Ujian Pendengaran Bayi Di Rumah...

Farah Waheda Wahid
13
Sumber dari Google
Hari Sabtu yang lepas, Farah bawak Ash pergi kenduri kahwin... Pengalaman pertama Ash ke kenduri kahwin namanya... Alhamdulillah, dah semakin mesra dan baik dengan persekitaran. Jika sebelum ni sangat takut dengan orang...baru orang nak ambik jer dah teriak, tapi kali ni... dia dah mula senyum bila orang menegur...Cuma bila orang nak ambik dukung dia tak nak lah... 

Bila dah pergi kenduri kahwin ni biasalah kan? Bunyi hingar bingar dengan suara riuh rendah tetamu serta sanak saudara ahli keluarga pengantin giteww... Dan cepat pulak rupanya ketibaan pengantin lelaki uolss... Dan seperti kebiasaannya bila pengantin lelaki tiba akan terdengar bunyi paluan kompang pung pang pung pang... Farah jer lain sikit, tak pakai kompang masa kahwin dulu...pakai percussion.... Hik hik hik... Tapi itu semua kenangan...Muahahahaha...Maka kita lupakan saja.... 

Ok, kebetulan tempat kami duduk bersantap tu, menjadi laluan pilihan pengantin untuk berarak... Makanya dengan penuh perasaan tanda tanya...Ash memerhati sampai panjang-panjang leher dia... Ha ha ha... Sesuatu yang baru bagi dia tu... Tak pernah nampak lagi kan? Siap tangan dia pun menepuk-nepuk lengan Mummy dia... Tapi desibel bunyi memang kuatlah uolss.... Hurmm... Farah bangun dan jauhkan sedikit dari paluan kompang tu.... Dan tutup sebelah telinga Ash... Kenapa nak buat macam tu pulak... Biasalah mak yang over memang macam ni... Kekonon takut mengganggu deria pendengaran Ash giteww katanya...Sebab bunyi terlalu kuat... Terlalu kompleks kan Farah? Hurmm.... Sebab desibel paluan kompang tu terlalu kuat bagi Farah untuk bayi... 

Masa Ash mula-mula lahir dulu, lepas lahir jer gynae Farah pada waktu itu dah lakukan ujian pendengaran pada Ash. Lepas tu Farah ada minta doktor untuk periksa pendengaran Ash lagi sekali sebab nak pastikan. Hu hu hu... bukan apa, walaupun orang kata mungkin benda ni poyo dan tak penting dan entah apa-apalah Farah ni kan? Semua tu pun nak ambik kira, tapi bagi Farah penting untuk check-up secara menyeluruh. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Syukran Allah. 

Nak kongsi juga sesuatu tentang ujian pendengaran bayi di rumah... Untuk kita semua para ibu bapa... Menurut artikel di SINI, kita sebagai ibu bapa boleh membuat penilaian sendiri tentang pendengaran bayi kita dengan mencuba ujian pendek yang disenaraikan di bawah di rumah...

Usia Di Bawah 3 Bulan
Tepuk tangan kita di belakang kepala bayi kita. Janganlah kuat sangat... pakai common sense ok? Jika dia terkejut dia OK. Jika dia tidak, ulangi beberapa kali.

Usia Antara 4 dan 6 Bulan
Panggil namanya dan lihat sama ada dia memusing ke arah atau bereaksi terhadap suara kita. Perhatikan jika dia memandang atau menoleh untuk mencari punca sesuatu bunyi yang menarik.

Usia Antara 6 dan 10 Bulan
Perhatikan jika anak kita memberi respon kepada namanya dan bunyi persekitran yang biasa, seperti deringan telefon atau bunyi pembersih vakum. Ha ha ha...bunyi pembersih vakum ni Ash takut ok? Kalau buat perangai tak nak tidur, keluarkan ajer vakum tu, lepas tu duduk statiklah dia kat satu tempat...Memang tak elok menakut-nakutkan anak, tapi lama kelamaan sekarang dia dah mula relaks dah dengan vakum tu. Bukan apa nak bagi dia berani sikit. Nama pun lelaki kann?

Usia Antara 10 dan 15 Bulan
Minta anak kita tunjuk kepada sesuatu objek yang biasa dilihat di dalam buku bergambar. Jika dia tidak dapat berbuat demikian, dia mungkin...mungkinlah ek... tidak dapat mendengar arahan kita.

Walaupun anak kita semua lulus dengan cemerlang kesemua ujian di atas, tetapi kita masih ada keraguan, percayalah pada naluri kita dan minta nasihat doktor bayi kita. Semakin awal bayi diperiksan untuk masalah pendengaran, semakin baik. Menurut kajian yang terbaru, mengenalpasti kanak-kanak yang memerlukan alat pembantu pendengaran dan memasangkan alat tersebut pada mereka sebelum mencapai usia 6 bulan dapat memberi kesan yang ketara dalam perkembangan pertuturan dan bahasa.

*Walaupun ada sesetengah orang berpendapat perkara ni adalah perkara remeh, tetapi bagi Farah ianya tetap penting... Biarpun kedengaran atau kelihatan over sangat...Tapi itulah satu-satunya harga yang paling berharga yang Farah ada uolss... Faham kan? Ha ha ha, tak perlu panjang lebar jelaskan lagi... Hik hik hik...Ok daaa... Hari ni sibuk betul... 

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Masa baby lps lahir dilakukan ujian apgar. Kalo lulus semua kira baby ok la tu.

    ReplyDelete
  2. biase la mak-mak kiter ni..tapi jgn kate mak...abah syakirah lagi teruk over protected dia tau farah..bila kompang sampai dia terus bawak anak dia lari jauh-jauh T_________T lagi over dari mama...kuikuikui..

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang sangat menarik...

    ReplyDelete
  4. betul tu...lagi2 waktu masih bayi...ade gak parents yg bawak bby less than 1 yo tgk wayang kan...hmm pk 2 3 kali untuk bwk anak tgk wayang risau perkara2 cmni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni belum bawak lagi anak saya pergi...he he he...

      Delete
  5. Mmg kt hospital akn buat sblm bg balik... Pastu make sure setiap bulan kita alert... Skrg ni si adik tu mmg telinga lintah... X blh bising sikit pasti tervangun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan Ash tu...telinga lintah, bunyi kunci sikit pun dah berkuit... hu hu hu...

      Delete
  6. bagus ni ...tapi kalau KA dulu cukuplah guna suara sendiri pada anak2 utk uji pendengaran mereka

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !