Kembali Berkarya Semula...

Farah Waheda Wahid
17
Sumber dari Google
Rupanya percutianku tak lama!!! Ahakss...Setelah membisukan diri selama sehari... (sebenarnya tak bisu pun...ha ha ha...ada jer kat sini...tapi sibuk dengan urusan-urusan peribadi lain)... Akhirnya hari ini kembali semula berkarya. ^_* ... Wink wink... Ada perasan sesuatu yang lain tak di sini? Maksud Farah di Bubblynotes.Com? 

Takkan tak perasan kan? Sangat ketara perubahan itu... Bubblynotes.Com telah kembali bersiaran seperti biasa dengan nafas sedikit baru... Hik hik hik... Sedikit tak sedikit lah... Pengubahsuaian secara penuh yang masih dalam mod beta. Macam aplikasi jugak...Ada mod beta sewaktu tempoh percubaan... Ha ha ha... Sekarang ni dalam tempoh percubaanlah ni... Nak tengok mana-mana yang perlu dikurangkan, mana-mana yang perlu ditambah dan mana-mana yang perlu diperbetulkan...


Sebenarnya tak berapa banyak yang berubah kedudukan... cuma dari segi header dan kedudukan serta jenis tulisan sahaja. Latar belakang dan warna blog masih lagi putih. Ha ha ha, gambar tu pulak, gambar semalam tangkap semalam jugak digunakan. Tu yang semalam gedik sikit depan kamera tu... Nak buat header sebenarnya. Yang selebihnya, lebih kepada cubaan untuk kemaskini mana-mana yang patut.

Oh ya, ini adalah hasil tunjuk dan arah kepada Jia ... Yang mana Jia bukanlah pertama kali meng-edit Bubblynotes.Com... Masuk yang ini dah kali ketiga... Lama dah Jia dengan Bubblynotes.Com ni. Nak tengok hasil Jia dengan Bubblynotes sebelum ni?



Maaf kalau gambar pecah yer? Tapi inilah hasil kerja Jia di Bubblynotes. Memang tidak lari warna merah jambu dengan Bubblynotes.Com setakat ini. Tapi tak taulah kalau2 lepas ni kan... Tukar warna kuning pulak ke? Ngeh ngeh ngeh...

Asalnya ingin mendapatkan khidmat Deno kembali,  tapi disebabkan faktor kesihatan Deno yang tak berapa nak mengizinkan dan kesibukan urusan seharian Deno... Farah tak sampai hati pulak. Tapi Deno pun terbaik jugak. Cuma mungkin rezeki kali ini tak sampai.

Jia dan Deno adalah 2 orang pertama yang selalunya Farah akan cari berkaitan rupa paras Bubblynotes.Com. Kenapa? Muahaha... tanya mereka, kerana mereka yang tahan melayan kerenah Farah dan kecerewetan Farah. Oh ya... bila Farah sebut Farah cerewet... memang betul Farah betul-betul cerewet... Tanya saja mereka ok? Berapa kali tukar itu tukar ini, ubah itu ubah ini... Dush dush dush... Terima kasih adik-adik sayang kerana bersabar dan cuba berikan yang terbaik... Tetapi mereka memang terbaik... Tukar yang ni Jia, lepas tu Deno, lepas tu Jia balik, lepas tu Deno balik... Haaa... adil tak Farah? Hik hik hik...

#ehhh Bubblynotes.Com memang rajin berganti-gantian pakaian. Percayalah... Selama beberapa tahun ni dah berapa kali tukar... Hurmmm...

Ok, blog pun dah siap... sekarang nak tidur dulu... Esok kerjaaaaa.... 

Post a Comment

17Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. woahhhh header memang sangat sangat sangat cantik !! I is so impressss hokeyyyy... welcome back kak farah !

    ReplyDelete
  2. lawa... sesekali berubah wajah, menambah semangat nak berblog.. tak gitu.. mama lagilah suka main tukar-tukar ni..

    Mama Niza dot com

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama ada masa, ruang dan kesempatan...huk huk huk... kalau si kecik ni nak letak mana mama? tak bolehlah nak tukar-tukar selalu...he he he...

      Delete
  3. yang kali ni cantik...simple jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kakakku...wordpress inspired kata eh... he he he...

      Delete
  4. kak farah gojes.. cantik sangat2.. anis suke.. :)

    ReplyDelete
  5. Cantikla. Suka sgt hasil kerja jia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, senang berkerjasama dengan jia dan deno setakat ni...diaorang memang hebat...

      Delete
  6. hihi yang dulu cantik da yang ni pun cantik gak ^^

    ReplyDelete
  7. Cantik cantik cantik!!! Simple but very nice...! Akak deno mintak maaf sangat2 sebab tak sempat2 buat akak punya... Hurmm.. Rasa bersalah pun ada sebab akak tunggu ... Ni deno tengah buat blog customer ni, baru godek sikit2.. huhu... Maaf ya kak.. Maaf sangat2 <3

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !