Adakah Anak Saya Memerlukan Suplemen???

Farah Waheda Wahid
16
Si mata boolat nak "selfie", makanya kita layankan ajer... Mummy dia baru sibuk nak ber- "What's App"...muahahaha...tiba-tiba dia datang "enter the frame" sibuk suruh sediakan kamera untuk dia "selfie"... Ho ho ho... Memang tak boleh nak cakap apa dah lah... Nak tak nak sebelum dia mengaruk, kenalah Mummy dia mengalah. Muahahahaha... 

Ok, bukan nak cerita pasal dia nak "selfie" ataupun apa, tapi nak mengomel tentang salah satu perkara di dalam perkembangan dari alam bayi kepada alam "toddler" a.k.a. kanak-kanak...errr... kejapnya anakku ini dah membesar...Ha ha ha... Haruslah membesar kann? Takkan nak statik jer satu tempat... *_^... Apakah ia? Supplemen...Yer nak cerita tentang supplemen... Adakah anak saya memerlukan suplemen, adakah anak-anak kita memerlukan suplemen? Itu persoalannya dan itu yang konon-kononnya Farah nak kupas...he he he... Tapi betullah, ini salah satu perkara yang datang berlegar di ruang fikiran...dan belon-belon fikiran yang muncul di pemikiran Mummy Ash ni... Hew hew hew... 

Semua ibu bapa mengharapkan agar mereka dapat melakukan perkara yang terbaik dan memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka. Dari saat anak di dalam kandungan, dilahirkan sehinggalah anak-anak membesar dan mempunyai keluarga sendiri. Salah satu topik yang ibu bapa yang mungkin akan merasakan kurang pasti adalah pemberian suplemen tambahan kepada anak-anak. Ibu bapa nak pastikan yang anak-anak mendapat nutrien yang sepatutnya dengan cara yang terbaik yang boleh dilakukan. 

Untuk bayi, mereka tak ada pilihan dalam makanan yang dikonsumsi. Apa yang ibu bapa berikan, itulah yang masuk dalam mulut kan? Semua pun dibedal dan dibalun. Hik hik hik. Makanan atau minuman tu sedap ke, tak sedap ke, telan ajerlah. Orang tak pandai nak "demand" lagi... Tapiii...bila bayi dah beralih ke fasa kanak-kanak...siap sedialah... masa nilah ada "fussy eaters", "picky eaters" dan segala jenis bagai kerenah kan? Disebabkan keadaan ni ada segelintir ibu bapa akan mengambil keputusan untuk memberikan suplemen kepada anak-anak supaya anak-anak mendapat nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan mereka dengan secukupnya dan dengan sebaiknya.

Bercerita tentang "picky eater", Farah pernah berkongsi di dalam entri Adakah Anak "Weolls" Semua Ada Yang "Picky Eater"???. Kalau ada masa bolehlah jengah-jengah dan baca entri tu yer... buat tambah-tambah informasi dan pengetahuan keibubapaan...he he he... Dan bila anak-anak kita tergolong dalam anak-anak yang memilih makan ini, dan hanya memakan beberapa jenis makanan mengikut selera dan tekak mereka. Yang mana mereka suka, yang mana mereka rasa sedap. Memberikan vitamin dan suplemen mineral mungkin menjadi satu idea yang bagus. Kanak-kanak memerlukan vitamin A, C dan D yang mana ianya mungkin tidak ada di dalam makanan kegemaran mereka. ^_^. Kanak-kanak juga memerlukan beberapa vitamin dan mineral lain seperti vitamin B, zat besi, zink dan kalsium untuk kesihatan dan juga 16 gram protein setiap hari. - sumber dari SINI

Sentiasalah menawarkan makanan-makanan baru kepada anak-anak sekurang-kurangnya 20 kali sebelum memutuskan bahawa mereka betul-betul tak suka makanan tu. Dan adalah amat penting untuk tidak memberi anak-anak terlalu banyak makan dalam satu-satu masa yer. Anak-anak ni perut diaorang kecik jer dan tak bolehlah nak sumbat macam-macam dan banyak sangat makanan dalam satu-satu masa. Tapi memang tak dinafikan memang ada kanak-kanak yang mampu makan banyak. Farah sendiri pernah tengok. Terkejut Farah tau... Tapi tak apalah dah selera nak makan, takkan nak halang pulak ye tak?

Tapi daripada mengharapkan atau menjangkakan anak-anak makan sebanyak yang kita makan, sediakan 6 hidangan kecil dalam sehari. Jangan berikan mereka lebih dari 1 sudu besar lebihan makanan setiap tahun bersesuaian dengan umur mereka. Ermm...faham tak maksud ni? Maksudnya kalau bahagian sebesar itu atau satu mangkuk kecil tu memang dicadangkan atau dirasakan sesuai dengan usia mereka makanan tu, janganlah pergi tambah lagi setengah mangkuk lagi untuk anak makan. Bagi dalam kadar yang bersesuaian dengan umur mereka. Jangan terlebih beri makan sangat ok? Ini boleh bantu mengelakkan obesiti di kalangan kanak-kanak. Hew hew hew... Serta biarkan anak-anak eksplorasi makanan-makanan baru yang bersesuaian dengan mereka dengan semua deria rasa...macam yang Farah pernah kongsikan di dalam entri Permainan Merasa Masam, Masin, Manis, Pahit...

Bila anak-anak dah mula makan dan dah menginjak dari alam bayi kepada alam kanak-kanak, adalah penting bagi mereka untuk belajar makan apa yang orang lain di dalam keluarga makan. Pastikan anak-anak mendapat diet yang seimbang sama ada mereka selalu makan apa yang disediakan ataupun tidak. Kena ingat... tak semestinya anak-anak tu akan makan semua makanan yang terkandung vitamin ataupun mineral yang mereka perlukan, carilah multivitamin ataupun multimineral supplemen yang diformulasi khas untuk kanak-kanak yang bersesuaian dengan umur mereka. Banyak pilihan yang ada kan? Dari jenis kunyah, serbuk dan juga cecair. Cuba pilihan yang berbeza untuk dapatkan sesuatu yang bersesuaian tapi hati-hati jangan sampai anak-anak terlebih dos.

Memang cara yang terbaik bagi kanak-kanak untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan untuk kesihatan serta tumbesaran dari makanan yang mereka makan, tapi agak macam mustahil jugak perkara ni. Dalam kes-kes sebegini anak-anak tu secara terang-terangan lagi bersuluh akan kekurangan nutrien dan suplemen diperlukan. WALAU BAGAIMANAPUN, JANGAN PANDAI-PANDAI SENDIRI SEBELUM MEMBERIKAN ANAK-ANAK SUPLEMEN YER??? DAPATKAN NASIHAT PAED DULU DAN IKUT REKOMENDASI DARI PAED.

Untuk Ash, buat masa sekarang ni, masih belum lagi perlukan suplemen rasanya... Tunggu sikit masa lagi... Ada terfikir jugak nak tanya PAED bila bawak dia cucuk untuk imunisasi umur setahun ni nanti... Tak salah rasanya bertanya... 

*Tiba-tiba teringat pulak memori zaman silam...ahakss..nak jugak menyelit... Farah dulu diberi Scott Emulsion dan juga vitamin Seven Seas. 

Post a Comment

16Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Anim dulu pun amik Scott emulsion perisa oren hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perisa oren tu jerlah yang lalu anim oiii...yang putih tu..yuckiess... ha ha ha...

      Delete
  2. Yg Scots emulsion tu lya mkn masa kecik2 dlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya memang ramai makan yang scott emulsion tu kan?

      Delete
  3. buat mase ni semua anak-anak x mkn supplmen selagi tak 5 thn..ntah kenapa ntah..

    ReplyDelete
  4. makan vitamin C or multivitamin tapi tak konsisten pun. kadang makan kadang tak. kadang sebiji sehari kadang entah ler berapa biji sebab yang abang dah pandai panjat dan dan ambik makan sendiri. dah habis now tak topap dah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he, biasalah anak-anak tengah membesar kan... keadaan ni entah-entah farah pun lalui nanti...who knows kan?

      Delete
  5. yg penting bg anak2 rasa semua dulu makanan dgn pelbagai khasiat :)

    comel mata bulat ash :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dear...he he he...Alhamdulillah, terima kasih...

      Delete
  6. so far takde amik supplemen dah..pernah try scott yang oren tu masa dorang tak lalu makan..abis yang tu try yang kaler putih tapi tak lalu plak nak telan sebab bau kuat sangat..last2 tak amik sampai kesudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he, tak aper, asalkan anak sihat dan membesar dengan baik dah ok dah tu...

      Delete
  7. Amir belum ambil lagi apa2 supplemen...terima kasih berkongsi yer farah...^_^

    ReplyDelete
  8. anak saya memang supplement je la.. makan cukup susah. sekarang makan biskut jer.. ada jugak tanya paed dia kata ok teruskan jer.. so teruskan je la

    ReplyDelete
  9. Kecik-kecik dahulu akak mkn scot emulsion yg warna putih tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !