Kata-Kata Itu Adalah Satu Doa...

Farah Waheda Wahid
33
Sumber Dari Google
"Anak saya degil!" "Anak saya malas!" "Anak saya nakal!" ... "Kamu ni bodohlah..." "Kamu ni pemalas!"... Haaaa... jangan tak tau... masih ada di kalangan ibu bapa yang suka mengeluarkan kata-kata negatif ini terhadap atau pada anak-anak. Huh... memanglah anak-anak adakalanya terlalu menguji kesabaran kita dengan kerenah dan perangai mereka. Tapi perlukah sampai begitu sekali mengeluarkan kata-kata kepada anak-anak? 

Pernah terfikir tak? Dengan berkata-kata begitu kita secara tidak sedar atau sedar boleh mengganggu emosi serta psikologi anak-anak dan dalam masa yang sama sebenarnya merendahkan perasaan yakin diri anak-anak dan juga moral mereka? 

Setiap kata-kata itu adalah doa. Lebih-lebih lagi ibu bapa. Setiap perbuatan itu adalah amalan. Kalau tidak dijaga maka rosaklah semuanya. Dan kita juga sering mendengar serta tau yang kata-kata ibu itu adalah satu doa.

Setiap butir bicara itu doa, kadang-kala manusia akan bercakap tanpa berfikir dahulu dan ini sangat berbahaya. Amatlah baik kalau kita berfikir dahulu sebelum bercakap. Daripada butir-butir bicara dan kata-kata setiap patah perkataan yang lahir dari lisan kita itulah mencerminkan peribadi kita yang sebenarnya. Manusia yang berfikir akan menyusun kata-kata yang baik dan enak didengari oleh pendengaran... Bak kata pepatah "terlajak perahu boleh diundur... tetapi terlajak kata?" dan "kerana mulut badan binasa".

Hati-hatilah dalam pertuturan kepada anak-anak, butir-butir kalimah dan bahasa yang diperkatakan. Kalau baik, Alhamdulillah. Tapi kalau tidak baik? 

Ramai yang tidak menyedari penyalahgunaan lisan (verbal abuse) adalah satu penderaan yang memberi kesan yang sangat mendalam kepada mangsa (orang yang menerima kata-kata itu).  Benarlah kata pepatah 'lidah itu lebih tajam dari mata pedang'...

Penyalahgunaan lisan dalam kalangan ibu bapa memberi kesan negatif ke atas perlakuan, emosi dan juga estim diri (self-esteem) anak-anak.

Mungkin bagi mereka yang tidak menyedarinya kata-kata yang dikeluarkan itu adalah perkara biasa walhal ianya merupakan satu pembulian. Sebagai muslim kita seharusnya menunjukkan akhlak yang baik dengan mengeluarkan kata-kata yang baik bukan sebaliknya kerana kata-kata juga mencerminkan akhlak dan iman.

Kita tak nak mendoakan keburukkan untuk anak -anak kita kan? Makanya, fikir-fikirkan sebelum mengatakan sesuatu tentang anak atau kepada anak... ^_^... Nasihat buat diri sendiri juga yang bergelar ibu... 

Post a Comment

33Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. yesss..bila sangat marah saya akan diam. supaya tidak mengeluarkan kata-kata yg xsepatutnyaa..better be patient than sorry later kan..kids they will remember tau..boleh bawa ke besar kata-kata yg tak sedap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul pun siti, anak-anak ni akan ingat sampai bila bila tentang satu kata-kata yang tak sepatutnya dilontarkan kepada mereka... perkara tu memang datangkan kesan kepada anak-anak...

      Delete
  2. sy mmg selalu ingtkan diri dan en.suami.."yess,kata2 adalah doa" jd berkatalah yang baik-baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan dear, maka berhati-hatilah dalam berkata-kata giteww...

      Delete
  3. Kata2 seorang mak haruslah dijaga. Lgpun kata2 tu suatu doa. Doa seorang mak adlh mustajab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sekali mak lontarkan sesuatu ianya jadi doa...

      Delete
  4. Ya betul tu .. kata kata itu adalah doa , terutama kata kata ibu bapa kpd anaknya
    jadi jagalah pertuturan




    http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2014/11/vitamin-shaklee-bagus-untuk-kesihatan.html

    ReplyDelete
  5. kata2 ibu tu umpama satu 'sumpahan'.... kena hati2 jugak bila jadi seorang ibu ni kan... marah macam mana pun kena banyak istighfar ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sha, marah macam mana pun kena waras lagi, jangan biarkan emosi menguasai diri...

      Delete
  6. berikan kata kata yang lebih elok :)

    ReplyDelete
  7. assalams,

    nauzubillah...moga dijauhkan.....

    ReplyDelete
  8. tambah pula kalau ibu2 yg bercakap perkara tak elok pada anak.. doa ibu tu mujarab walaupun kata2.. mohon dijauhkan...

    ReplyDelete
  9. Sepaham, maka berucaplah dengan baik agar mendatangkan kebaikan bagi yang berucap dan mendengarnya... Nice post sist,

    ReplyDelete
  10. Agreed Farah...Kena hati-hati dengan kata-kata kita especially to those mummy out there coz kata-kata ibu ni satu doa yang tiada hijab. Senang dimakbulkan Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum berkata kena berfikir dulu kesan dan akibatnya... kan?

      Delete
  11. bila nk marah diaorg dh xpkir semua tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang bila nak marah apa pun dah tak boleh fikir kan? cakap pun ikut sedap mulut jer...

      Delete
  12. Papaglamz setuju... Kadang kena ade cara untuk menegur.. Btw, nice sharing.. Really.. Jom terjah entri baru Papaglamz

    Tipsglamz l#l Cara teguran yang kelas untuk isteri daripada suami

    http://www.papaglamz.com/2014/11/tipsglamz-ll-cara-teguran-yang-kelas.html?m=1

    ReplyDelete
  13. minta dijauhkan... nauzubillah.. cuba diam apabila marah... thanks 4 sharing

    ReplyDelete
  14. sangat setuju..memang setiap apa yg kita katakan, kita fikirkan..adalah doa..so kene berhati2..selalulah cakap yg baik2..pikir pon yg baik2.. (^_^)

    ReplyDelete
  15. ya.. kadang2 tak sanggup nak cakap gitu pada anak.. tapi, adakalanya orang lain yang cakap gitu pada anak kita..
    Mama Niza

    ReplyDelete
  16. setuju kak. ramai yg lbh gemar guna perkataan negatif dri positif. tu yg dimakbul kata2 tu.

    ReplyDelete
  17. betul tu setiap apa yang keluar dari mulut kita adalah doa..
    biasanya berlaku bila marah..

    ReplyDelete
  18. Bila benar2 terpaksa buat perbandingan agar anak2 sedar..fenin kepla udah..haha

    ReplyDelete
  19. Mmg cuba tak keluarkan kata2 negatif... Mmg thn.. Moga diberi kekuatan dan kesabaran..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !