![]() |
Sumber dari Google |
Kalau dilihat pada laporan tinjauan yang dilakukan oleh Dr. Kanna Peruman di atas yang Farah jumpa di Google, tabiat yang sinonim dengan anak-anak adalah menghisap ibu jari. Menghisap ibu jari sewaktu bayi adalah comel, tapi bila usia anak dah meningkat dan anak semakin besar... Kecomelan itu boleh hilang bila mereka menghisap ibu jari dan ianya juga akan dilengkapi dengan pakej kesan sampingan menghisap ibu jari.
Kata orang-orang yang terlebih dahulu makan garam yang pernah Farah dengar, bila anak-anak menjadikan tabiat menghisap ibu jari sebagai satu tabiat atau rutin, ibu jari yang dihisap itu lama kelamaan boleh jadi "genting"...Genting? Apakah maksud genting tu? Macam mana ek nak terangkan? Lebih kurang macam jari tu kelihatan teganglah... dan dikatakan juga, gigi kanak-kanak akan menjadi jongang... Dan ini diakui oleh mana-mana pakar penasihat keibubapaan dan juga pakar pergigian kalau kita menggali dan membaca artikel-artikel yang berkaitan dengan tabiat menghisap ibu jari ini.
Kebanyakan kanak-kanak akan menghentikan tabiat ini apabila mencapai umur 2 hingga 4 tahun. Dan tabiat menghisap ibu jari akan mula menjadi masalah JIKA tabiat ini berterusan sehingga gigi kacip kekal tumbuh.
![]() |
Sumber dari Google |
![]() |
Sumber dari Google |
![]() |
Sumber dari Google |
Haaaa, betul kan? Kalau anak-anak berterusan menghisap ibu jari mereka masalah jongang akan muncul dan masalah gigi atas dan gigi bawah tidak rapat pun akan terjadi. Kecantikan tu anugerah Allah SWT, dan bila ada kecantikan yang dikurniakan haruslah dijaga dengan sebaiknya kan? Setiap kejadian Allah itu indah kan? Makanya, nak ke gigi anak-anak jadi macam tu? I is tak sanggup... Hu hu hu... Kadang-kadang memang ibu bapa tak nak anak-anak mereka menghisap ibu jari...Tapi tu kadang-kadang sebab tak boleh dilarang...Dah larang buat jugak, dah larang akan menangis, meroyan dan tunjuk perasaan... Dush dush dush.. Habis tu guano? Faham tu faham...
Bagi mereka-mereka yang mungkin mengalami masalah untuk menghentikan anak-anak dari menghisap ibu jari...mungkin boleh mencuba petua yang disenaraikan yang Farah baca di SINI
1. Balut ibu jari. Di pasaran luar negara banyak dijual tapi di Malaysia Farah tak berapa nak pasti. Mungkin uolss boleh Google dan cari ataupun mungkin ada yang telah melalui dan berpengalaman tahu di mana nak membeli. Hik hik hik, senang cerita jahit sendiri pun boleh kalau maknya pandai menjahit.
![]() |
Sumber dari Google |
2. Sapukan bahan yang rasanya tidak disukai oleh kanak-kanak seperti kuinin atau lada sulah pada ibu jari.
3. Beri pujian, ganjaran dan perhatian apabila anak sudah tidak menghisap ibu jari.
4. Libatkan anak dengan aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan. Contohnya, alat permainan.
5. Dapatkan khidmat nasihat pakar sekiranya tabiat ini berterusan sehingga gigi kacip kekal tumbuh (berumur 7-8 tahun).
Ash hisap juga jari, tapi bukan ibu jari, semua jari...muahahaha...tapi tak selalu, kadang-kadang jer. Dan memang dia bukan penghisap ibu jari sejak lahir. Alhamdulillah...ha ha ha...mudah sikit kerja Farah... Buat masa dan setakat inilah...Tak perlu memikirkan macam mana nak pisahkan ibu jari tu dengan dia... Hik hik hik... Kalau yang berkaitan dengan ibu jari dia cuma suka layan lagu kat bawah ni jer... Setiap malam suka dengar dan tonton...
Bagi yang mengalami masalah anak-anak suka menghisap ibu jari tu, jangan
terlalu khuatir dan risau. Pasti ada penyelesaian dan pasti ada
caranya...Salah satunya adalah seperti yang Farah dah kongsikan di
atas... Semoga bermanfaat!
Anak Papaglamz 6 bln suka hisap jari jgak.. Nak kne kurang kn ni...
ReplyDeletehttp://www.papaglamz.com/2014/11/travelglamz-ll-sepetang-di-kampung.html?showComment=1415341190813&m=1#c5848374341873341832
perlahan-lahan cuba kurangkan...^_^...
DeleteTerima kasih untuk info ni dear....anak saya pon kadang-kadang suka isap jari ni....bahaya kalau biarkan ...
ReplyDeleteDilema Anak Kurus Kering Dan Tak selera Makan
Salam Farah......wahhhh dah semakin cantik wajah blog ni :D
ReplyDeleteNasib baik anak2 Mia tak suka hisap jari....:)
tabiat anak mintak puting mungkin sebab dah jadi kebiasaan, nak anak duduk diam dan tak nangis..jongang pon jonganglah..tapi pcl x pernah bg kat anak² masa dorang masih baby.
ReplyDeleteizin menyimak dulu ya mba hehehe
ReplyDeleteNice Sharing. Saya ada kenal sorang budak yang umur 7tahun still hisap jari.. Boleh share tips ni dengan mak dia. Hehehe, Thanks :)
ReplyDeleteAnak saya yang no 2 akan masukkan jari dalam mulut bila dia rasa tak selesa macam orang ramai duk perhati dia.
ReplyDeletenasib Ash ok xhisap sgt kan..
ReplyDeletehahha.. kebetulan mmg tgh cari info nih.. tqs dear...
ReplyDeleteAnk2 sue alhamdulillah hisap x lama pun.
ReplyDeleteSetakat isap jari hnya perkembangan ... X jadi tabiat buat anak2 sy..
ReplyDelete