Aktiviti Membantu Perkembangan Bahasa Anak Di Usia Setahun...

Farah Waheda Wahid
12

Dalam rumah sekarang ni tak ada suara orang lain lagi dah yang boleh lawan suara dari mulut dia... Sangat sangat becok... Kalau tiba masa dia menyanyi, dia menyanyi... kalau tiba masa dia mengomel, dia mengomel, kalau tiba masa dia menjerit... mak datuk... kenyaringan suara dia tu Masha Allah desibel dia sangat tinggi... boleh berdenyut-denyut gegendang telinga... Aduhaiii... Kenapa tak percaya ke? Boleh cuba dengar... lepas tu taulah macam mana... 

Tapi Farah tak kisah pun... adatlah tu... salah satu daripada proses perkembangan pertuturan dia juga... Biarkan... jangan disekat itu ini sangat... Yang mana salah tu tetap salah, yang mana perlu diperbetulkan tu tetap perlu diperbetulkan tapi jadi ibu bapa seperti Farah selalu dinasihatkan... jangan sampai terlalu mengongkong sampaikan perkembangan anak boleh terbantut... 

Bila dah mula becok mulut, itu menyatakan petanda bahawa anak-anak sedang di dalam proses perkembangan pertuturan... dan itu juga menandakan mereka telah bersedia untuk belajar bertutur... dan masa ni juga adalah masa yang terbaik untuk melatih atau melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat membantu mereka memperkembangkan bahasa mereka... ataupun lebih mudah jika kita sebutkan "language development"... 

Masa ni lah kena terlebih-lebih rajin melayan anak-anak bercakap walaupun diakui terkadang garu-garu kepala juga nak memahami buah butir percakapan mereka ataupun serasa lenguh pipi melayan mereka bercakap ataupun kadang-kadang jadi tak larat nak mendengar dan melayan... muahahaha... jangan cepat bosan jangan cepat putus asa wahai ibu bapa sekalian... hik hik hik... termasuklah diri ini... Tapikan sebenarnya Farah seronok ajer layan Ash bercakap...ekekekeke... sekurang-kurangnya dah ada seorang lagi teman berborak walaupun terkadang payah nak tangkap buah butir bicaranya dia... 

Selain melayan Ash berborak-borak kosong dalam bahasa yang hanya dia sendiri yang faham... Farah lakukan juga sedikit pengisian-pengisian aktiviti yang menyeronokkan supaya Ash terus bermotivasi secara tidak langsung untuk lebih rajin mencuba untuk bertutur... Antara yang Farah sering lakukan sekarang adalah... 

Permainan Bola Besar dan Bola Kecil
Satu aktiviti yang mudah dan ringkas... sambil duduk-duduk atau golek-golek di toto atau permaidani, sambil ambil 2 biji bola yang berbeza saiznya... selepas itu ajar Ash tentang saiz... bola besar dan bola kecil... supaya dia kenal perbezaan saiz... selepas itu... lepaskan bola tersebut dan berkomunikasi dengan Ash... "Give Mummy the big ball..." ataupun "Give Mummy the small ball"... Mula-mula memang dia bagi jer mana -mana bola tak kira besar ke kecil... Tapi Alhamdulillah, hari demi hari latih Ash, dia dah mula kenal dan dah mula boleh bezakan... 

Pasangkan Lagu-Lagu Kanak-Kanak Seperti "Nursery Rhymes"
Ini tak kira sama ada di tablet ataupun DVD... Farah akan peruntukkan masa sekurang-kurangnya 15 minit... tak payah terlalu lama sangat... takut-takut dia bosan... tapi kalau positif Farah akan biarkan lama sedikit.. Alhamdulillah juga, nampak perkembangan positifnya... Dia dah boleh sebut beberapa perkataan seperti "ride", "duck" dan juga beberapa "phonics"... Cuma sasaran yang diletakkan sekarang ni tengah rajin-rajin pasangkan lagu "Head, Shoulders, Knees and Toes"... Nak dedahkan dan mahirkan Ash dengan anggota tubuh badan pula... Tak apa perlahan-lahan kayuh... 

Aktiviti Bermain Dengan Bentuk
Alaaa yang ni semua ibu bapa pun...#ehh rasanya majoriti ibu bapa akan beli untuk anak memasing... Bola yang ada lubang-lubang berbentuk bulan sabit, bulat, empat segi segala bagai tu... Tau kan? Lepas tu kita masukkan bentuk-bentuk tu melalui lubang-lubang tu... Sambil-sambil tu ajarlah dia nama-nama bentuk tu... Hew hew hew... Ini permainan turun temurun ni... Masa Farah kecik-kecik dulu pun Nek Ma Ash rajin melayan main benda alah ni... errr... namanya "shape sorter"...

"Stop & Go"
Ini aktiviti Farah lakukan semasa memandu... kalau Ash ada di sebelah... bila kereta berhenti, Farah akan terangkan kepada dia "Red light we have to stop" dan bila lampu isyarat dah bertukar kepada hijau... "Ok, now it's green we can move and go"... Lama jugak rutin ni, dari dia berusia 8 bulan... pun dah faham jugak dah... sekarang ni bila berada dalam situasi macam ni bila lampu tukar kepada hijau jer, dia akan tunjuk dengan jari telunjuk... ngeee ^_^...!

Yang dikongsi di atas adalah di antara yang Farah sering dan sedang lakukan... dan sebenarnya ada beberapa lagi aktiviti-aktiviti baru yang Farah dah sempat senaraikan dalam "to-do list" yang Farah catatkan di tablet... Cuma menantikan waktu perlaksanaan sahaja lagi... "one thing at a time and don't be to stress out and pushy parent"... kan? 

Sebenarnya Farah percaya ada banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang boleh dicipta serta dilakukan bagi membantu perkembangan bahasa anak-anak... dan semestinya setiap ibu bapa ada cara mereka yang tersendiri kan? Mungkin boleh berkongsi pendapat sesama kita? Ahakss... tak nak kongsi pun tak apa... Farah sekadar membuka ruang sahaja sekiranya ada idea-idea bernas yang boleh kita sebagai ibu bapa kongsikan bersama... ^_*

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kena banyak berkomunikasi dengan anak..dorang faham apa yang kita cakap.

    ReplyDelete
  2. Assalam Farah, balas ziarah, hi hi
    Wah..Ash dah makin bijak, tengokla nanti dia dapat kaki, sampai tak larat Farah nak kejar dia lari plak.

    ReplyDelete
  3. Anak sy pon dah bising mukut nye tp x paham ckp ape...heheh..tp sgt cute ble die mula ckp jerman..berbelit2 lidahnye...free 2 blh bace kat ruanagn didik anak kita kat www.armilastyle.blogspotcom

    ReplyDelete
  4. nice sharing farah..semoga anak-anak kita membesar dgn sempurna sesuai dgn usia mereka..amin

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, seronok tgk perkembangan anak kan. Bijak dah Ash skrg ni. Good boy Ash.

    ReplyDelete
  6. eeee dia dah besor and makin hncem n omey wiwiwi
    kim slm pelok ciom ye kak farah wiwiwi
    and rambut dia tu awww

    ReplyDelete
  7. Ash nak buat bising dalam rumah sebab nak hiburkan mummy. tak gitu ash?hihihihi :P

    ReplyDelete
  8. saya pun anak kedua umur 16bulan, memang bising mukut dia..kalah abang dia masa abangnya umur sama dulu.. hihi,,

    ReplyDelete
  9. Pengalaman berharga kan tengok anak membesar depan mata..

    ReplyDelete
  10. belum dpt rasa lg jd seorang ibu or isteri. . mesti seronokkan

    ReplyDelete
  11. xtvt yg bdk suka buat dikala usia segitu ialah nyanyi smbil bljr... mmg cpt je diorg dpt ingt...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !