Anak Kucing Parsi???

Farah Waheda Wahid
8
Sumber dari Google
Tembam dan montok tak anak kucing parsi ni? Bha ha ha, dah kenapa cerita pasal kucing pulak ni Farah oiiii? Sedangkan diri ini adalah sangat takut kepada kucing. Cerita tentang Farah takut kucing ni dah berulang-ulang kali dalam Bubblynotes.Com kot... Kalau rajin boleh semak entri Yang Sebenarnya... dan entri 'Dia' Pun Nak Tumpang Makan Sekali!!!. Takut kucingnya tu, umang aiii sampai macam gambar di bawah ni sekali gayanya... 

Sumber dari Google
#ehhh walaupun takut kucing, tapi Farah tak pernah buat jahat pada kucing tau... untung nasib macam gambar di atas jer lah bertahan, paling-paling teruk panjat meja ok "uolss" ketakutan itu... kalau kucing dekat jer dengan Farah, jantung memang berdegup kencanglah nak cerita... Denggg... 

Tiba-tiba semasa mandi pagi tadi terfikir nak hadiahkan Ash anak kucing Parsi.... muahaha... mampu ke Farah nak atasi ailuro-phobia ini? 

Sumber dari Google
Dan walaupun takut kucing sebenarnya kat dalam diri ni, dalam ni... sukaaa tengok anak-anak kucing yang comel terutama kucing Parsi. ^_*... 

Kenapa tiba-tiba fikir nak hadiahkan Ash anak kucing Parsi? Yang kena jaganya Farahlah kan? Muahahaha... Sebab tak larat dah nak melayan dia menarik-narik baju Farah suruh keluar dari rumah dan bawa dia mencari kucing untuk bermesra di kawasan taman perumahan ni... Muahaha... Nasib ada jiran-jiran yang memang membela kucing... makanya tak perlulah susah payah teruk sangat mencari... dan lagi satu gayanya Ash ni macam dah terminat sangat pulak pada kucing... Aduyaiii, sangat bertentangan dengan genetik kecenderungan Mummy ek? Kesian pulak tengok dia menumpang bermanja dengan kucing orang lain... #ehhh... Ha ha ha... 

Tapi bukan sekaranglah kot... tunggu dia 2 tahun ke? Sekurang-kurangnya pandai jalan dan bercakap ke kan? Sambil-sambil tu boleh terapkan dan latihkan "sense of responsibility" kepada Ash... Jaga kucing, main kucing, bagi kucing makan, mandikan kucing. Err... tapi tak "confirm" lagi pun "yes or no" nak hadiahkan dia kucing ni. Cuma terdetik dan terlintas belum sampai terniat lagi. Muahaha, boleh macam tu? 

Tapi adalah jugak tengok-tengok di FB, halaman Kucing Untuk Dijual dan Jual Beli Kucing Parsi Malaysia... tengok-tengok jer... Harga anak-anak kucing Parsi ni nampaknya "mostly" RM 250 ke atas. ^_^... Sebab bulu kembang gamaknya dan mungkin sebab jenis baka jugak kot. 

Gambar diubahsuai dari Google
Apa-apa pun tak payah nak bercadang-cadang sangatlahhh Farah... hilangkan dulu takut pada kucing tu... barulah boleh cerita kan? Bha ha ha... Ini tidak, cerita pung pang pung pang tapi pada hakikat takut kucing... Habih camno? Hilangkan takut baru boleh cerita... wakakaka... Tapiii... jadi mak-mak ni sebenarnya kita secara automatik boleh hilangkan segala takut dan tempuh segala benda kan? Takut tu boleh hilang dengan semena-mena demi anak tersayang... Alaaa ibarat kita takut bersalin, tapi boleh jer lalu kan? Tau-tau dah bersalin... muahahaha... In Shaa Allah, mudah-mudahan... Amin... "Who knows"? Tiba-tiba terpacul gambar Farah pegang ke, peluk ke, cium ke? Kucing tu? Ekekeke...

*Tiba-tiba wujudkan cabaran untuk diri sendiri... pheww...

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hehe... kucing parsi cerewet sikit la jaga... tapi sesuai la utk umah taman kan..

    ReplyDelete
  2. Comelnya kucing parsi. Biasalah tu setiap org maybe phobia kat certain thing. Tp, knp perlu phobia kat haiwan comel ni. hehehe
    Jemput singgah : Banjir Malaysia Masuk 9GAG??!

    ReplyDelete
  3. Memang, demi anak-anak, semua kita bole tempuh...chayok chayok farah...

    ReplyDelete
  4. Anak pertama saya memang takut kucing..tapi anak kedua siap nak dukung ,nak berpeluk dengan kucing sampai kucing pun tak suka kat dia..hjaahha..

    ReplyDelete
  5. Waaa mesti ash suka bila mummy hadiahkan kucing..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !