![]() |
Sumber Dari Google |
"Anak saya degil!" "Anak saya malas!" "Anak saya nakal!" ... "Kamu ni bodohlah..." "Kamu ni pemalas!"... Haaaa... jangan tak tau... masih ada di kalangan ibu bapa yang suka mengeluarkan kata-kata negatif ini terhadap atau pada anak-anak. Huh... memanglah anak-anak adakalanya terlalu menguji kesabaran kita dengan kerenah dan perangai mereka. Tapi perlukah sampai begitu sekali mengeluarkan kata-kata kepada anak-anak?
Pernah terfikir tak? Dengan berkata-kata begitu kita secara tidak sedar atau sedar boleh mengganggu emosi serta psikologi anak-anak dan dalam masa yang sama sebenarnya merendahkan perasaan yakin diri anak-anak dan juga moral mereka?
Setiap kata-kata itu adalah doa. Lebih-lebih lagi ibu bapa. Setiap perbuatan itu adalah amalan. Kalau tidak dijaga maka rosaklah semuanya. Dan kita juga sering mendengar serta tau yang kata-kata ibu itu adalah satu doa.
Setiap butir bicara itu doa, kadang-kala manusia akan bercakap tanpa berfikir dahulu dan ini sangat berbahaya. Amatlah baik kalau kita berfikir dahulu sebelum bercakap. Daripada butir-butir bicara dan kata-kata setiap patah perkataan yang lahir dari lisan kita itulah mencerminkan peribadi kita yang sebenarnya. Manusia yang berfikir akan menyusun kata-kata yang baik dan enak didengari oleh pendengaran... Bak kata pepatah "terlajak perahu boleh diundur... tetapi terlajak kata?" dan "kerana mulut badan binasa".
Hati-hatilah dalam pertuturan kepada anak-anak, butir-butir kalimah dan bahasa yang diperkatakan. Kalau baik, Alhamdulillah. Tapi kalau tidak baik?
Ramai yang tidak menyedari penyalahgunaan lisan (verbal abuse) adalah satu penderaan yang memberi kesan yang sangat mendalam kepada mangsa (orang yang menerima kata-kata itu). Benarlah kata pepatah 'lidah itu lebih tajam dari mata pedang'...
Penyalahgunaan lisan dalam kalangan ibu bapa memberi kesan negatif ke atas perlakuan, emosi dan juga estim diri (self-esteem) anak-anak.
Mungkin bagi mereka yang tidak menyedarinya kata-kata yang dikeluarkan itu adalah perkara biasa walhal ianya merupakan satu pembulian. Sebagai muslim kita seharusnya menunjukkan akhlak yang baik dengan mengeluarkan kata-kata yang baik bukan sebaliknya kerana kata-kata juga mencerminkan akhlak dan iman.
Kita tak nak mendoakan keburukkan untuk anak -anak kita kan? Makanya, fikir-fikirkan sebelum mengatakan sesuatu tentang anak atau kepada anak... ^_^... Nasihat buat diri sendiri juga yang bergelar ibu...
Mungkin bagi mereka yang tidak menyedarinya kata-kata yang dikeluarkan itu adalah perkara biasa walhal ianya merupakan satu pembulian. Sebagai muslim kita seharusnya menunjukkan akhlak yang baik dengan mengeluarkan kata-kata yang baik bukan sebaliknya kerana kata-kata juga mencerminkan akhlak dan iman.
Kita tak nak mendoakan keburukkan untuk anak -anak kita kan? Makanya, fikir-fikirkan sebelum mengatakan sesuatu tentang anak atau kepada anak... ^_^... Nasihat buat diri sendiri juga yang bergelar ibu...
agree
ReplyDeleteNice piece of entry, I agree too
Deleteyesss..bila sangat marah saya akan diam. supaya tidak mengeluarkan kata-kata yg xsepatutnyaa..better be patient than sorry later kan..kids they will remember tau..boleh bawa ke besar kata-kata yg tak sedap tu..
ReplyDeletememang betul pun siti, anak-anak ni akan ingat sampai bila bila tentang satu kata-kata yang tak sepatutnya dilontarkan kepada mereka... perkara tu memang datangkan kesan kepada anak-anak...
Deletesy mmg selalu ingtkan diri dan en.suami.."yess,kata2 adalah doa" jd berkatalah yang baik-baik
ReplyDeletekan dear, maka berhati-hatilah dalam berkata-kata giteww...
DeleteKata2 seorang mak haruslah dijaga. Lgpun kata2 tu suatu doa. Doa seorang mak adlh mustajab.
ReplyDeletebetul sekali mak lontarkan sesuatu ianya jadi doa...
DeleteYa betul tu .. kata kata itu adalah doa , terutama kata kata ibu bapa kpd anaknya
ReplyDeletejadi jagalah pertuturan
http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2014/11/vitamin-shaklee-bagus-untuk-kesihatan.html
betul tu dear...
Deletekata2 ibu tu umpama satu 'sumpahan'.... kena hati2 jugak bila jadi seorang ibu ni kan... marah macam mana pun kena banyak istighfar ^^
ReplyDeletebetul tu sha, marah macam mana pun kena waras lagi, jangan biarkan emosi menguasai diri...
Deleteberikan kata kata yang lebih elok :)
ReplyDeletebetul tu fizah...
Deleteassalams,
ReplyDeletenauzubillah...moga dijauhkan.....
wsalam, betul tu mieja, moga-moga dijauhkan...
Deletetambah pula kalau ibu2 yg bercakap perkara tak elok pada anak.. doa ibu tu mujarab walaupun kata2.. mohon dijauhkan...
ReplyDeletememang betul pun fiza...
DeleteSepaham, maka berucaplah dengan baik agar mendatangkan kebaikan bagi yang berucap dan mendengarnya... Nice post sist,
ReplyDeleteterima kasih ya...
DeleteAgreed Farah...Kena hati-hati dengan kata-kata kita especially to those mummy out there coz kata-kata ibu ni satu doa yang tiada hijab. Senang dimakbulkan Allah..
ReplyDeletesebelum berkata kena berfikir dulu kesan dan akibatnya... kan?
Deletebila nk marah diaorg dh xpkir semua tu..huhu
ReplyDeletekadang-kadang bila nak marah apa pun dah tak boleh fikir kan? cakap pun ikut sedap mulut jer...
DeletePapaglamz setuju... Kadang kena ade cara untuk menegur.. Btw, nice sharing.. Really.. Jom terjah entri baru Papaglamz
ReplyDeleteTipsglamz l#l Cara teguran yang kelas untuk isteri daripada suami
http://www.papaglamz.com/2014/11/tipsglamz-ll-cara-teguran-yang-kelas.html?m=1
betul tu kak..
ReplyDeleteminta dijauhkan... nauzubillah.. cuba diam apabila marah... thanks 4 sharing
ReplyDeletesangat setuju..memang setiap apa yg kita katakan, kita fikirkan..adalah doa..so kene berhati2..selalulah cakap yg baik2..pikir pon yg baik2.. (^_^)
ReplyDeleteya.. kadang2 tak sanggup nak cakap gitu pada anak.. tapi, adakalanya orang lain yang cakap gitu pada anak kita..
ReplyDeleteMama Niza
setuju kak. ramai yg lbh gemar guna perkataan negatif dri positif. tu yg dimakbul kata2 tu.
ReplyDeletebetul tu setiap apa yang keluar dari mulut kita adalah doa..
ReplyDeletebiasanya berlaku bila marah..
Bila benar2 terpaksa buat perbandingan agar anak2 sedar..fenin kepla udah..haha
ReplyDeleteMmg cuba tak keluarkan kata2 negatif... Mmg thn.. Moga diberi kekuatan dan kesabaran..
ReplyDelete