![]() |
Sumber Dari Google |
Kebiasaannya Farah akan pakai Vaseline Petroleum Jelly ni sebelum pakai gincu. Kenapa? Sebab Farah rasa bibir tak kering bila pakai Vaseline Petroleum Jelly dan ianya juga adalah salah satu cara untuk mengatasi bibir lebam / hitam sepertimana yang Farah pernah kongsikan di dalam entri Tips Mengatasi Bibir Lebam / Hitam.
Tapi nak tau tak? Kegunaan Vaseline Petroleum Jelly ni sebenarnya boleh dipelbagaikan dan ianya bukan terhad hanya kepada penggunaan sebagai sapuan di bibir sahaja... Apakah ia? Meh meh meh... Farah nak kongsi sedikit hasil pembacaan di dalam satu artikel di SINI
Untuk Pisau Cukur
Untuk mencegah pisau cukur daripada berkarat, sapukan pada lapisan nipis pada pisau yang kering untuk melindunginya dari pengumpulan karat.
Menenangkan Kulit Selepas "Waxing"
Sapukan pada kulit selepas "waxing" untuk menenangkan kulit dengan segera.
Letak Pada Luka Dan Calar
Ia bertindak sebagai penghalang bagi mengelakkan kekotoran masuk ke dalam luka dan membantu penyembuhan kulit.
Untuk Botol Pengilat Kuku
Sapukan sedikit pada ‘leher’ botol cat kuku untuk menghentikan penutup melekat semasa ditutup.
Untuk Kutikel Kering
Sapukan pada kuku jari dan kaki untuk menjaga "manicure" dan pastikan kaki kita kelihatan sebaik baru.
Hapuskan "Eye Bag"
Sapukan lapisan nipis di bawah mata sebelum tidur untuk membantu kurangkan kesan mata panda bila bangun pagi.
Merapikan Rambut
Hangatkan sedikit jeli pada tapak tangan sebelum sapu pada rambut untuk melicinkan rambut atau akar keriting.
Mencegah Hidung Kering
Sapukan sedikit di bawah dan keliling hidung untuk mengelakkan kulit
kering dan di dalam lubang hidung untuk menghentikan kesakitan
kulit kering semasa cuaca sejuk atau jika kita berada dalam bilik hawa
dingin dengan lama.
Bibir Kering
Selain diletakkan di bawah hidung, kita juga boleh letakkan pad bibir untuk elakkan ianya kering.
Penyerlah Tulang Pipi
Sapukan pada tulang pipi kita sebelum kita pakai "blusher" untuk pastikan "blusher" tahan lebih lama dan bentuk wajah lebih tajam.
Mencegah Pewarna Menitis
Jika "uolss" sering warnakan rambut sendiri di rumah, sapukan lapisan
pada garis rambut "uolss" untuk mengelakkan pewarna rambut daripada menitis
ke bawah pada kulit wajah "uolss".
Banyak jugak kegunaan Vaseline Petroleum Jelly ni rupanya...Ahakss... yang biasanya memang pakai pada bibir jer... Yang lain-lain tu tak pernah pulak buat... Ha ha ha, tapi kalau berhadapan dengan keadaan-keadaan yang di atas mungkin boleh cuba... Ha yang pertama kalau Farah nak cuba adalah sebagai penyerlah tulang pipi tu...Nak cuba buat dulu... Hik hik hik...
Byknya manfaat vaseline ni..x pernah tahu pun..
ReplyDeleteitulah, sehinggalah terbaca artikel ni hari ni...
Deletewah..bole elak jadi mata panda...nak cuba la malam kang...hihi
ReplyDeleteitulah Farah pun rasa nak cuba...hik hik hik...
Deletebanyak jugak kegunaannya ..
ReplyDeletekegunaan yang kita tak pernah explore selama ni...
Deletegreat tips
ReplyDeleteterima kasih anum, sekadar perkongsian dari pembacaan...
Deletemultipurpose vaseline ni kan..
ReplyDeletesorry kak lama tak singgah sini..kesibukan..blog akak pun dah berubah wajah ni..still pinky :)
tak apa akak faham, fizah mesti banyak tempahan ni...he he he...
Deletelaa boleh kurgkan eye bag ke? kena beli la nie.. selalu tahu letak kat siku kalau kering n bibir..huhu
ReplyDeleteakak pun baru tau boleh kurangkan eye bag...bila baca artikel ni... jomlah cuba sama-sama...
Deletethanks for the infror. slalu guna utk bibir je
ReplyDeletesekarang kita sama-sama dah tau kan kak nani? he he he...
Deletenina pun suka pakai vaselin ni sebab nina ada masalah bibir kering teruk .. malam pakai vaselin siang pakai lipbalm .. terbaikk
ReplyDeleteamalkan selalu jer nieyna...
Deletedulu guna vaseline tapi skang dah tak guna dah
ReplyDeleteoh i see...
Deletebanyakkan kegunaan dia..
ReplyDeletethanks sis singgah blog saya..
lama tak singgah sini. abru lepas berpantang.. msih sibuk memblas jejak balas yg sebelum2 ini :)
wajah baru blog ni.. :D
yeayyyy dah habis berpantang...tahniah...harap-harap baby sihat selalu dan mummy dia pun sihat selalu yer... tak apa take your time dear...
Deleteklu duduk tempat sejuk or time winter memang bestfriend dgn vaselline ni..hihi
ReplyDeleteapakah dan kenapakah? he he he...
Deletevaseline mmg best kan kak farah haih nak beli nak nak nak hihi
ReplyDeleteDgn eyebag sekali kak farah?
peh
cepat cepat cepat pergi beli adik sayang...
Deleteboleh juga guna untuk bulu mata..kalau malas guna maskara..hehe
ReplyDeleteoh like really? wah menarik ni, should try...thanks for sharing dear...
Deletemelentik & melebatkan bulu mata - sumber, Google.
ReplyDeleteSha pernah buat, jadilah jugak... tapi kena konsisten.... bestkan vaseline ni...
nak cuba lah kalau boleh lentikkan bulu mata tu...menariksss....
DeleteBanyak manfaat ;D
ReplyDeletebegitulah seadanya sally...
DeleteTak pernah guna tapi utk bibir kering berkesan kakak sy kata..
ReplyDeleteCLAP CLAP CLAP (h)
ReplyDeleteI memang pakai vaseline petroleum jelly ni hari2 kat bibir.
I only knew applying to the lips je.. but dunno can variety it.. hihihi
thanks for sharing babe! :)
baru google kegunaan vaselin. ni ada tips. hehe
ReplyDeletepakai vaselin sebelum pakai lipstick untuk bibir yg lebih full dgn shining effect. btw saya pakai lipice watercolor :)