HERMO.MY | Korean Regen Cos 2 Steps Synergy Effect Mask (Whitening)

Farah Waheda Wahid
16

Jeng jeng jeng... seronok pulak nak bercerita tentang HERMO.MY. Inilah baru dikatakan kecantikkan di hujung jari dengan satu klik sahaja "uolss". Haaaa... jangan nak tipu... semua wanita-wanita dan gadis-gadis mesti tengah tertanya-tanya... apa lagilah yang Farah ni nak cerita kan? #ehhh... cerita menarik dan sesuatu yang bermanfaat buat semua haruslah dikongsi kan? Takkan nak simpan dan pendam sendiri-sendiri ajer kan? 

Sebelum bercerita panjang lebar lagi... meh meh meh... Farah nak kongsi misteri apakah yang terkandung di dalam bungkusan kotak istimewa dari HERMO ni? Farah terima bungkusan ni minggu lepas dari HERMO. Terima kasih HERMO kerana sudi menaja salah satu produk yang paling Farah suka di HERMO dan sudah semestinya hati berbunga-bunga kerianganlah kan? Bila dapat produk kesukaan idaman hati. Serius baq hang... produk ni memang Farah suka dan Farah rasakan salah satu produk yang terbaik antara yang terbaik Farah pernah pakai... Apakah? 

Regen Cos 2 Steps Synergy Effect Mask (Whitening)!!! "Mask" 2 langkah dalam satu "uolss"... Mudah dan tak perlu bersusah payah... Memang Farah sukakan "mask" Regen Cos 2 Steps Synergy Effect Mask (Whitening) ni... Kebiasaannya Farah bukanlah seseorang yang suka dengan "Whitening Mask" sebab selalunya "Whitening Mask" akan memberikan kesan kepada kelembapan kulit. Ada yang Farah pernah pakai dulu, muka jadi kering dan lepas tu terkelupas-kelupas. Tapi dengan Regen Cos 2 Steps Synergy Effect Mask (Whitening) ni, kelembapan kulit tetap dikekalkan. Ianya memang berkesan untuk mencerahkan serta menambahkan seri kepada kulit. Bila tempek "mask" ni di muka... Jujur Farah katakan, sejukkkk jerrr.... Sangat-sangat nyaman dan rasa sangat relaks... Keletihan bekerja sehari di pejabat memang hilang...sebab bila pakai "mask" ni automatik terasa relaks. Sebab sejuk kan? Dan apa yang best lagi? Tekstur kulit terasa lebih halus dan bila nak aplikasikan solekan di muka...terasa sangat sangat halus, "smooth", solekan lebih rata... Pendek kata memang rasa ohsem lah "uolss"!!!

http://www.hermo.my/deals/3089-regen-cosmetic-2-step-synergy-effect-mask-whitening-5pcsbox.html
Tu diaaaa... tak pernah-pernah Farah letakkan gambar ber-"mask" di Bubblynotes.Com, tetapi semata-mata nak nyatakan rasa puas hati Farah, Farah kongsikan jugak dengan "uolss"... memang sangat mudah untuk dipakai dan hasilnya boleh dilihat sendiri perbezaan antara gambar bernombor 1 dan gambar bernombor 5. Nampak lebih bersih dan cerah kan?


Sambil mencerahkan atau memutihkan wajah... Ia juga membantu dalam mendapatkan wajah yang "V-Shape"... Sekarang ni kan, rata-rata sana sini semuanya demam "V-Shape"... Apa orang kata, "the IN thing"... Betul tak? Kalau itu dapat menambahkan seri wajah dan men-jelita-kan kita semua, kenapa tidak ye kan? Ngeh ngeh ngeh, kata-kata dari seseorang yang memang sukakan kecantikkan... Tapi betullah... Siapa yang tak nak kelihatan cantik dan menawan giteww? Tipulah kalau kata tak nak kelihatan cantik dan menawan... Mulut kata tidak, tapi perlakuan mengatakan ya... Cuba fikir dan renung betul-betul... Bila pilih pakaian pun, kita akan memilih pakaian yang kita rasa bersesuaian dan cantik dengan diri kita bila memakai kan? Haaaa...betul ke tak betul?

Regen Cos 2 Steps Synergy Effect Mask ni bukan sahaja untuk "whitening" semata-mata... tetapi terdiri daripada pelbagai pilihan...

Sumber dari SINI

Di mana nak dapatkan "mask" Regen Cos ni? Macam ni... semua ini boleh didapati daripada...

http://www.hermo.my

Sedikit tentang HERMO.MY... "HERMOSA" bermaksud cantik di dalam Bahasa Sepanyol. Dan apa yang HERMO.MY tawarkan adalah ianya merupakan satu laman web pembelian secara talian barangan-barangan kosmetik serta kecantikkan seperti penjagaan kulit, alat solek, mandian serta lain-lain lagi yang berkaitan dengan penjagaan diri. Salah satunya produk dari Korea yang Farah kongsikan di dalam entri ni lah. Produk-produk di HERMO.MY adalah "authentic" dan juga diimport secara terus dari pengedar-pengedar rasmi di serata dunia yang mana HERMO.MY menyediakan produk-produk ASLI bukannya tiruan dengan harga yang amat berpatutan.

Yang tambah-tambah buatkan Farah terpikat dan terpaut hati... la la la la... wanita kan sukakan "sale", kejutan dan tawaran berbaloi segala bagai??? Makanya, HERMO.MY memang memenuhi kriteria-kriteria itu pada Farah kerana KALAU BELI 2 PRODUK DAPAT "FREE SHIPPING" - tak perlu bayar untuk wang pos... SETIAP HARI ADA SAHAJA KEJUTAN ISTIMEWA DARI HERMO.MY UNTUK JUALAN PRODUK-PRODUK MEREKA DAN TAWARAN JUALAN BERBALOI SETIAP HARI!!! Makanya, boleh membeli belah secara berhemah giteww ok?

Dunia dah mudah sekarang... tak ada alasan untuk tak jaga penampilan diri...kalau dulu bolehlah bagi alasan tak ada masa kan? Sekarang ni, KECANTIKKAN HANYA DI HUJUNG JARI... HANYA DENGAN SATU KLIK SAHAJA... 

Ingin melihat apa yang menarik? Ingin meninjau dan mendapatkan lebih banyak maklumat... Dijemput dengan berbesar hati untuk melawat... 
Laman Web HERMO.MY:

Instagram HERMO.MY:

Facebook HERMO.MY:

Dan untuk Regen Cos 2 Steps Synergy Effect Mask yang Farah pakai di atas, boleh klik di:

Macam yang Farah katakan, kalau dah ada kemudahan dengan hanya di hujung jari dan ianya boleh dipercayai serta kualiti pun terjamin... Kenapa tunggu lagi kan? Jom cantik bersama-sama? *_^ 

Post a Comment

16Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wahh siap boleh dapatkan Vshape pulak tu..best ni

    ReplyDelete
  2. Wow boleh jd produk terlajak laris ni sbb boleh buat v shape lg tu..

    ReplyDelete
  3. kalau dkna pakai, makin nampak v shape tak? hihiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dkna tak payah pakai dah...wkwkwkwkw...sebab dah sedia v-shape... *_^

      Delete
  4. pergh.. boleh v shape tuu... terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah memang boleh v-shape... nak cuba tak? nak cuba tak?

      Delete
  5. 2 dalam 1, mencerahkan dan V shape. Nampak mudah nak pakai. Tq Farah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mudah pun nak pakai... he he he...my pleasure...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !