Tips | Nak Nampak Cantik Dalam Gambar???
Bha ha ha... Sengal...Masalahnya cantik ke gambar Farah ni? Kot yer pun nak dijadikan contoh ye tak? Carilah gambar lain... Inilah namanya ting tong di petang Jumaat... ^_^... Bolehlah ni...
Tapi memang nak cerita macam mana nak nampak cantik dalam gambar pun...Bukan tips dari Farah...tapi tips dari SINI... para penggila-penggila selfie dan penggila-penggila kamera mesti suka tips ni... hik hik hik... Buat tambah-tambah skil bergambar katanya... la la la...
MAHIRKAN SENYUMAN IKONIK ANDA
Setiap orang mempunyai daya tarikan tersendiri ketika tersenyum Ada yang kelihatan menawan dengan senyuman yang menampakkan sedikit gigi, ada yang kelihatan comel tersenyum lebar dan ada pula yang nampak lebih seksi dengan senyuman kecil yang boleh memberikan unsur misteri kepada wajah. Mahirkan senyuman ikonik uolss, tonjolkan kemahiran ini ketika sesi bergambar yang seterusnya. Sekiranya jenis yang susah nak tersenyum tu, fikirkan sesuatu yang menggelikan hati sebelum bergambar sebab ini dapat membantu kita tersenyum dan tampak lebih asli.
PERANAN RAMBUT
Ini bagi yang tak berhijab, rambut akan kelihatan nipis di dalam gambar. Untuk mengelakkan hal ini berlaku, gunakan jari ketika berposing. Selakkan sedikit rambut ke atas dan biarkan posisi tangan di kepala sambil tersenyum seksi. Taktik ini sering digunakan oleh model-model terkenal bagi menampakkan kelebatan rambut dan mengelakkan mereka nampak kaku di dalam gambar.
JANGAN TUNDUK
Setiap kali mengambil gambar, pastikan mendongak sedikit ke atas kerana ia boleh menyembunyikan dagu yang berlapis!!! Muahahahaha...nampak tak permainannya di situ? Nampak tak gambar kat atas ni... Berjaya tak? Berjaya tak? Pastikan lensa kamera berada selari dengan paras mata. Sekiranya lensa kamera berada di bawah paras mata, kita akan kelihatan gemuk di dalam gambar. Hua hua hua, lepas ni nak kena buat post mortem gambar-gambar lama ni...Ahakss... Kaji kesilapan teknik bergambar kaedahnya...
POSISI BADAN
Ketika berposing, sekiranya kita menghadap kamera ia tidak akan memberikan bentuk badan yang menarik di dalam gambar. Sengetkan sedikit badan kita, kira-kira 45 darjah daripada lensa kamera, letakkan satu kaki ke hadapan dan tangan di pinggul. Kita akan tampak lebih tinggi dan kurus dengan posisi ini. Ihikss...Sila cuba jaya...
Begitulah tips-tips yang diberikan... *_^... oh ya, lagi satu dari Farah sendiri... ekekekeke... bila bergambar tu relaks... jangan nampak kaku ataupun bahasa omputihnya stiff sangat... barulah natural dan cantik... lembutkan badan tu, lembutkan ekspresi tu... ha ha ha, jangan dok tenung lensa kamera tu macam nak makan sampai terjegil biji mata uolss.... Tak cantiklah gambar giteww... Hu hu hu... Relaks, bertenang...
*Tapiiii... tak nak sekadar nampak cantik dalam gambar jer... luar gambar pun nak cantik jugak...Ha ha ha... Jadinya, makanya kenalah jaga personaliti ye tak? Daaaaa....
Terimakasih telah membaca artikel Tips | Nak Nampak Cantik Dalam Gambar??? . Jangan lupa share ya
Share
30 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
Terima kasih atas tips
ReplyDeleteJom nak praktis hehehe
pektis kak jangan tak pektis...practice makes perfect tau...
Deleteyeahh pastu 1 lagi mcm Ana pulak suke pilih dressing kaler hitam.
ReplyDeletebarula illusi optik nampak kurus gittewww kikiki =P
ha tu pun yer jugak tu ana...
Deletevavavavavava...terbaiklah!! sesuai utk mommy sue yg agak gila2 selpie ni jugak..kikikiki
ReplyDeletenalarekek... hi hi hi... kita serupa ajer...gila selfie sue...tapi bukan gila lain...kondisi otak masih sihat lagi Alhamdulillah...ha ha ha...
DeleteOoo gitu ye...terbaiklah tips farah ni ;)
ReplyDeletecuba sue jangan tak cuba...he he he...
Deletethanks for sharing...shining la gigi farah...^_^
ReplyDeleteha ha ha, terus tengok gambar tu balik...
DeleteLya bab2 begmbr memg faild hhaaa
ReplyDeletetak per lya... cuba jaya, lama lama esok biasalah...he he he...
Deleteuntuk yang tembam, ambik gamba dari sisi... atau sembunyikan separuh badan di belakang rakan atau obejk seperti tiang..kekekeke
ReplyDeletehe he he, selalu jugak buat tu, sebab memang chubby punnn....
Deletebagusnya siap ada tips lagi tu :)
ReplyDeletesemua perkara ada tips kann? he he he...
Deleteamboii.
ReplyDeletehaha.
kelakar la kak farah.
nanti nak posing cam kak farah jugak la. =P
sila sila jangan tak cuba tau farhana...
Deletejd...hahaha...x nmpk dagu lelapis tu.leh guna la nti :p
ReplyDeleteamboiii zaiii.... siap dah pektis awal-awal...sila-sila dialu-alukan...
DeleteHehe... Ai yakin ai cntik... Hehe... Boleh gitu... Hehe...
ReplyDeleteboleh jer maria... kecantikan itu kan milik setiap insan...
Deletehehehehe suka tips nie..suka selfie dgn senyum melebar =)
ReplyDeletehehehe...mummy ash mmg dh cntk..:-)
ReplyDeletesaya suka kalau orang senyum nampak gigi..tak tau la kenapa..tapi rasa dia macam ceria orang nya..kalau senyum tutup mulut tu mesti sebab gigi tak lawa..ekekekke
ReplyDeleteInfo menarik..tapi mmg berguna ni.
ReplyDeleteTq sis..
Tips berguna untuk selfie welfie. Hehe
ReplyDeletelagi satu...bila nak bergambar guna lah anak anak sebagai aksesori tambahan untuk lindung apa apa yang patut cam perut yang boroi hahaha
ReplyDeletewah sangat berguna tips ni..tq kak.. :)
ReplyDeleteTips berguna untuk selfie selfie. Hehe
ReplyDelete