Petang semalam Farah terima satu berita yang cukup untuk membuatkan Farah menitiskan air mata dan in denial walaupun sehingga sekarang. Seperti tak percaya dan sukar untuk mempercayai. Apapun kun fa ya kun, setiap yang hidup pasti akan menemui Pencipta. Janji Allah itu pasti. Tiada siapa boleh menidakkan. Tapi? Siapakah arwah pada Farah sampai Farah terkesan sampai begitu sekali?
Perkenalan kami bermula di SRK Jalan Gurney 2, Kuala Lumpur di dalam kelas Darjah 1 Dahlia. Kami rapat. Sahabat yang cukup-cukup rapat. Ibu bapa kami pun kenal antara satu sama lain. Kakaknya pun rapat dengan Farah pada satu ketika itu. Dia sahabat yang sangat baik hati, suka membantu, penuh dengan sense of humour, happy go lucky dan seseorang yang selalu memujuk bila Farah menangis bila disakat kawan-kawan sekelas yang lain, tukang melindungi dan tukang marah. Farah memang ratu air mata masa sekolah rendah dulu. Sikit-sikit menangis, sikit-sikit menangis. Al-maklumlah anak tunggal dan anak manja, macam tulah sedikit kaedahnya. Tak tahan kena sakat.
Bila masuk darjah 3, dia berpindah sekolah ke SK Taman Melawati. Yelah, dah rapat sangat kan? Mestilah dan haruslah rasa sedih. Masa tu terasa macam hilang kawan jer buat selama-lamanya. :-(... Tapi walaupun dah berpindah sekolah... tiap-tiap malam kami bergayut di telefon. Haippp... kami bukan crush atau pasangan kekasih yer... Kami adalah sahabat selamanya... Tak pernah wujud cinta monyet ke... cinta ap ke antara kami.
Yang paling mengharukan, walaupun dia dah berpindah sekolah, dia tetap tak pernah lupa setiap kali hari jadi Farah. Pernah sekali... mama, abah, Kak Sal dan dia datang ke rumah semata-mata nak hantar hadiah hari jadi Farah. Dan Farah tak pernah lupa tu sampai bila-bila.
Cita-cita dia pada asalnya ingin menjadi seorang juruterbang. Memang dari kecik lagi. Setiap kali isi borang cita-cita masa sekolah mesti dia letakkan juruterbang sebagai pilihan yang pertama. Semuanya segar lagi dalam ingatan. Dia nak terbang di awan biru dan melawat negara orang. Dia semangat sungguh nak capai cita-cita dia tu... walaupun tak dapat jadi juruterbang... akhirnya dia terbang jugak di awan biru bersama MAS sebagai pramugara. Suka tengok dia seronok dan gembira bila dia letakkan gambar di Facebook dan Instagram. Tumpang gembira untuk dia. Hidup dia seperti biasa, seperti tak ada apa-apa. Ke sana ke mari. Tapi dalam diam dia sakit rupanya. Apa penyakitnya, rahsia...
Sebelum kahwin selalu jugak kami berjumpa, tapi 5 tahun kebelakangan kami dah jarang jumpa sebab masing-masing dah sibuk dengan kerjaya masing-masing. Waktu tu tak berapa nak kena dan tak berapa nak terluang. Tapi masih berhubung. Suami Farah pun tau siapa dia kepada Farah. Sahabat.
Beberapa minggu yang lepas dia ada hantar What's App... you tak nak jumpa I ke? Cadangnya dalam waktu terdekat ni. Tapi tak sangka itu pertanyaan untuk pertemuan terakhir. Allahu...
Memang nak bercerita tentang dia di Bubblynotes sebelum ini, tapi terhenti disebabkan beberapa perkara. Farah takut ia akan mendatangkan fitnah kerana sememangnya kita takkan tau bila manusia akan mencari ruang dan peluang untuk memfitnah dan mendatangkan fitnah. Farah cakap pada diri sendiri jangan biarkan atau bukakan ruang fitnah atas diri sendiri. Sebab apabila seseorang manusia mencari ruang dan masa yang sesuai dia tidak akan peduli apa pun kebenarannya.
Apa pun hari ini untukmu sahabat... terbit juga cerita diri kamu di Bubblynotes dan ceritanya adalah berita yang menyedihkan. Perasaan tu jadi lain bila mengenangkan sahabat sepermainan sahabat sebetul-betulnya sahabat telah pergi menghadap Ilahi.
Al-Fatihah...Al-Fatihah...Al-Fatihah... Nek Ma dan Atuk Ash pun terkesima dan termenung seketika... Sebab keluarga kami kenalan lama... Terlalu cepat tetapi itu janjiNya... Semoga rohnya dicucuri rahmat, tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Setiap yang hidup pasti mati... Giliran kita tak tau bila lagi... Jadi sama-samalah kita ingati mati itu sentiasa... dan memperbaiki diri serta amal ibadat dari semasa ke semasa...
Allah.. sedihnyee.. :( semoga beliau ditempatkan dalam kalangan org2 beriman..aminn.. al fatihah..
ReplyDeleteIn Shaa Allah, Amin dan Al-Fatihah...
DeleteBila ketentuan sudah tertulis, tiada siapa mampu menghalanginya. Al fatihah buat arwah dan salam takziah buat keluarga dan farah. Sahabat sejati sukar dicari ganti...
ReplyDeletebetul tu anim, kawan tu ramai tapi sahabat tu susah nak cari...
DeleteInnalillah..al fatihah
ReplyDeleteterima kasih sue...
DeleteInalilahiwainailahirojiun
ReplyDeleteInalilahiwainailahirojiun
DeleteAl fatihah..
ReplyDeleteterima kasih kak...
DeleteTakziah Farah :(
ReplyDeleteAlfatihah buat fitri abdullah
terima kasih...
DeleteAl-Fatihah..Salam takziah..
ReplyDeleteterima kasih abak...
DeleteAl fatihah....
ReplyDeleteterima kasih dik an...
Deletekalo sy pn mst sdih jgk..dh la xsmpt jpe bt kali terakhir..
ReplyDeletemasih terasa kesedihannya sehingga ke hari ini...
DeleteTakziah bt keluarga....
ReplyDeleteAl fatihah
terima kasih ayu...
DeleteAlfatihah... semoga beliau ditempatkan dikalangan org yg beriman
ReplyDeleteterima kasih ayu...
Deleteinnalillahwainnalillahirojiun... takziah buat kak farah ya....
ReplyDeleteterima kasih sha...
DeleteAl fatihah..
ReplyDeleteterima kasih fidah...
DeleteAL Fatihah
ReplyDeleteAl-Fatihah buat arwah..
ReplyDeleteSedih akak membaca kisah ni..
Moga Farah kuat dan sabar hendakNYA.
Alfatihah...Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman.
ReplyDeleteAl Fatihah... semoga arwah tenang di sana..
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihirojiun..al-fatihah..
ReplyDelete