Bermulanya Aktiviti Estetika & Kreativiti Ash...

Farah Waheda Wahid
19
Ha ha ha... estetika dan kreativiti sangatlah kononnya kan? Ini kisah malam semalam... tiba-tiba setibanya Farah di rumah... Macam biasa, dia terus menerpa suruh dukung dia, lepas tu bila dah dukung, cium segala bagai... ngeee, aktiviti biasa Farah dengan "boyfriend" sorang ni... Dia tunjuk "book" dan pen... Dia suruh ambil dan buka... Bagilah dia pen tu sambil memantau kan? Tapi dia pulangkan balik kepada Farah... 

Bunyinya... "auuu"..."auuu"... alaaaa...bunyi kucing manja... faham sangat dah tu... suruh lukiskan kucing untuk dia... Hu hu hu... Sekarang ni tengah musim minat dengan kucing pulak... Ingatkan hari tu dia pun ada ailuruphobia (takut kepada kucing)...macam Mummy dia ni...Macam yang Farah pernah cerita di dalam entri Ash's | Fear Factor: Takut Jugak... Ha ha ha, tapi tak ada maknanya "uolss"... Sekejap jer...sekarang ni nampak kucing, dia yang teruja lebih-lebih... "auuu" "auuu"... lepas tu kalau kita dukung dia, terbongkok bongkok badan atau terpanjat-panjat sebab nak mintak lepas sebab nak pergi kat kucing tu...Alamakkk...macam mana ni? Mummy dia takut kucing...esok-esok kalau dia mintak nak bela kucing parsi ke kucing apa...Masakkk Mummy... Eh..tapi bagus tau sebenarnya membiarkan anak memelihara haiwan peliharaan... Kita sebagai ibu bapa boleh melatih anak tentang rasa tanggungjawab dan untuk bertanggungjawab sedari kecil lagi... Cerita lebih lanjut dan "detail" boleh rujuk di dalam entri Farah yang bertajuk... Melatih Anak Bertanggungjawab

Makanya, terjadilah gambar lukisan kucing seperti penampakkan imej di atas tu yer...Ekekekeke...Ya ampunn...diakui yang Mummy Ash ni kalau seni lukisan memang hancus hancur... Tapi seni kreativiti lain yang tidak memerlukan lukisan ok...ha ha ha... Haippp, jangan gelak sebab giteww rupa gaya lukisan kucing Farah...Taulah nampak macam lukisan budak tadika...Haihh...budak tadika pun tak macam tu gaya lukisan tau tak? Sedihnya... Ahakss... Bila dah siap lukis, dia pun sibuk nak lukis sama... tu yang ada garisan-garisan yang entah apa-apa entah kat tepi tu...hik hik hik... Lepas tu, Farah saja dedahkan kepada seni origami ringkas buat pertama kalinya... dah mula sikit-sikit nak latih dia dengan origami pula. Sebab, Mummy dia memang minat buat origami ni...Cuba bayangkan...rumah kami penuh dengan hasil origami kami bersama nanti? He he he...

Aktiviti estetika dan kreativiti sememangnya memberi peranan yang penting di dalam perkembangan kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kanak menyampaikan perasaan, kerja dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Malah aktiviti ini menggalakkan mereka untuk berfikir. Misalnya, selepas melukis kanak-kanak merancang untuk mempamerkan hasil kerja mereka, mereka belajar untuk membuat keputusan terutamanya dalam memilih lukisan mana yang harus mereka pamerkan, bagaimana ia diuruskan dan adakah mereka berpuas hati dengan hasil kerja mereka.

Isenberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh digunakan untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Ini kerana aktiviti seni menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa, serta membantu kanak-kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka.

Dengan aktiviti macam lukisan dan kraf ni, kanak-kanak diberi peluang membuat pelbagai kesan, corak dan garisan pada satu permukaan. Tujuan supaya mereka mampu memahirkan motor halus mereka. Kanak-kanak juga boleh mengetahui warna dan membezakan warna apabila terlibat dengan pelbagai aktiviti mewarna. Selain membantu mereka mencurahkan idea ke saluran yang tertentu.

Kita sebagai ibu bapa kena rajin melayanlah kan? He he he... Ini baru permulaan... tak apa pelan-pelan kayuh...Ash baru jer setahun, tapi pelan-pelan kita biarkan sedikit demi sedikit ilmu meresap kepada dia supaya ianya berkesan... "too much things at a time and pushing too hard is not good for kids as well...let it be in a natural way while we are focusing to achieve the target we set"...macam tulah yang Farah sedang lakukan bersama Ash sekarang... Setiap hari akan ada satu pembelajaran baru tak banyak sedikit untuk Ash latih secara berulang-ulang kali supaya sebati giteww "uolss"

*Ahakss nampak gayanya Mummy kena belajar melukis baliklah ni... la la la la...  sebab lukisan dah kalah dengan budak tadika kan? Weee weee weee....

Post a Comment

19Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Layan anak yang berumur baya-baya anak Farah n memang sangat seronoklah.
    Seronok diajak bermain,seronok membelai. In sya allah Ash jadi anak yang semakin pintar nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah kak, mudah-mudahan...Amin...Thanks for the doa... Appreciate it much...

      Delete
  2. Replies
    1. memang seronok dapat melayan anak-anak... i is memang suka...#ehh anak jer, bukan anak-anak..ha ha ha...

      Delete
  3. kucen ok lagi farah... kalau ash mintak gajah alamak? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mintak gajah alamatnya kena bukak tablet ambil contoh dan lukis dari contohlah gamaknya...ha ha ha...

      Delete
  4. takpe kak farah sambil ajar ash, sambil belajar.. hihi.. semoga ash menjadi seorang yang bijaksana..aminn.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, mudah-mudahan, Amin...Thank you dear...

      Delete
  5. Seronok melayan karenah anak2 ni sebenarnya..banyak imaginasi mereka yg membuatkan mereka seronok dan kita pun seronok....

    ReplyDelete
  6. seronok layan anak-anak yang sedang membesar ni.
    saya pun tak pandai melukis, kena juga bagi pandai
    semata-mata nak melukis untuk anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah bila jadi mak-mak ni, yang tak pandai tetap kena dipandaikan... hew hew hew...

      Delete
  7. Seronok layan anak2 ni kan kak ;D hee

    ReplyDelete
  8. hehe pandainya ash mtk mami lukis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, macam tulah dia sekarang...dah pandai mintak dah... hu hu hu...

      Delete
  9. Kucing farah lukis tu elok lagi...kalau cik akak..entah macam mana..haha..sentap sekejap...lukis bunga baru cik akak tahu..haha..jiwa jiwang gitu

    ReplyDelete
  10. Bak kata lecturer IM, sel-sel otak dia dah mula berhubung tu. Ash dah makin pandai. ;)

    ReplyDelete
  11. Mmg best layan kretiviti dan imiginasi anak2... Kita pun jadi ank2 sekali.. Heh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !