5 Langkah Keselamatan Anak-Anak Di Dapur...

Farah Waheda Wahid
21
Sumber Dari Google
Ini tak taulah sama ada dia nak tolong memasak ataupun dia nak dimasakkan...Muahahahaha...Comel jer tengok gambar bayi ni...

Siapa yang bila masuk ke dapur untuk bersilat atau berperang dengan periuk belanga akan ada pembantu-pembantu tak rasmi yang comel? Ha ha ha... Kebanyakkan dari ibu-ibu memang mengalami perkara ni kan? Bila kita nak masak ajer, masa tulah mereka nak "masak" jugak. Walaupun Ash masih kecil (memang dia kecik molek pun... nampak dalam gambar jer macam besar...tapi hakikatnya tinggi dan kecik molek... "cutting" model apakah mungkin? Bha ha ha...).... setiap kali Farah ke dapur setiap kali tu lah dia datang dengan lenggang lenggoknya menderu laju... Ash memang suka tengok Farah atau Nek Ma dia masak... Errrr...nampak penampakkan gaya macam dia minat jugak bab-bab masak ni... Muahahahaha.... Menurunkah minat masak itu kepada Ash? Tak salah pun kan lelaki masak? Ramai jer chef-chef lelaki... MasterChef pun lelaki jugak...Macam Zamir dan Dato' Fazley...Ye tak? La la la la... 

Rasa-rasanya sampai ke besar tu bila setiap kali masak, setiap kali tulah dia nak duduk dapur jugak... Dush dush dush...Dan memang ada set-set pinggan mangkuk plastik buat main dia pun...Bukan set main masak-masak yer... Gilo apo? Anak den tu lelaki...Wakakakaka...Karang lain pulak sifatnya... Huishh, mintak simpang! Apa yang ada kat dapur tu jer lah... 

Wallahhh... panjang pulak mukadimah pembukaan entri Farah... "standard" kan Farah Waheda membebel panjang-panjang dalam entri? Ha ha ha... Ok... bila dah ramai benar yang rajin nak meriahkan dapur...satu perkara yang perlu kita titik beratkan adalah keselamatan anak-anak di dapur... Apakah langkah-langkah yang boleh kita ambil supaya keselamatan anak-anak kita terjaga semasa di dapur? 

Berikan Mereka Alatan Atau Barangan Dapur Yang Bersesuaian Untuk Kanak-Kanak
Beri mereka bermain dengan alat-alatan dapur yang sesaiz serta sesuai dengan usia mereka. Mangkuk, pinggan, sudu, apron, pemotong sayur, "rolling pins" yang "kid-friendly tools" untuk membuatkan mereka teruja untuk menjadi sebahagian orang yang bertanggungjawab menyediakan santapan makan tengah hari atau malam ataupun untuk minum petang. Dengan memberikan alatan yang bersesuaian dengan saiz dan usia mereka, sebenarnya secara tidak langsung kita mengajar anak-anak untuk tahu apa yang mereka boleh pegang atau gunakan apa yang tidak.

Letakkan Alatan Dapur Anak-Anak Di Tempat Yang Senang Dicapai Atau Diambil
Bila dah dikhaskan memang itu untuk mereka gunakan atau bermain atau apa-apa saja yang mereka nak buat...muahahaha... letakkan di tempat yang senang untuk mereka capai atau ambil, supaya mereka tak perlu tolakkkk kerusi lepas tu panjat lepas tu terjengket-jengket lepas tu ada risiko untuk jatuh. Huh... Cuba letakkan di tempat yang mudah... Disiplinkan dia untuk cari mana barang-barang dia lepas tu dia tau mana nak cari sendiri...Masa kita bekerja pun tidak terganggu (tapi kerling-kerlinglah jugak, jangan biarkan, manalah tau kan?)

Berikan Mereka Sedikit Kerja Dapur
Ini lebih kepada psikologi sebenarnya. Untuk mengelakkan dapur tu menjadi medan perang dengan sepahan atau barang-barang berterabur serta berkecah. Berikan mereka sedikit aktiviti atau kerja... Yang ringkas-ringkas pun tak apa... tolong patah-patahkan kacang panjang pun boleh. Tolong basuh lobak merah pun boleh. Yang ringkas-ringkas ajer dan yang mudah-mudah ajer...Tak perlu yang berat-berat. Buatkan mereka rasa seronok dan dalam masa yang sama latih mereka kerja-kerja dapur serta terangkan kepada mereka, sebelum masak perlu basuh sayur-sayuran dan bahan-bahan lain sehingga bersih, baru boleh masak...tujuan? untuk kesihatan... "multi-learning" namanya ni...Dan juga melatih mereka tentang "sense of responsibilities".

Jauhkan Alatan-Alatan Atau Kelengkapan Yang Berbahaya
Dah tentu-tentu benda-benda tajam kita takkan beri pada anak untuk main kan? Letakkan di laci yang berkunci atau di kabinet yang lebih tinggi. Supaya anak-anak tak dapat nak ambil atau capai. Ini sesuatu yang umum dan semua orang pun tau. Tapi tak salah untuk Farah ingatkan jugak kan? Sebab kadang-kadang mungkin kita semua ni terlepas pandang ataupun tak sedar. Hu hu hu...

Berkomunikasi, Berborak Dan Ceritakan Serta Terangkan Tentang Amalan Keselamatan Di Dapur
Secara santai, kita sampaikan kepada anak-anak tentang amalan keselamatan ketika berada di dapur. Dengan cara kita yang tersendiri masing-masing. Anak-anak ni tau seronok-seronok ajer di mana-mana pun, rajin bergurau dan bermain. Tapi mereka masih belum dapat fikirkan ke hadapan, bayangkan apa yang mungkin terjadi akibat tindakan mereka tu. Bila dah terkena baru mereka serik. Ada ibu bapa yang suka biarkan sebab bila anak tak rasa, tak tau apa yang akibat sesuatu tu mereka akan terus bermain dan bergurau serta melakukan perkara-perkara yang dilarang sebab seronok. Dah nampak, dah rasa... lain kali tak nak buat lagi dah. Hu hu hu... Tapi seelok-eloknya kita cuba terangkan sampai mereka faham supaya mereka tak lakukan perbuatan tu. Teori susah kata sesetengah orang ye tak? Tapi tak salah kalau kita sebagai ibu bapa cuba... Kalau kita berjaya buat mereka faham dan mereka tak lakukan...sila bangga dengan diri sendiri ok? Ha ha ha...

Seronok jugak ada si comel yang jadi pembantu di dapur dan tukang teman kita masak di dapur tapi tugas kita selain bekerja di dapur adalah memastikan keselamatan mereka. Jauhkan anak atau suruh anak jangan masuk dapur tu bukan penyelesaian. Sebab walau macam mana pun mereka tetap akan melangkah masuk ke dapur. Ada budak tu...wakakakaka...walau kena kurung dalam "baby walker" pun dia boleh angkat "baby walker" dia untuk turun bengul dapur tu... Shushhh... Peluh sejuk Mummy tengok hero sorang tu... Ada-ada ajer akal dia... 

Pendedahan awal kepada dapur dan suasana dapur sebenarnya mengajar anak-anak tentang bagaimana untuk pastikan keselamatan di dapur. *_^ 

Post a Comment

21Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Zaryth pon suma kacau ibu masak..slalu bukak kc..tp bg gelas ikea warna wrni tu diam laa..yg pentg..jauhkn dr benda bhya spti bnda2 tajam n panas....

    good tips...tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama, tulah budak-budak ni semua apa yang kita buat semua mereka nak ambil tau kan? tapi bagus juga sebenarnya untuk pendedahan mereka...

      Delete
  2. Perkongsian yang baik, semoga nak menjadi ilmu buat semua Bunda di rumah...

    ReplyDelete
  3. haha ank sy mmg cbuk klo sy kat dapur..hbs pinggan mangkuk sy dia bwk keluar...siap main baling2.. dh byk mn pecah jasa dia.huhu..rak sy jns yg rendah mmg dia leh capai la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tu kena tinggikan sikit tu...he he he... beli yang ayan atau plastiklah gamaknya ni baru tak pecah...

      Delete
  4. HI KAK FARAH HEEEE
    betul. Sometimes biar je baby mana nak main pun huhu asal tak bahaya hehe. And yes. Pendedahan tu yg penting. Lagi peperfect kalau kita kat situ sekali hihi peratiiii je babyyyyy ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sometimes you have to let them loose with your supervision kaedahnya..barulah sel-sel otak berhubung dan berkembang dengan baik...

      Delete
  5. dapur mmg tpt paling bahaya buat anak kecil.. kene pantau betui2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut kena panas ke apa ke ... it's better to be safe rather than to be sorry ye tak?

      Delete
  6. selalu beringat dan berhati bila anak2 berada di dapur....

    ReplyDelete
  7. Nice sharing.. Beri alatan dapur...mmg. Yah bgi... Diorg angkut segala periuk belanga ke ruang tamu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !