Rasa Bersalah Seorang Ibu???

Farah Waheda Wahid
25
Sumber dari Google
Bila jadi mak-mak ni, rasa macam terbang melayang-layang di udara sangat bila anak-anak dah pandai memuji kan? Ha ha ha...Farah tak rasa lagi, sebab Ash belum fasih bertutur lagi. Tapi boleh bayangkanlah perasaan tu macam mana bila anak yang dikandung sendiri memuji diri ini kan? He he he... Tapi sebagai mak-mak ni ada masanya kita ada juga rasa bersalah pada anak-anak. Hurmm...Rasanya ibu-ibu faham kot perasaan tu, tentang apa yang Farah cuba sampaikan sekarang ni... Rasa bersalah terhadap anak di atas sesuatu yang kita rasa kita tak dapat penuhi ataupun kita tak sepatutnya buat. Dan situasi ni, dilalui oleh mana-mana ibu setiap hari kot? Hari ni mungkin uolss rasa, esok mungkin Farah rasa...Haaa lebih kurang macam tu lah... "Oh tidak! Apa yang aku dah buat?", "Ermm, apa yang aku fikirkan sampai bertindak macam tu?"

Sumber dari Google

Melalui pembacaan Farah dari buku Mommy Guilt di atas yang ditulis oleh Devra Renner, ada 10 jenis rasa bersalah seseorang ibu itu yang secara praktikalnya hampir kebanyakkan ibu-ibu di luar sana termasuk diri ini sendiri mengalaminya... 

1. Tidak Menghabiskan Masa Bermain Dengan Anak-Anak
Bila dah selesai semua tugasan kita, kita akan letih. Tapi, sebelum tidur kita akan terasa bersalah sebab tak habiskan masa bermain dengan anak-anak.

2. Mummy Mana Baju Kegemaran Saya?
Budak-budak kan? Kalau dah suka satu-satu baju tu, dah jadi baju kegemaran mereka, memang baju tu jerlah yang diaorang nak. Walaupun dengan cara kita cuba sorokkan atau asingkan baju kegemaran mereka dengan baju-baju yang lain di dalam almari, muka sedih mereka akan buatkan rasa mak-mak rasa bersalah dengan tindakan tersebut.

3. Kenapa Saya Gunakan Perkataan Itu Di Hadapan Anak-Anak!
Kalau agak-agak kedengaran kebelakangan ni, anak-anak menggunakan bahasa-bahasa yang tak sepatutnya...kadang-kadang kita akan tersedar yang sebenarnya puncanya adalah dari kita sendiri. Mohon ingatan pada diri sendiri dan juga mak-mak yer, cantik-cantikkan sikit bahasa kita... Sebab anak-anak ni memerhati... kadang-kadang kita tak sedar atau tak perasan, tengah-tengah kita khusyuk berborak kat telefon dengan kawan-kawan kita ke... Tiba-tiba terkeluar perkataan-perkataan yang tak sesuai menjadi ikutan budak-budak... elakkan, tolong elakkan...Peringatan pada diri sendiri jugak. Nak nak lagi kalau budak-budak dah sekolah dan dah pandai membaca... Perghh...dapat pulak baca blog mak sendiri atau tengok status FB mak sendiri... walllah...terbaik ar uolss... Nanti anak-anak akan kata...kenapa mak boleh, saya tak boleh...Haaa...nampak tak permainannya di situ?  

4. Tak Boleh Tahan Dengan Hasil Kerja Seni Anak-Anak Dari Sekolah
Biasalah bila dah sekolah ada kelas lukisan, kelas seni, lepas tu anak-anak pun dengan perasaan bangganya bawak balik hasil kerja mereka. Seminggu satu kelas lukisan, satu hasil lukisan, kena setahun...ha ha ha...tak menggunung? Yang kita mak-mak ni tak menahan tengok semakin lama semakin membukit sampai tak ada space nak simpan... Dush dush...Akhirnya, ke tong sampah... Rasa bersalah tak buat macam tu? Rasa macam tak hargai pun ada jugak kan?

5. Tidak Merakamkan Detik-Detik Indah
Kalau boleh setiap detik-detik indah anak kita nak rakamkan. Macam Farah ni lah.Ha ha ha, habis semua nak rekod uolss. Tapi kadang-kadang bila moment tu datang, camcoder atau semakphone tak ada kat tangan...Rasa macam satu kerugian pulak pada kita... Contohnya, bila anak-anak mula menunjukkan kepandaian baru... Kalau dapat mak blogger macam kita-kita ni...huh...lagilah..nak nak lagi yang ber-niche kan parenting... La la la la...

6. Ewww... Mummy ...Apa Mummy Masak Ni? Tak Sedap Lah...
Kita tambahkan lobak merah dalam makanan kegemaran anak kita yang picky eater tu. Bila dia dapat tau, dia tak nak makan dan tidur dengan perut kosong. Hukuman paling kasar yang seseorang mak tu boleh terfikir... Adehh... kesiannya anak aku tak makan sebab ada lobak merah dalam masakan tu. Menyesal pulak tambahkan lobak merah.  

7. Mummy Tak Pernah Percayakan Saya!
Seseorang mak tu tak percaya cerita anaknya dan mula meninggikan suara bila mana itu sebenarnya bukanlah kesalahan si anak. Kemudian, mak tu mintak maaf dan berjanji lain kali akan dengar semua maklumat atau cerita.  

8. Mummy Ni Sibuk Dengan iPad Berbanding Menghabiskan Masa Bersama Saya!
Ha tu dia... termaktub dalam cara hidup sekarang... Kena setepek anak bersuara kat mak sendiri... Mari kita sama-sama ingatkan diri sendiri supaya anak-anak kita tak bersuara macam tu dan kemudiannya kita sendiri rasa bersalah. 

9. Tapi Mummy Dah Janji Kan?
Huh... moga-moga terlepaslah dari situasi ni. Caranya senang jer...elakkan berjanji dengan anak. Kalau tak memang akan dengar kenyataan ni dan diri sendiri rasa bersalah.

10. Meninggikan Suara Atau Terjerit-Jerit Pada Anak
Ini klasik sangat. Tak ada mak yang rasa puas atau gembira menjerit-jerit atau meninggikan suara pada anak-anak. Tapi bila anak-anak menguji kesabaran, salah satu caranya yang memang dah lama turun temurun dalam masyarakat adalah meninggikan suara atau menjerit.

MACAM MANA NAK HILANGKAN RASA BERSALAH TU?
Rasa bersalah tu adalah sesuatu yang normal. Tapi bila rasa bersalah itu membayangi hati, kadang-kadang boleh jadikan mak tu tak keruan atau tak tenang. Lepas tu ganggu fokus kita pada perkara-perkara lain. Makanya... 

Masa Berkualiti Kepada Berkuantiti
Tengok kembali waktu yang kita habiskan dengan anak. Jangan terlalu mengejar menjadi ibu yang terlalu sempurna tetapi "doing the best that I can" yang mana lebih rasional dengan tuntutan hidup kita semua sekarang.

Melatih Anak Menjadi Seseorang Yang Berdikari
Bayi memang belum boleh pandai berdikari, tapi kadang-kadang tu menunjukkan jugak ciri-ciri berdikari. Ahakss... macam Ash yang selalu kena latih pegang botol sendirilah... Tarik selimut sendirilah.. Muahahaha...Bunyi kejam tapi mengajar... Menjadi berdikari adalah sesuatu yang semua kanak-kanak patut belajar. Beri garis panduan berbanding buat semua untuk mereka.

Waktu Sendiri Yang Berkualiti
Seseorang ibu itu memerlukan waktu sendiri yang berkualiti sebab ibu tu manusia biasa jugak. Ada masa-masa seseorang ibu tu perlu keluar dan menghabiskan masa bersendirian seketika. Get a life! Cara ni sebenarnya membantu mengembalikan semangat dan juga tenaga.

Mengatakan Tidak
Walaupun mungkin agak susah bagi kita sebagai mak untuk mengatakan tidak kepada sesuatu terhadap anak-anak, tapi kita kena ajar mereka yang tak semestinya semua benda yang mereka impikan, mereka nakkan, mereka sukakan mereka boleh dapat. Tugas mengatakan ya atau tidak terletak di bahu ibubapa bukan anak-anak.  

Kesedaran Dari Rasa Bersalah
Akhir sekali, bila kita rasa bersalah terhadap anak atas sesuatu, kita sepatutnya perbaiki dan bukan ulangi. Nilai kembali prioriti kita dan pilih mana satu komitmen kita yang paling penting.

Adatlah tu kan? Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula dalam perjalanan perhubungan anak beranak...Ha ha ha ... Ubah sikit peribahasa asal... La la la la... Mesti tak sekali dua ada rasa bersalah ni...Mustahil tak ada langsung kan? Kita ni manusia bukannya sempurna seratus peratus... Sedangkan berkawan pun boleh sentap, inikan lagi anak beranak kan? *_^           

Post a Comment

25Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. :( so true..kena baiki lagi diri ini..

    ReplyDelete
  2. Awak....pasal lukisan tu...bleh je amik gambar atau scan sebagai kenangan....then yang asal tu nak buang pun tak per... skadar bagi cadangan....

    Jemput ke blog saya http://prettilyrare.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak cadangan tu, boleh digunapakai jugak...cuma feelings anak-anak tu jerlah kot... ha ha ha...bila buang macam parents tak appreciate pulak talent diaorang...who knows some of them might feel it kan?

      Delete
  3. semoga para ibu tak rasa bersalah dan menjaga anak sebaik mungkin

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa bersalah tu pasti ada terselit sekali sekala fizah...he he he...dan In Shaa Allah...

      Delete
  4. Entry muhasabah antara ibu dan anak. Tq farah.

    ReplyDelete
  5. Deep.. Hurm.. Kena perbaiki diri lagi..

    ReplyDelete
  6. Lin pun ada mummy guilt ni. Especially time macam skrg, preggy and letih yg amat. Tak terlayan my 1st son, Adam yang baru 1 yr 4 months. Maklumlah jaga sorang-sorang, kalau dia menangis [sebab kadang2 pun baby have bad hair days] Lin duduk and blur, tengok je dia nangis. Tak tahu nak buat apa dah. Every night tengok muka dia rasa bersalah sangat-sangat and say sorry to him again and again. sigh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lin, every mummy mesti ada perasaan ni atau pernah rasa perasaan ni... sighhh...

      Delete
  7. Banyak yg kena baiki ni terutama masa berkualiti & berkuantiti...thanks for sharing farah

    ReplyDelete
    Replies
    1. my pleasure...sama-sama kita perbaiki diri kita sama-sama sebagai ibu...

      Delete
  8. Banyaknya rasa bersalah dalam seorang ibu. Hope sis jadi ibu yang baik sayu hari nanti.

    Klik untuk baca entry terkini saya > Terima Kasih Sebab Sudi BW Part 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dear...In Shaa Allah, mudah-mudahan...aminn...

      Delete
  9. Hmmm .... could u please be my mom...? =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenotttt...i can only be your dearly sis...ha ha ha...cause I will be too old nanti... la la la la...

      Delete
  10. Banyak info yg bleh dimanfaatkan ni.. walaupon baby xkuar lagi bleh dijdkn panduan...
    Tgk la ank2 skg pon kalau berckp mcm2 bahase... mintak dielakkan...

    ReplyDelete
  11. Selalu je rasa bersalah kalau dah marah teruk2.
    Depa ni suka buat perangai.
    Tapi kalau pujuk sambil peluk balik confirm dia datang n manja2 dgn kita.

    ReplyDelete
  12. sangat berguna bila Za ada baby sendiri nanti..

    ReplyDelete
  13. akak memang sentiasa ada...kadang2 sebab x dapat penuhkan permintaan Dania....

    ReplyDelete
  14. Mmg tak boleh nk elak...sbb kita nkkn yg terbaik utk ank kita...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !