Tiada Lagi Nuffnang di Bubblynotes.Com...

Farah Waheda Wahid
68

Ada yang dah terperasan? Ataupun ada yang tak perasan? Yerlah takkan "uolss" nak perasan pun ye tak? Bukan kerja "uolss" pun nak membelek Bubblynotes.Com ni... bha ha ha... 

Akhirnya setelah beberapa bulan yang lepas Farah dah ambil keputusan untuk tidak berkolaborasi dengan Nuffnang lagi. Hari ini Farah dengan rasminya telah menurunkan "banner" Nuffnang dari Bubblynotes.Com. Tiada lagi Nuffnang di Bubblynotes.Com. 

Bukannya merajuk... bukannya tiada pendapatan dari Nuffnang. Alhamdulillah, selama ini banyak jugak jasa Nuffnang di Bubblynotes.Com. Ash di-bersalinkan dari duit Nuffnang separuhnya, kalau kos bersalin RM 3,700... separuh tu "uolss" kira sendirilah ek? Bukan nak berlagak tapi ini kenyataan dan pernyataan sahaja. Dan bila dikumpul-kumpul, duit susu dan "diapers" Ash memang ada sumbangan Nuffnang. Terima kasih kepada Nuffnang dan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi main klik-klik iklan Nuffnang di Bubblynotes.Com selama ini. 

Duit yang ada telahpun selamat di- "cash-out" buat kali yang terakhir... ^_^ dan ketika Nuffnang diturunkan... masih ada "Buffered Earning" yang berbaris menari-nari. 

Biar apa pun alasannya, hanya Farah yang tau kenapa dan mengapa. Dan pastinya Farah ada alasan yang kukuh yang tersendiri kenapa tiada lagi Nuffnang di Bubblynotes.Com. ^_^... 

Untuk kawan-kawan di luar sana yang masih bersama Nuffnang... selamat mengumpul "Buffered Earning", selamat klik-klik sana, klik-klik sini... ^_^... Semoga rezeki kalian terus dimurahkan dan selamat maju jaya bersama Nuffnang. 

Tiba masa untuk cabaran sebenar dan "the real game"... Pengakhiran 2014 ni, banyak sungguh perubahan yang Farah lakukan dan banyak sungguh cabaran baru yang bakal menanti... Semoga terus dimurahkan rezeki oleh Allah SWT untuk Ash dan semoga terus dipemudahkan hendaknya... In Shaa Allah... Aminnn... 

Post a Comment

68Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ramai juge yg dh tak gune nuffnang..huhu..

    ReplyDelete
  2. apa pun yang Farah akan buat lepas ni, good luck!

    ReplyDelete
  3. kita pon dah turunkan nuffnang :) ada geng .hihi

    ReplyDelete
  4. okeyy .. baru perasaan .. dah ramai blogger yang stop nuff

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. tahniah dan teruskan yer onie...semoga terus dimurahkan rezeki...

      Delete
  6. Papaglamz baru letak nufnang mimggu lpas.. Sebab papaglamz.com masih baru lgi. Masih belajar lagi dlm dunia blogging. Doakn saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa perlahan-lahan berkayuh dan menyelami dunia blog...

      Delete
  7. Mesti apa yg akak buat ada sebab yg terbaik. Moga terus dimurahkan rezeki ;)

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. adalah... he he he, belum masa untuk reveal lagi zati...

      Delete
  9. Smg farah terus maju dan dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, mudah-mudahan...Amin...thank you sue...

      Delete
  10. cantik laaaaa templete nie......cmne buat ekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, thank you dear, boleh hubungi Najiah Sharain melalui FB dia...

      Delete
  11. lyeen jgnkan nuffnag..segala mcm yg klik2 tu lyeen xtaw :'( pernah try nak taw tp x faham juga :( hehehe

    ReplyDelete
  12. Mesti ada sebab yang kukuh kan sis ;)

    ReplyDelete
  13. hhuurrmm..ni pun tgh duk pikir gak ni

    ReplyDelete
  14. tahniah.. hehehehe... tahniah sebab mungkin ada yg terbaik dari nuffnang. saya pun nak cashout. moga tabah jadikan ia satu cashout terakhir jugak.. hahahaha tapi tak tau la sebab blog tepian longkang macam den ni ads besar tak layak.. ads macam nuffnang je mampu hahahaha

    ReplyDelete
  15. all the best kak farah !! semoga berjaya dengan apa kak farah lakukan :)

    ReplyDelete
  16. All the best dear..mana2 ada rezeki

    ReplyDelete
  17. sy masih guna sbb blm fasih lagi bab2 lain :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa, kalau selesa teruskan sahaja... he he he...

      Delete
  18. Good luck ye..kita mesti tahu apa yang terbaik untuk diri kita sendiri...kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dear... kita rasa kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita... ^_^...tapi ianya bergantung kepada kehendak Allah SWT juga... *_^

      Delete
  19. semoga terus sukses mak mertua ehhh...hahhaha kim salam pakwe ye hahahha...

    ReplyDelete
  20. itu mknanya makin serius dalam arena blog... semoga maju jaya kak farah... kita blogger biasa-biasa je... maka, nuffnang pun sbg yg biasa-biasa aja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hu hu hu, terima kasih maria...In Shaa Allah, mudah-mudahan...amin...

      Delete
  21. yeay! ada geng!
    lama dah nuff diturunkan dari suesopian[dot]com.. biarlah kita je yg tahu kenapa dan mengapa kan Farah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer betul tu sue, tak perlu kita gembar gemburkan ke sana ke mari...biarlah kita-kita sahaja yang mengetahuinya...he he he...

      Delete
  22. Good luck dear dengan new collaboration..he..he

    ReplyDelete
  23. moga sis dimurahkan rezeki dgn rezeki yg lain

    ReplyDelete
  24. alamak..nape plak tu kak..papepun all the best kak farah.. ;D

    ReplyDelete
  25. Ooo...ni x adil ni x share info ngan akak ni....sila telegram me dgn kadar segera..I need to know y...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti adik akan telegram akak dengan kadar segera ek? he he he...

      Delete
  26. Good Luck Farah...Takpe..Rezeki ada dimana2..Allah swt dah tentukn utk setiap umatnya..huhu

    ReplyDelete
  27. xpe...rezeki ada di mana2...

    kita psg je nuffnang tp rezeki kita xda kt situ.sbgai hiasan je kot....hihihihi

    ReplyDelete
  28. kenapa ya.. saya baru ja letak baru2 ni..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !