![]() |
Sumber dari SINI |
Seronoklah anak-anak yer? Tak lama lagi dah nak mula cuti sekolah hujung tahun... Dan bila cuti sekolah hujung-hujung tahun ni, anak-anak mesti teruja nak bercuti. Tak kisahlah sama ada di rumah ataupun ke mana-mana saja. Bila cuti hujung-hujung tahun ni juga ibu bapa masing-masing dah sibuk menyediakan persiapan sekolah untuk tahun yang akan datang. Yang nak masuk tadika, masuk tadika, yang nak masuk sekolah, masuk sekolah, yang nak naik darjah atau tingkatan akan naik darjah atau tingkatan... Farah tak alami lagi, tapi lambat laun masa tu pasti akan tiba. Bila hujung tahun, perbelanjaan ibu bapa pun akan meningkat sedikit kan? Bagi yang dah menyimpan dari seawal tahun mungkin boleh relaks sedikit...He he he... Ataupun memang berkemampuan...memang relaks sedikit. Tapi bagi yang "last minute", boleh jadi pening jugak kan? Biasa dengar ibu bapa berceloteh tentang perkara ni.
Bila cuti sekolah dah bermula, anak-anak banyak masa yang terluang. Jadi saja-saja nak kongsi dengan semua orang walaupun anakku masih lagi kecil dan belum bersekolah tentang salah satu idea atau aktiviti yang ibu bapa boleh daftarkan untuk anak-anak.
Jelas kan nampak di atas? Kidzania ada menganjurkan Kidzania Camp yang bermula dari 30 November 2014 sehingga 23 Disember 2014. Ibu bapa boleh memilih pakej sama ada pada hari Ahad sehingga hari Selasa ataupun Rabu sehingga Jumaat. Setiap sesi kem akan berlangsung selama 3 hari yang bermula dari pukul 9 pagi sehingga 3 petang setiap hari.
Apa pengisian kem ini? Kanak-kanak yang mengikuti aktiviti Kidzania Camp akan didedahkan kepada pembelajaran penerbitan program televisyen, rekaan fesyen, memasak dan muzik. Dan untuk ibu bapa ada tawaran harga istimewa jika mendaftarkan atau menempah tempat untuk anak-anak masing-masing sebelum 15 November 2014. Hanya sebanyak RM 329 untuk seorang anak berbanding harga normal RM429 seorang. Makanya, kalau agak-agak berminat...silalah daftarkan anak-anak masing-masing dengan kadar sesegera mungkin yer?
Anak-anak yang menyertai kem ini akan diberikan satu tiket masuk untuk 3 hari berturut-turut, satu tiket masuk untuk seorang dewasa pada hari ketiga kem, set alat tulis dan beg ekslusif KidZania Camp, T-Shirt KidZania Camp edisi terhad, botol air KidZania Kuala Lumpur, 3 cek bernilai 150 kidZos, 3 baucar makan dan 1 baucar cenderahati foto.
Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi 1 300 88 KIDZ (5439) atau e-mel contact@kidzania.com.my
tak rugi join kidzania ni..seronok giler!
ReplyDeleteparents pun ikut seronok darl...ha ha ha, walaupun Ash masih lagi belum bersekolah tapi i pulak jadi excited...kalau dah besar sure i dah hantar dah...
Deleteseronoklah dapat isi masa cuti sekolah dengan kem ni..
ReplyDeletebudak-budak sekarang ada macam-macam program kan?
Deletewow
ReplyDeletebudak budak mesti seronok ni anum...
Deletethx for the info sis.. macam menariks jek..tp mcm payah plak nak drop hari hari ke sana..huhu..
ReplyDeleteha ha ha, kenalah parents berkorban apa saja kalau macam ni gayanya...
DeleteKidzania ni memang best.. Kanak-kanak suka..
ReplyDeleteitulah tengok pun macam best jer, cuma anak saya belum besar lagi, makanya belum berkesempatan nak bawa dia ke sana... tunggu dah masuk pre-school pasti menyusul, in shaa Allah...
Deletenice info....
ReplyDeleteterima kasih akak...
DeleteSyok sgt ni..kanak2 mmg suka..
ReplyDeletemak budak pun suka sue...
DeleteSeronok ni! ;D
ReplyDeletetengok pun rasa macam seronok sally...
DeleteKalau berduit tentunya takde masalah, mcm akk ni kena fikir baaaaanyak kali, perbelanjaan sekolah lebih diutamakan
ReplyDeletetak apa kak, dulukan yang mana yang patut...
Deleteseronoknyaa..Tapi Auni baru 3 bulan. Simpan satu tiket untuk Auni dah besar nnti boloh?hehe..
ReplyDeletemasa auni ni ecah, dah yang lain pulak...he he he...
DeleteWowo mesti menarik kan
ReplyDeleteitulah penampakkan gaya macam menarik jer ni...
Deletepasti anak2 suka nie
ReplyDeletememang seronok budak-budak rasanya ni...he he he...
DeleteAnak sy x sesuai lagi nk bawa ke sini...
ReplyDeletebagus ni...tp rasanya akak bawak je dania pi kidzania ni...dia nak pi camp...erm..ada yang meraung2 kang...
ReplyDeleteTerasa nak jadi budak2 ^_^
ReplyDelete