

    ReplyDelete
  5. Wah...meriah betul...seronok tgk..huhu

    ReplyDelete
  6. oh klang dah maju. bagus2. boleh sebelum pi mancing kat pulau harapan.

    via || Epilog Life

    ReplyDelete
  7. macam seronok je aktiviti kat situ :)

    ReplyDelete
  8. WAHHHH gembiranya paling best park karok la kan kak farah hehehe takde kite blogger2 picisan je.. ni semua blogger2 legend ni hehehe

    ReplyDelete
  9. wah kemain lagi ek.. ada karaoke tuh.. seronoknya

    ReplyDelete
  10. bestnya kak Farah... sesekali keluar ramai ramai gini :)

    ReplyDelete
  11. seronoknya berjimba² dengan rakan blogger.memang happening ni.meriah sungguh

    ReplyDelete
  12. klang parade memang dad lain..klau dulu buruk..hahaha

    ReplyDelete
  13. macam tak puas jer tengok farah karaoke..satu lagu je pon

    ReplyDelete
  14. wah...best la adik...nak dengar adik nyanyi..up la....

    ReplyDelete
  15. sedap suara farah masa nyanyi ritu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !