Tips Dan Panduan Membeli Beg Sekolah...

Farah Waheda Wahid
6
Sumber dari Google
Macamlah anak sendiri dah bersekolah ye tak? Nak kongsi-kongsi tips dan panduan membeli beg sekolah... Bukan apa, sekarang ni anak-anak masing-masing tengah berseronok berjimba bersempena dengan cuti sekolah, yang ibu bapa pulak sibuk dengan persiapan persekolahan anak-anak tak giteww??? Farah? Ngeee... jadi tukang perhati dan belajar sikit-sikit kaedahnya sebabnya masa Ash akan tiba juga satu waktu dan ketikanya nanti.

Bila Farah perhati-perhatikan beg sekolah anak-anak sekarang... mak aii... berat macam ada batu kat dalam beg tu... kadang-kadang kembung semacam jer, gemuk semacam jer... bha ha ha... pas tu ada jugak anak-anak yang merengkeh-rengkeh bawak beg yang berat. Kena pulak kalau badan kecik molek, kelas tingkat 4... aduhaiii kesiannya... Itu kes memang beg berat ke atau tak susun buku ikut jadual? Main sumbat jer?

Merujuk pada situasi dan keadaan ni, Farah pernah ada terbaca tentang isu keselamatan dan beg galas sekolah. Sebab beg sekolah anak-anak tu penampakkan gayanya berat sangat. Di usia anak-anak masih kecil, tulang belulang anak-anak adalah masih dalam proses pembentukkan. Orang kata muda lagi. Ha gitewwlah gayanya. Disebabkan proses pembentukkan tulang nilah, penting untuk ibu bapa memilih beg sandang atau beg galas sekolah yang memikul berat buku daripada meletakkan tekanan ke atas bahagian belakang tubuh anak-anak.

Hurm, kadang-kadang tu sampaikan terbongkok-bongkok Farah tengok anak-anak ni membawa beg sekolah. Kesian kesian kesian (katanya Upin & Ipin)...

Makanya di sini ada sedikit tips dan panduan membeli beg sekolah untuk anak-anak yang mana mungkin boleh digunapakai oleh ibu bapa.

  • Pilih beg sekolah yang direka untuk membawa buku-buku yang berat tanpa meletakkan tekanan ke atas tubuh badan anak-anak. Membeli beg sekolah dengan ukuran tali yang lebar dan berserta dengan tali pinggang... faham kan? Beg sandang yang kadang-kadang tu ada macam tali cangkuk kat pinggang tu, akan membantu mengimbangkan berat dan mengurangkan sedikit tekanan berat daripada diletakkan sepenuhnya ke bahagian belakang tubuh anak-anak.
  • Pilihlah dan belilah beg sekolah dari material yang ringan seperti kanvas. Beg sandang "leather" memang cun, tapi sebenarnya adalah lebih berat dari kebanyakan beg sandang kanvas. 
  • Banyak beg sandang yang menyediakan "compartment" di tengah-tengah dan juga di kiri kanan beg. Latih anak untuk gunakan semua bahagian beg ini untuk mengimbangkan berat beg berbanding cuma menggunakan 1 bahagian sahaja.
  • Ni agak susahlah nak pastikan kalau anak di sekolah, tapi seboleh-bolehnya pastikan anak-anak menyandang beg dengan kefua-dua tali bukannya sebelah sahaja. Mungkin senang atau "stylo" bagi mereka tapi adalah tidak bagus atau tidak baik bagi postur dan juga otot bahu dan leher anak-anak. Berat yang tidak sekata akan mencederakan otot bahu dan leher sekiranya beg hanya disandang dengan sebelah bahu.
  • Pastikan beg sandang yang betisi tidak terlalu berat. Adalah dicadangkan berat beg sandang tidak sepatutnya melebihi 10-15% dari berat badan anak. Membawa lebihan muatan, boleh mengakibatkan "nerve compression" dan juga menjejaskan pertumbuhan tulang belakang seperti "rounded shoulders". Ia juga boleh meletihkan otot dengan cepat.
Farah bukan saja-saja mereka cerita yer? Cerita yang tak ada diadakan... itu dinamakan hipokrasi tu... Bha ha ha... Tapi inilah perkongsian hasil pembacaan Farah dengan semua. Beli beg sekolah anak pun ada seni jugak tau... Seni keibubapaan ni luas... macam-macam aspek, macam-macam sudut... makanya, semoga bermanfaat. 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. part beg sekolah memang sentiasa pening, beli yang murah sgt, cpt koyak..nk beli mahal/elok ..rasa macam tk padan pula..tp bila dipikir2 eloklah beli yang molek terus..tahan sakit bila digendong..kesian nengok anak2 yang memang badan kecik mcm mak dia nk gendong beg berat2..khihkihk....

    ReplyDelete
  2. tips ni bagus untuk ibu ibu.. kita tak kawen lagi :P

    ReplyDelete
  3. Setakat ni ank request beli corak kartun yg dia suka. Bagus panduan ni utk rujukan masa dpn..

    ReplyDelete
  4. Setakat ni yg berat tu msa sekolah rendah je lah.. Naik sekolah mnngha... Bawa beg je... Buku enth ke mana...

    ReplyDelete
  5. Dulu bawak beg tarik ada roda tu, kalau kelas tingkat bawah sekali ok laa... ni kalau yang bertingkat2... aduhai... sesak nafas wooo

    Beg budak sekarang pelbagai :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !