Wanita dan seorang pengumpul kasut itu adalah sesuatu yang sangat sinonim. Hew hew hew... Orang perempuan ni kan pengumpul kasut? Suka kumpul kasut? Dan Farah pun sama jugak. Farah jenis yang tak kisah sama ada kasut tu berjenama atau tidak... Janji berbaloi, selesa pakai, cantik pada pandangan mata Farah dan juga tahan lama. Dan bila membeli belah kasut ni, Farah adalah seseorang yang ambil masa agak lama untuk membeli. Kadang-kadang boleh makan masa sehari suntuk bertawaf ke semua-semua kedai kasut semata-mata nak puaskan hati.
Ada masanya jugak, tak perlu tunggu lama-lama, bila dah jumpa yang menepati kriteria... terus mintak saiz, cuba dan terus bayar. Begitulah seadanya. Macam semalam punya cerita... tak perlu bertawaf... sekejapan sahaja dah berjumpa dan suka. ^_*
2 pasang "pump shoes" yang memiliki ciri "wedges"... Yang mana satu menjadi pilihan? Ha ha ha, 2-2 pun Farah beli. Sengaja muat naik di Instagram Farah semalam dan nak tengok mana satu yang paling banyak orang suka. Nanti Farah kongsi yer? Agak-agak berapakah harga kedua-dua pasang kasut ini? Harga asal RM 59.99 sepasang kalau Farah tak silap. Tapi disebabkan ada "sales" ... Sepasang harganya jatuh kepada RM 29.95. Murah kan? Dan Farah tak malu pun nak pakai kasut murah "uolss"... Apa yang nak dimalukan? Asalkan pandai memilih pasti nampak mahal kan? Kalau kasut mahal tapi tak reti memilih pun nampak tak kena jugak. Biarkan kalah dalam harga kasut serta jenama tetapi menang memakai giteww kaedahnya.
Dan jenamanya tidak kurang dikenali jugak... XES Shoes. Jujur Farah katakan, ianya sangat selesa dan rasa macam beruntungnya dapat membeli dengan harga yang berdentum dentam ok? Banyak jugak pilihan dan boleh jadi rambang mata jugak. Ha ha ha. Dan XES Shoes ni juga menyediakan perkhidmatan jualan melalui talian sama ada secara terus dari laman web rasmi mereka ataupun melalui pelbagai platform lain juga seperti Lazada Malaysia. Rakuten pun ada tak silap Farah.
Kalau berkenan bolehlah cuci-cuci mata yer? Farah jarang membeli kasut secara atas talian. Selalunya beli di kedai. Bukan apa, dah kata cerewet kan?
Cukuplah tu "self-reward" untuk bulan ini. Asalkan gembira dan bahagia. Giteww... Tinggalnya nak menambah "charm" untuk Pandora sahaja. ^_* wink wink wink...
Color peach tu cantik...pandora kurang berminat. Emas yes...
ReplyDeletenampak nampak gayanya ramai yang suka warna peach tu... he he he...
Deletesaya pun suka...
ReplyDeletemenang membeli dan menang jugak memakai :)
rasa sangat berbaloi baloi jadinya...
Deletedua2 cantik
ReplyDeletethank you anum...
Deletesuka yg pic ke-2
ReplyDeletememang ramai suka yang kedua tu zai... hu hu hu...
Deletesatu hari tawaf kira okey lagi tu, saya ni berbulan2 tawaf..tetap tk jumpa yang berkenan di hati...mungkin factor size kaki saya yang kecik kot...huuhu..ada yang berkenan, tk de size pula..:-((
ReplyDeletekadang-kadang jadi macam tu jugak, berkenan lepas tu tak ada saiz jugak... hu hu hu...
DeleteCntik feveret lya ni kasut wedges
ReplyDeletesenang nak balancekan badan ek? he he he...
DeleteCantik kasut Farah..kita pun suka buat collection tau..dulu suka heels..sekarang bertukar ke wadges..yang penting selesakan...
ReplyDeletebetul dear yang penting selesa...
Deletesaya jarang juga beli kasut. beli setahun sekali pun husband cakap 'asik beli kasut' huuhuhuhu..
ReplyDeletehu hu hu, setahun sekali tu sangat akan menyeksakan farah siti... dapat bayangkan macam mana...
Deletemana erk hahaha.. zaza dh rabun kaler! jgn xtau zaza pun giler kasut.. baru je tadi ckp dgn bdak opismate nk beli kasut kehkeh..
ReplyDeletenampaknya kita boleh hang out bersama-sama ni...
Deletepeach pleaseeee...saiz 4 ok!ehh..kekekee..
ReplyDeleteha ha ha, #ehhh... saiz 4 dah habislah darl...ekekekeke....
Deletealolololo comeynyer kasut uols..mcm nak gigit2 je kasut tu eh kaki tu eh apa2 je lah hahaha
ReplyDeletek.el dulu2 boleh lah nak kumpul kasut
skrg ni..kasut ntah mana2
kdg2 pergi ofis pun pakai seliparrrr..percayalahhhhhhhhh hahaha tu yg paling best n selesa ekeke
hubby sllu ckp k.el ni xpandai jaga kasut..asik hilang je
tulah ntah mana kasut k.el yg lain2 tu pelik tul
ada kaki ke kasut tu hahaha
ntilah esok2 nak borong kedai kasut tgu
bila aku kayaaaaaaaaaaaaaaaaaa wooo woooo hahah kbai
hamboiiii, cepat dan senang ek uolss? muahahahaha...
DeleteCantiknya kak!
ReplyDeleteterima kasih sally...
Deletedua-dua cantik...tpi kuning tu lagi mengancam:):)
ReplyDeletekuning tu macam sesuatu kan? he he he...
Deletecantik la Farah..kaler itam x de ke?
ReplyDeletekaler itam kak? ermm, ada rasanya tapi design lain lah...he he he...
Deletelike yellow, tetiba suka yellow pulak. hahaha. nice shoes
ReplyDeletenice kan yellow tu?
Deletesama lah kita kak..agak cerewet dalam memilih..tapi tak memilih yg mahai atau murah..asalkan cantik dan selesa.terus rembat..tak payah tunggu lama2..
ReplyDeleteyeayyy boleh pergi shopping dengan za ni... hik hik hik...
Deletedua2 pun comel..;;)
ReplyDeleteterima kasih dear...
DeleteJom join GA saya!
ReplyDeletehttp://kylifa.blogspot.com/2014/11/simple-1st-giveaway-segment-by-beba-ifa.html
In Shaa Allah, thanks for dropping by dear...
Deletekita suka pink tu!hewhehehe
ReplyDeletewahhh onie suka yang pink...ramai suka yang pink jugak onie...
DeletePink!!!!!! Ladies sgt
ReplyDeleteyou saw the one in pink yesterday ain't you?
Deletememang selesa pakai pump shoes, tak sakit kaki. jenis pump shoes ni selalunya design dia memang comel comel..buat rambang mata je kan
ReplyDeletehe he he, memang rambang mata jadinya...
Deletecantiknya kasut tu....selesa nampak.....
ReplyDelete