![]() |
Sumber dari Google |
Peraturan keluarga merupakan satu pendekatan yang paling asas dalam mendisiplinkan anak. Anak yang terdidik dengan peraturan keluarga akan menjadi lebih bertanggungjawab dan saling hormat-menghormati. Ini akan memudahkan anak untuk mematuhi beberapa peraturan lain yang bakal ditempuhi bukan sahaja di sekolah malah di mana-mana tempat sekali pun.
3 ciri utama dalam mewujudkan peraturan adalah :
• Peraturan itu mempunyai matlamat yang mudah difahami.
• Setiap peraturan mestilah mempunyai alasan kepada limitasi-limitasi yang telah ditentukan
PERATURAN KELUARGA YANG KONSISTEN
Ibu bapa perlu mewujudkan peraturan keluarga yang konsisten supaya anak dapat mengendalikan diri mereka dengan sendirinya apabila setiap peraturan yang diwujudkan itu dapat difahami dengan jelas serta tidak ada perubahan yang dilakukan secara mengejut sehingga boleh mengelirukan diri mereka. Anak bukan sahaja belajar menguruskan diri serta bersikap sabar ketika melaksanakan tugasan, malah mereka menjadi lebih bertanggungjawab apabila dewasa kelak.
BERTINDAK LEBIH BAIK DARIPADA BERJANJI
Apabila mendisiplinkan anak dengan menjanjikan sesuatu ganjaran ataupun mengenakan sebarang denda, pastikan bahawa ibu bapa bertindak melakukan apa yang telah diperkatakan. Bukan itu sahaja, tindakan yang bakal diambil mestilah konsisten dengan peraturan keluarga yang telah wujudkan.
Sikap tegas perlu ada dan ibu bapa tidak boleh membiarkan perasaan simpati melemahkan ketegasan serta peraturan yang telah diwujudkan. Sebagai ibu bapa yang inginkan sesuatu kebaikan dipelajari oleh anak-anak, tindakan yang konsisten adalah lebih baik daripada kata-kata janji yang tidak ditunaikan.
MENDIDIK TANPA JEMU
LEMBUT TAPI TEGAS
Ibu bapa perlulah bersikap lemah lembut tetapi tegas dalam mendidik anak-anak. Kebiasaannya ibu bapa yang kurang sabar akan menggunakan cara ugutan mahupun kekerasan seperti merotan.
Cara paling baik untuk mengendalikan anak yang sedang merajuk mahupun tidak mendengar kata adalah dengan bersikap tegas. Namun ibu bapa perlulah menjelaskan kenapa sesuatu perkara atau sesuatu permintaan itu boleh atau tidak boleh dipenuhi.
MEMBENTUK TINGKAH LAKU ANAK
Ibu bapa harus menegur anak secara terus terang supaya mesej mereka dapat mewakili perasaan serta hasrat yang tidak begitu senang dengan tingkah laku yang telah ditunjukkan oleh anak-anak mereka.
Sikap bekerjasama yang ditunjukkan oleh ibu bapa dalam melakukan sesuatu perkara bersama-sama anak mereka dapat mengukuhkan lagi hubungan ibu bapa dan anak dengan syarat tidak memarahi atau meleteri anak dengan melabelkannya dengan perkataan negatif seperti “malas”, “degil” dan sebagainya. Ketika memberi arahan, ibu bapa perlu mengawal emosi supaya nada suara tidak terlalu keras dan tidak juga terlalu lembut tetapi tegas.
MENGENDALI ANAK YANG TIDAK MEMATUHI ARAHAN
Ibu bapa perlu mempelajari beberapa cara untuk mengendalikan anak yang tidak mematuhi arahan dengan menggunakan pendekatan berunsur motivasi yang kadangkala meninggalkan kesan negatif bertujuan untuk menyedarkan anak supaya tidak terus berkelakuan yang boleh menimbulkan kemarahan mahupun kekecewaan ibu bapa.
4 cara untuk mendisiplinkan anak yang tidak mematuhi arahan :
• Ganjaran
Anak-anak lebih suka menerima sesuatu ganjaran berbentuk hadiah atau pujian, namun ibu bapa perlu berhati-hati ketika memberi ganjaran supaya matlamat asal iaitu ingin membentuk tingkah laku anak tercapai.
• Tiada tindakan atau reaksi
Kadangkala adalah lebih berkesan mendiamkan diri atau tidak menunjukkan sebarang reaksi kepada tingkah laku negatif anak. Cara ini bukan sahaja dapat menyedarkan kesilapan anak kerana ibu bapa tidak memberi perhatian mereka, bahkan juga anak akan merasakan sendiri beberapa kesan negatif yang terpaksa dihadapi ekoran daripada tingkah lakunya yang tidak berubah.
• Beri amaran
Amaran boleh diberi sebagai peringatan kerana kadangkala anak-anak terlupa akan sesuatu peraturan. Apabila amaran diberikan, pastikan mempunyai alasan-alasan tertentu serta hukuman ringan sekiranya diingkari.
• Mengenakan denda
Denda merupakan sesuatu yang amat tidak disukai oleh anak-anak. Apabila sesuatu denda dikenakan, beberapa reaksi kurang senang akan dipamerkan. Ibu bapa perlu bersabar dan terus bertegas dengan pendirian sehingga tingkah laku negatif anak dapat diatasi.
PUJUK SUDAH, BELAI PUN SUDAH, TAPI...
Kerenah anak pelbagai ragam. Ada berpendapat mengatakan ibu bapa harus menggunakan pendekatan psikologi dalam mengendalikan anak. Namun kadang kala kesabaran ibu bapa tergugat dengan kerenah anak sehingga ada ibu bapa yang sanggup mengenepikan pendekatan psikologi dan menggantikannya dengan pendekatan “tamparlogi”.
Setiap ibu bapa perlu bersedia dan sentiasa mengingatkan dirinya supaya sentiasa bersabar untuk mengendalikan anak. Dalam kata lain, ibu bapa perlu berada satu langkah ke hadapan memikirkan implikasi yang wujud sekiranya anak tidak dikendalikan secara pujukan, rayuan dan belaian tetapi masih dalam ketegasan kerana sesuatu cara yang senang lagi singkat tidak bererti bahagia, dan sesuatu cara yang susah serta memakan masa tidak bererti derita.
Hurmm...tingkah laku anak-anak ni sebenarnya merupakan cerminan ibu bapa yang mengasuh serta mendidik mereka. Kadang kala tu, puas lah ibu bapa bagi perhatian dan kasih sayang tetapi semakin banyak diberi, semakin tinggi pulak kerenahnya. Ibu bapa pun jadi bingung, kecewa dan hilang pertimbangan bila berhadapan dengan anak-anak. Anak-anak dikatakan tidak ikut tunjuk ajar, sedangkan anak-anak tidak berjaya didisiplinkan.
Untuk Ash, Farah tak bercadang menggunakan kekerasan tetapi sebaliknya seperti yang Farah dah tanamkan dari awal, ketegasan dalam belaian. Beri dia faham dan biar dia tau di mana "limitation" dia dan apa yang dia boleh dan tak boleh... Hurmm... Moga-moga dipermudahkan dan In Shaa Allah dengan izin Allah SWT...
Insha Allah.. Moga dipermudahkan.
ReplyDeleteIn Shaa Allah, Amin.. Semoga kita sama-sama berjaya di dalam mendidik anak-anak masing-masing...
Deletesy skrg ni pn tgh berusaha menjadi mama yg baik utk arfan..kalo blh xnk sll mrh2 dia..tp kalo dia xnk dgr kata, sy ugut je nak tglkan dia..so cpt2 la dia dtg kat sy..hehe...kalo time nk pakai pampers ke..buat2 la nk lari, dia dtg la baring trs hehe..
ReplyDeletesebagai ibu kita semestinya akan berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak kita kan?
Deleteinsyaallah
ReplyDeleteIn Shaa Allah, mudah-mudahan...Amin...
Deleteacik sokong... lembut tapi tegas , memang bagus sekali entri nie... sebab ada ketika kita kawan kepadanya ketika marah ,maka marah betul2
ReplyDeletePanduan berguna untuk para ibu bapa... Kekerasan tu hanya mendatangkan impak negatif dalam diri mereka...
ReplyDeleteActually terlampau tegas mmg tak baik, satunya beri kesan kepada minda anak itu sendiri. Pernah terbaca anak berlaku tak patut kpd ibu bapa yg tua sebab nak balas balik apa yang mak bapa dia buat masa besarkan dia waktu kecil dulu, mksudnya tegas sgtlah, jd dia pun buat mcm tu balik bila mak ayah dia tua..huhu
ReplyDeleteLembut beradat,
ReplyDeleteKeras bertempat,
Adat tersirat,
Penuh matlamat.
Nice sharing...!!!!
sekadar perkongsian dari ustaz:-
ReplyDelete1- 6 tahun beri kasih sayang,layan sebaik mungkin
7-14 tahun ajar solat,didik dengan tegas
15 keatas jadikan anak sebagai sahabat
:) semoga kita semua berada dalam kasih sayang Allah swt
Yang penting kena seimbangkan semuanya.kan??
ReplyDeleteInsyaAllah . well said kak farah. :)
ReplyDeleteTQs dengan perkongsian nih... akak ni dah 3 anak, heros belaka... kekadang dtg juga stress nak mendidik anak² nih namun cuba buat yg terbaik utk diaorg... :-)
ReplyDeletekadang2 tantrum si kakak membuatkan mama bertukar jadi singa....hoho
ReplyDeleteterima kasih...perkongsian yg bagus=)
ReplyDeletedlm dunia zaman skang ni, nak mendidik anak2 bukanlah satu tugas yg mudah. anak2 zaman skang terdedah kpd dunia moden dan teknologi. tak boleh silap tegur, mesti ade yg x kena. so, kena seimbangkan, jgn terlalu dimanjakan dan jgn terlalu berkeras. ada masa kita perlu berlembut, kita kena berlembut. ada masa yg kita perlu berkeras dan marah, kita kena lakukannya demi kebaikan anak2. sbb anak2 yg dimanjakan keterlaluan, akan hadapi proses di mana bila kita marah wpun sedikit, dia akan mudah terasa hati. so, mmg perlukan kesabaran yg tinggi..
ReplyDeletenice sharing beb!
semuanya brgantung pada keadaan sseorang.. kdg2 anak yg baik pun bleh jd kasar sbb cra didikan makbapak
ReplyDeletenice sis.. teringat dulu2 macam mana mak bapak besarkan kita.. (:
ReplyDelete