Main Angkat-Angkat "Baby Walker"!!!

Farah Waheda Wahid
26
Selain suka main sorok-sorok, ada satu lagi kegemaran terbaru Ash semenjak sibuk berpaut nak berdiri ni. Main angkat-angkat "baby walker"... Dia pegang kiri, pegang kanan...lepas tu dia akan angkat "baby walker" tu sambil tersenyum-senyum, tergelak-gelak... Hu hu hu... 

Bila berada di permukaan yang tidak rata... contohnya lantai di dapur tu ada bengol sikit... makanya dia akan dengan gigih mengangkat "baby walker" dengan kedua-dua belah tangan bagi melepasi halangan supaya dia boleh ke lantai yang di bawah bengol itu... Errrr... bila ada di hadapan tangga seperti yang di atas... dia akan pegang kiri, pegang kanan juga "baby walker" dia... dengan gigih kekononnya nak mengangkat "baby walker" tu melepasi tangga. 

Errrr...bijak? Yer yer Alhamdulillah sekiranya bijak... tapi bijak bijak jugak...keselamatan tu...phewww.... kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja...Malang tidak berbau... Dah tau kondisi macam tu, makanya siapa lagi Mummy dan Nek Ma memang kena "alert" dengan setiap pergerakkan dialah. Bimbang kalau-kalau perkara yang tidak diingini berlaku. Berpeluh jap Mummy mengenangkan. 

Tangga rumah tu memang di dalam proses nak dipasangkan pagar tangga...biar dia rasa! Tak boleh main di tangga lagi...Ha ha ha... Kejam tak kejam tak Mummy? Tak bagi anak main kat tangga? Tak kejam kan? Semua demi keselamatan. Kalau di dapur tu? Errrr...nak kena pasang pagar dapur pulak dah ker? Tiba-tiba kalau dapur pun berpagar terasa macam taman safari pulak rumah Farah...La la la la... Tak kot? Cuma kena perhatikan ajerlah... 

Dia boleh gelak-gelak ajer dengan bangganya mengangkat "baby walker" dia...yang kita ni tersemput-semput nafas bimbang dan risau kalau-kalau terjelungang ker? terbalik ke? karang kena kepala...adehhh...tak sanggup Mummy nak membayangkan Ash...Shoo shooo... Nauzubillahminzalik...Moga-moga dijauhkanlah dari segala malapetaka dan lindungilah anakku ini Ya Allah...dengan kelasakkannya yang tidak terhingga.... Ahakss... Tapi betullah... Yerlah nama pun anak lelaki kan? 

Memanglah macam ni kerenahnya kan? Errrr...ke Ash jer? Takkan kot? Ha ha ha...

Post a Comment

26Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Pandai sgt nak berjalan sendiri lah tu farah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fefeeling konon-konon dia dah stable berdiri dan dah pandai berjalan...hik hik hik...

      Delete
  2. comei baby walkernya..bntuk kreta lagi hah..mmg syiok la dia nk kesana sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. timm sekarang dah tak boleh biar dia sendiri sebab dah pandai nak panjat-panjat dah... tak lama lagi baby walker tu simpan kat muzium...

      Delete
  3. semput mommy kejar ash

    ReplyDelete
  4. wah... dah pandai yer... berusaha yer :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah kak, macam tulah perkembangan Ash setakat ni...

      Delete
  5. Unik walker ash tu..wah makin pintar baby ash ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. lya dah tengok kan walker dia sebelum ni kan? he he he... Alhamdulillah, makin pintar bermakna makin banyak akal melakukan perkara yang bukan-bukan...muahahahaha....

      Delete
  6. hehe...cmne dpt akal nk angkat2 walker ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah dear, dia sendiri tiba-tiba bijaksana sangat sampai macam tu sekali...bha ha ha...

      Delete
  7. nak mula berjalan sendiri da tu.. bagus lahh.. lecturer saya cakap, kalau macam ni, otaknya cergas & ligat bermain

    ReplyDelete
    Replies
    1. hu hu hu, cergas & ligat...memang memang yer...mummy pun jadi cergas & ligat jugak...la la la la...

      Delete
  8. Waà.sangat bahaya tu klu tak di alert...hihi..anak2 bijak ni mmg..macam2 akai dorng kn.. suka la tgk walker ank bijak ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah nak kena alert senantiasa... tak boleh cuai sikit pun...harap-harapnya tidaklah...

      Delete
  9. wahh comelnye walker die. aunty zarith nk pinjam boley? hehe

    ReplyDelete
  10. Wah.. Aksi mkin berani wat mommy dia pasti kecut perut..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !