Sesi Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari...

Farah Waheda Wahid
26
+Wiida Ribbon  @shazaamalina @etty_garib @yanneskay @tyasalmid @daniafacon @irnanylea @cosmoderm #KelabBloggerBenAshaari #cosmoderm #cosmodermkbba #MyCreativePixelStudio #MyCPS #makeupbywiidaribbon #GlamorequeByEttyGarib #Yanneskaysmakeup #shawlbytyasalmid #kittybeautytouch

Bila gambar rasmi dah siap baru Farah berkesempatan nak cerita tentang sesi fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari yang telah diadakan baru-baru ini pada hari Ahad, 2 November 2014. Pheww... bukan sengaja melewat-lewatkan untuk cerita...hik hik hik, tapi serius Farah sangat sibuk dengan tugas-tugas di pejabat sejak kebelakangan ni bila seorang lagi kakitangan di pejabat Farah telahpun berhenti. Semuanya jadi tunggang langgang dah sekarang...Muahahaha... Jadi tak seimbang dah. Semua nak kejar, itu nak kejar, ini nak kejar...Nanti lambat-lambat nanti Pink Panther tu muncungggg... Makanya, memang masa agak terhad kebelakangan ni...Namun, Farah cuba yang terbaik untuk seimbangkan dan mengikut rentak asal yang seadanya... 

Ok berbalik kepada sesi fotografi ni, lokasi kejadian adalah di My Creative Pixel Studio yang terletak di Bangunan PV128, Setapak... Dan tema bagi sesi fotografi ni haruslah merah hitam uolss...Warna rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari... ^_^... Masing-masing dikehendaki memakai baju apa-apa saja yang berwarna merah ataupun hitam untuk sesi fotografi individu dan bagi sesi fotografi yang kedua ataupun berkumpulan, masing-masing memakai sama ada baju korporat Kelab Blogger Ben Ashaari ataupun T-Shirt rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari.Kami-kami gadis-gadis...ihikss... Farah tergolong dalam gadis-gadis ke? Oklah kita tukar, dayang-dayang (habislahhh kena kecam dan kena bahan ni)... Kelab Blogger Ben Ashaari telah ditatarias oleh "make-up artist" @ MUA yang telah dibahagi-bahagikan sama rata. Terima kasih diucapkan kepada semua MUA-MUA yang terlibat di dalam mentransformasi serta mencantikkan gambar-gambar kami semua. 

Dan orang kuat yang gigih merancang serta mengaturkan aktiviti ini sudah semestinya blogger Lan Careno, alaaa blogger retis tu...takkan tak kenal uolss. Terima kasih Lan di atas segala usaha gigih dalam mengaturkan sesi yang sangat "happening" ini... Dan pastinya, mana boleh lupa... Terima kasih kepada pihak Cosmoderm Malaysia selaku penaja utama Kelab Blogger Ben Ashaari. Ada cerita tau nak kongsi dengan semua tentang Cosmoderm ni, nanti Farah kongsi yer? Sekarang ni kita fokus tentang kejadian sesi fotografi ni... Muahahaha.... 

Sepertimana yang dilihat di atas, ianya adalah gambar berkumpulan kami Kelab Blogger Ben Ashaari yang diterajui oleh pengasasnya tak lain tak bukan Abang Long Ben Ashaari. Dan Farah kongsikan sedikit lagi gambar berkumpulan. 


Inilah jejaka-jejaka idaman Malaya...Errr... bolehlah...habislah kembang setamanlah mereka-mereka ini... Tapi oklah, jujur dikatakan mereka ni memang pandai bergaya depan kamera. Dan juga tak dinafikan fotogenik jugak. He he he...Bukan bodek tapi kenyataan, uolss sendiri pun boleh nampak kan? Bagaimana gaya mereka di hadapan kamera? #ehhh mana aci lelaki jer...mana yang perempuannya? Mana nak kalah kan kami kan? Jeng jeng jeng... 


Inilah dia barisan mak-mak dara dan anak-anak dara Kelab Blogger Ben Ashaari. Ada yang masih kekosongan lagi rasanya...He he he...Kalau nak kena hantar kertas kerja cadangan... #ehhh pandai-pandai jer Farah kan nak jadi agensi pencari jodoh... Habis tunggang langgang kalau Farah jadi pencari jodoh... 

Tak lupa, mestilah kongsi gambar sendiri kan? Gambar individu Farah semasa sesi fotografi tu... Hurmm... tak adalah pandai mana pun bergaya di hadapan kamera...Tapi bolehlah kot? Agak-agak boleh cari makan tak? Muahahaha... Badan memboolat ada hati nak berangan nak beraksi depan kamera ye tak? Tapi tak salah pun, ada jer mereka yang boolat-boolat dan comel-comel berjaya di hadapan kamera kan? 



Ha ha ha, ya ampunnn bulatnya akaknya...ha ha ha...kena diet ni kena diet... Ha ha ha, konon-konon pembakar semangat lettew. Dan sebenarnya banyak lagi gambar-gambar di sebalik tabir yang Farah belum kongsikan di Bubblynotes.Com... Kongsi yang ini jer dulu, "end products" jer dulu...Gambar-gambar di sebalik tabir kita kongsi di dalam entri yang lain yer? 

Terima kasih diucapkan tidak terhingga kepada para penaja aktiviti Kelab Blogger Ben Ashaari... ^_^

*Kalau Ash pantang nampak kamera, faham-faham ajerlah menurun dari siapa kan? Ikut siapa lagi kalau ikut Mummy dia... Abah dia kurang berminat pada kamera sedikit... Ha ha ha... Sebab? Hanya Abah Ash yang ada jawapan...walaupun Farah ada jawapan, Farah takkan terangkan...ekekekeke... Kalau nak tau kenalah tanya Abah Ash sendiri... 

Post a Comment

26Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Replies
    1. memang seronok anum bila dapat berkumpul ramai-ramai macam tu...

      Delete
  2. Replies
    1. In Shaa Allah boleh di masa akan datang...who knows kan?

      Delete
  3. Replies
    1. errrrr, anak siapa? anak manusia...ha ha ha... thanks dear for dropping by...

      Delete
  4. Salam singgah petang Farah...wahh...hebat dan meriah suasana sesi fotografi KBBA...

    ReplyDelete
  5. wahh..meletop la kak farah..siyokknyee..

    ReplyDelete
  6. Seronoknya korang..inilah muka2 ahli kelab ben ashari yek,.

    ReplyDelete
  7. Dah berkumpul ramai2 tu mesti meriah kan ... Macam2 perangai ada ...

    ReplyDelete
  8. hihii..happeningkann...

    http://hasyanaurah.com/2014/11/kelab-blogger-ben-ashaari-mycreativepixel-studio.html

    ReplyDelete
  9. untungnya :)
    sooo merah... sooo blackie... comey kak farah :)

    ReplyDelete
  10. amboi.. meghah meghah kesemuanyaaa...

    ReplyDelete
  11. bestnya dapat posing² depan kamera :)

    ReplyDelete
  12. bestnya kak :D
    terlepas la nak join sebab tak aktif sangat selepas bersalin hari tu...

    ReplyDelete
  13. jeles banget kak farahhh hihuhu
    Jap nak gi spam ig kak farah haritu takleh load ekeke

    ReplyDelete
  14. Waaaaaa.. Meletop gambar!! Cayalah..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !