Goyang pun goyanglah... Bila dah melonjak-lonjak dan menggeletis sangat nampak kamera tu macam tulah gayanya Ash. Pheww... Kalau ikut-ikutkan gelaran asal dia yang diberi oleh Uncle Shark dia adalah "cuperboy" si mata boolat ni... tapi kalau Mummy dia nak tukar "SpiderMan" boleh tak? Muahahaha...
Kenapa? Sebabnya...sekarang ni dia dah pandai memanjat tangga walaupun belum pandai stabilkan badan untuk berdiri... Berpeluh dan kecut perut Mummy tau tak? Tau ke tak? Huwaaaa.... Memang pantang lepa...tak bolehlah terleka sikit...Beginilah anak lelaki yer tak? Dengan gaya badan melekap ke lantai (ha ha ha...sama ada dia mengengsot atau merangkak)...dia akan menuju ke tangga, dan naikkan badan dia sedikit demi sedikit.... dan akhirnya berjaya melepas anak tangga yang pertama dan kedua. Berlari Mummy dia sebab takut dia jatuh tangga.
Itulah sebabnya gigih nak membeli "baby safety gate" ... hurmm dah 2 kali dah sebut dalam entri hari ni. Nampak sangat perkara ini sahaja yang berlegar-legar dan bermain-main di fikiran Farah sekarang ni. Hua hua hua. Keselamatan anak siapa tak risau kan? Memang tercunggap-cunggap nafas ni dibuatnya. Aduhaiii anak terunaku...
Itu baru tangga tu.... belum lagi esok-esok kalau dah stabil berdiri dan berjalan...Alamatnya Mummy kena bersedia dengan kemungkinan kerusi atau sofa patah lah pulak yer tak? Harap-harap tak lah sampai ke peringkat yang macam tu kelasakkan Ash... dan juga keganasan dia...Muahahahaha...
Jadi kiranya macam dah molek sangat dahlah kalau tukarkan gelaran dia pada "SpiderMan" tu kot? Ha ha ha... Oklah "uolss"...selamat berhujung minggu... Esok Farah kerja dan lepas kerja ada sesi memanjakan diri In Shaa Allah... *_^...
*Nak cari kotak dalam pejabat ni, nak siap-siap kemas barang dalam kotak... (sebenarnya tak sabar dah nak tunggu hari terakhir 12 Disember 2014 tu... haiiii, cepatlah waktu berputar... dah tak sabar nak tinggalkan Pink Panther ni... #ehhh... #oopsss .... ha ha ha....)...
wahh ash dah jadi spiderman..hahah.. siap sedia mummy..
ReplyDeletewah.. kena waspada selalu la ni.. jaga-jaga ash.. ada yang merati..
ReplyDeleteWahh dah tukar gelaran ash,
ReplyDeleteselamat berhujung minggu. memang gitu ler gayanya ank nak membesar. hihik xpayah fikir panjang sis, beli cepat2 untuk keselamatan anak
ReplyDeleteBelilah farah, tapi satu perkara nk bagitau as long dia tk menoleh ke belakang, in shaa Allah tk jatuh, sbb dia tk gayat, kalau dia menoleh tu bahaya, nnt dia gayat
ReplyDeleteAnak lelaki biasalah.lasak nya lain sikit....
ReplyDeleteash dah jadi spiderman mama dia.. hihi :)
ReplyDeleteHi datang sini dan follow dari http://enyyusnizar.blogspot.com/
ReplyDeleteowh ash..jgn buaskan diri yek..nadia pon pasang baby safety gate ni sebabnya mia suka sgt explore dapur..so sekarang selamat dapurku..ngee
ReplyDeletecer tengok sini, nadia beli kat sini..murah :)
http://www.newpages.com.my/en/company/725487/product/70731/329332/2M-8800_Baby_Safety_Gate.htm
wah.....
ReplyDeleteSama lah dgn si comel manis sy juga.. Suka memanjat... Buat masa ni masukkan kt dlm walker la jika nk buat kerja...
ReplyDeleteMmg lasak yea...
ReplyDeleteAnak laki ni memang aktif :)
ReplyDelete