Setelah Hampir Setahun Melahirkan Ash Melalui Pembedahan...

Farah Waheda Wahid
12
Lebih kurang 2 minggu lagi, genaplah setahun Farah melahirkan Ash melalui pembedahan dan genaplah usia Ash setahun. Alhamdulillah...Tapi ni bukan nak cerita pasal hari jadi ke apa ke? Ini nak cerita tentang wanita selepas proses melahirkan yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri. 

Huh... Ingat senang ke bagi orang-orang yang macam Farah ni nak turunkan berat badan? La la la la... Farah memang senang naik beratnya serta kelihatan seperti belon dan juga sangat lambat turunnya berat badan tu... Cuma kalau kental hati dan nafsu tengok makanan tu, memang cepatlah turun... Makanya kena puasa jawapannya yawww... Ha ha ha... 

Dari pengalaman sendirilah kan? Masa mengandungkan Ash dan di akhir-akhir kehamilan tu, berat badan Farah adalah 74kg. Ha ha ha. Berat tak? Berat tak? Alhamdulillah tekanan darah dan kandungan gula semuanya tak ada masalah. Proses kehamilan Ash langsung tak menyusahkan Farah pun. Sebab Ash tak banyak ragam masa dalam perut. Alahan mengandung langsung tak ada. Melainkan alah pada nasi... Nak makannya "western" ajer selalu... Hu hu hu... Minum air memang banyak, sebab asyik dahaga ajer... Lain-lain semua baik-baik sahaja. 

Lepas Ash lahir, berat badan turun 10kg. Hik hik hik. Kira sendiri pakai congak pun tau berapa kan berat badan Farah setelah kelahiran Ash tu. Tapiiii, nak turunkan ke 58kg tu kembali? Ya Ampunnnn.... seksanya dan deritanya kurasakan... Sebenarnya kena diet lebih jer kan kan kan? Jaga pemakanan bersenam segala bagai. Sekarang ni tak adalah 64kg lagi, haippp melampaulah kalau tak turun-turun kan? Tapi dia macam yoyo ok? Kejap naik kejap turun. Bergantung kepada tabiat pemakanan Farah. Ha ha ha. Bukan 64kg dan bukan dah capai 58kg kembali. Tapi yang sedang-sedang ajer. Tengah berusaha gigih ni (gigih tak gigih sangatlah kan?) untuk kembali kepada 58kg. 

Secara psikologi nak sedapkan hati sendiri, tak payah nak teruk-teruk sangat seksa diri... Sekarang ni Ash dah mula melasak yang tahap ekstrem. Mummy pun berkejar-kejaran ke sana ke mari dan sekarang ni musim berat badan dah mula turun dan kg pun dah mula turun. Ash tolong Mummy kurus. Muahahahaha.... Masalahnya bukan pada berat tu sangat...Tapi pada perut... 

Berbeza ok dengan "uolss" yang bersalin secara normal. Perut senang benar kempisnya kan? Sebab lepas bersalin boleh pakai bengkung dan sapu segala benda bagai kan? Kami-kami yang lepas pembedahan ni tak boleh terus berbengkung walaupun ada bengkung khas untuk mereka-mereka yang bersalin secara pembedahan. Kena tunggu sikit masa baru boleh berbengkung. Tunggu luka tu pulih sikit. Tapi bila waktu boleh berbengkung tu tak sama setiap orang yang mengalami pembedahan. Farah sendiri, walaupun selepas 6 bulan melahirkan masih tak boleh pakai bengkung sebab rasa pedih dan tak selesa sikit di tempat luka pembedahan tu. Walaupun luka pembedahan tu dah kering di lapisan kulit luar, tapi di lapisan kulit dalam masih dalam proses pemulihan. 

Pssst... parut pembedahan Farah cantik tau... ha ha ha... perut pun macam masih sama sebelum bersalin dulu, tak ada parut regangan atau "stretch mark" pun... parut pembedahan tu satu garisan halus jer... kemas jer... bagus pandai "gynae" ni buat kerja. Bukan Farah yang komen. Ha ha ha, tapi orang lain yang komen. Ooopsss... 

Dan, bagi Farah yang melahirkan secara pembedahan ni, makanya perut tu memang lambat sikit nak kempisnya. Dush dush dush. Makanya bertahanlah. Sehinggalah sekarang ni sejak bulan ni lah. Alhamdulillah, yeayyyy!!! Ramai yang dah tegur (eleh baru jer seminggu)... Kelihatan penampakan imej tubuh badan seperti dah kembali sedikit kepada bentuk badan sebelum hamil. Apa lagiii, senyum sampai ke telinga lah kan? Minggu lepas semasa sesi fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari masih memboyak lagi...Ha ha ha... Seminggu nilah, bermula dari Isnin dah mula terasa badan sendiri dan ditegur oleh orang-orang... Walaupun tak sepenuhnya, tapi kira oklah kan? 

Motif entri ni? Ha ha ha...Mesti ada yang pening apa yang Farah nak sampaikan kan? Motifnya nak bagi tau... orang yang bersalin secara pembedahan perutnya tak kempis atau kembali serta merta ke bentuk asal dalam kadar yang cepat macam orang bersalin normal. Masanya agak panjangggg... Bukan Farah sorang yang berfikir macam ni, tapi kat pejabat pun kawan-kawan yang ada pengalaman pun cakap benda yang sama... Hew hew hew... 

*Tapi kalau masih boleh pakai baju masa anak dara tu kira terbaiklah kan? Maknanya masih "maintain" lagi lah kan? Larikkkk.... 

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. takpe kakfarah..kalau kak farah rasa nak kurus pasti boleh..hhehhe..cayok..bersenam selalu..

    ReplyDelete
  2. owh, cmtu eh..baru tau..emm, x sabar nk dpt ank sedara baru..hehe..hopefully kakak timm dpt brsalin normal..

    ReplyDelete
  3. ok lah dear, macam mama makan masa gak nak turun ke berat badan asal.. wah, makin cantiklah kakak kita ni..

    Mama Niza

    ReplyDelete
  4. Ohh .. baru tahu . Eh blog nie dah bertukar wajah eh ? minta maap laa, lama tak singgah. buzy memanjang :D

    ReplyDelete
  5. Kna usaha Dan sbr nnt kembali spt sediakala la tu hhehe, blog sis dah berubah la cntikk

    ReplyDelete
  6. Nerat senang nk turun, cuma kt perut tu still flabby la. Ni pglmn czer ms ank sulong ;)

    ReplyDelete
  7. Mmg makan masa juga... Kakak sy pun begitu...

    ReplyDelete
  8. nice info.. xpe kak farah, ash kan ade... ajak main kejar2 dalam rumah nanti..hihi

    ReplyDelete
  9. Farah,
    akak mase preggy naik 13 kilo.. turun 11 kg je.. pastu meanwhile.. naik la berat sampai 48.. with my height mmg ideal la body weight 48kg tu.. dtg sedar bile tgk gambar semua nampak plum... pastu la start gile gile.. control diet and working out everyday after work.. berjaya la turun 4-5 kg.. lepas tu naik turun naik turun je la sket sket.. target nye nak turun sampai 40.. tp tak mampu... hahaha... ok la..
    nak loose weight kene gigih sket.. dah umur meningkat ni susah sket lelemak degil nak hilang kan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !