The State of The Working Moms...| Keseimbangan Kerja, Keluarga & Anak...

Farah Waheda Wahid
8
Source Extracted from Google
Bagi sesetengah isteri2 atau ibu2 yang berada di luar sana, duduk di rumah menjadi seorang surirumahtangga sepenuh masa...menjaga makan, minum, pakai serta kebajikan suami serta anak2 dan melihat anak2 membesar di hadapan mata sendiri adalah satu perkara yang paling menyeronokkan... Bagi suami yang berkemampuan untuk menanggung semua... memang syok ar kann??? Isteri duduk goyang kaki jer kat rumah dan melaksanakan tugas2 lain dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga dan anak... Alhamdulillah, rezeki tu... Iolss is tumpang happy kalau giteww... 

Tapii, bagi sesetengah orang, kalau duduk rumah plus dapat income memang lagi menyeronokkan... ^_^... Dan ada pula sesetengah wanita tak boleh kalau tak kerja, mesti nak kerja jugak...dan nak pegang duit sendiri jugak... Iolss ni malangnya, tak tergolong dalam kategori yang nak jadi surirumahtangga sepenuh masa uolss... Hu hu hu... Iolss lebih selesa bekerja, pegang duit sendiri dan bebas mengatur kewangan sendiri... *_^... Duit isteri kann suami tak boleh nak ambik??? Itu hak isteri...tapi tanggungjawab suami adalah tanggungjawab...tak boleh nak lari... Kalaulah, kalaulah ditakdirkan satu hari nanti dah sampai satu peringkat tak nak bekerja makan gaji lagi...iolss akan tetap bergerak ke sana ke mari untuk menjana income... Duduk saja di rumah macam tu, it's not so me... Masa anak2 kecik2 ni seronoklah duduk rumah jaga anak, tengok anak membesar depan mata macam tu... Tapi...bila anak2 masing2 dah besar2, sibuk dengan school, activities and whatever things they were involved...lama kelamaan iolss terfikir mesti kita akan mula rasa sunyi, keseorangan dan bosan tu mungkin ada sikit2lah...Hik hik hik...Issue sensitif tak berani nak kupas lebih2 sangat...Karang kot2 ada yang dush dush straight forward kecam dan meroyan kat akak...Sesia jer uolss...Muahahahaha.... 

Ok, bagi ibu2 bekerja...ni cerita khas tentang ibu2 bekerja ek... cerita tentang keseimbangan kerja, keluarga dan anak... 

Source Extracted from Google
Apa Yang Merisaukan Ibu2 Dalam Kembali Bekerja???
  • terlalu banyak masa yang tak dapat nak "spend" dengan anak2 dan keluarga... sebab sibuk bekerja ajer... iolss ada terasa jugak masa mula2 kembali bertugas selepas daripada tempoh "confinement" dulu... 
  • tak boleh nak balance antara kerja dan life...takut terkeluar dari landasan... 
  • issue tentang penjagaan anak...mencari seseorang atau satu2 tempat yang boleh dipercayai untuk menjaga serta mengasuh anak2 weolls... ini memang big issue kann??? Alhamdulillah, hati tenang bila Ash duduk dengan Nek Ma dia, tapi hati tak tenang bila mengenangkan Nek Ma Ash bukan sihat sangat...sebenarnya intend nak hantar nursery, tapii Nek Ma Ash berkeras tak bagi orang lain jaga ataupun hantar ke nursery...sampai mogok tak nak makan seminggu uolss...so what are the choices that I have??? Tak nak susahkan mak, jaga anak kita tapi mak tetap nak jugak...Yelah...satu2nya cucu dia... 
  • dengan berkerja kembali akan menambahkan tekanan dalam hidup seseorang ibu
  • kos penjagaan anak, nak nak lagi anak2 yang dah semakin bertambah2 dari tahun ke tahun...rezeki Allah dan setiap anak tu ada rezekinya...Alhamdulillah...tapi cost of living yang tinggi sekarang ni... memang kadang kala akan membuatkan parents terlintas sesuatu di fikiran tentang perkara ni kann??? Tu yang jadi kadang2 sebab nak jimat kos, berani suruh anak yang dah matang sikit...let say darjah 3 ke atas...balik sekolah duduk rumah sendiri sampai parents balik dari kerja... I've seen many... Tak salah pun, kalau confident dan anak tu ok...teruskan...lagipun memang patut berjimat kalau perlu dan boleh kannn???Cuma kena fokuskan pada safety anak2 lah...itu main concern sebenarnya...
Alasan Utama Kenapa Ibu2 Bekerja???
  • We love what we do... aren't we??? 
  • Nak encourage strong work ethics dalam diri anak2... suruh tengok contoh macam mana kita kerja keras cari rezeki ler... so mereka mencontohi kita dan inherit some parts of it... 
  • Anak2 berada di sekolah kebanyakkan pada masanya... 
  • Bantu suami, bantu keluarga tambah tokok pendapatan mana2 yang perlu...
Alasan Kenapa Ada Sesetengah Dari Ibu2 Yang Tak Mention Mereka Ada Anak Semasa Temuduga??? - cop ada ker orang macam ni??? mungkin ada kot??
  • Risau kalau tak diberikan pekerjaan...aduhaiii, rezeki dari Allah dan pasti ada rezeki tu...antara lambat atau cepat jer... 
  • Risau benda tu akan jadi satu halangan dalam berunding harga gaji yang bakal diberikan... erkk, like seriously meh??? 
  • Risau benda tu akan jadi satu halangan untuk personal time off sendiri... 
Nak keep balance antara kerja, keluarga dan anak ni akan jadi susah kalau kita sendiri fikir susah...akan jadi senang kalau kita fikirkan senang... Senang cerita, kita just fikir, masalah tu wujud kerana manusia, manusia yang cipta masalah...jadi pasti ada jalan penyelesaiannya kalau kita fikir, teliti dan perhati betul2... Sabarrrr.... Itu kata kuncinya... And bagi working mom, hidup kita tak sama macam mereka2 anak2 dara yang single... memang betul kita ada time limitation... sebab kita perlu peruntukkan masa untuk anak2 dan keluarga juga... Jadi pandai2lah kita sama2 susun atur... There were times, when we just need to forget about work, lepaskan segala tentang kerja dan focus 100% pada family... Dan there were times when we have to learn how to say no for something at work sebab beyond our working hours and we really can't attend to it... dan jadi firm dengan pendirian kita...tapi berpada2lah, jangan sampai merisikokan periuk nasi pulak... Yang mana kita boleh tolerate, kita tolerate, yang mana memang tak boleh tu, memang tak bolehlah... 

Dan ada situasi di mana, kalau pihak majikan kita bertanya...yang mana lebih penting??? Anak atau kerjaya... Pernah terjadi uolss...dan for me, it's time to move on...Just cakap dengan majikan tu... anak kalau hilang tiada gantinya...masa dengan anak kalau hilang ketika mereka sedang membesar tiada gantinya... kerjaya atau rezeki pasti ada di mana2...antara cepat atau lambat...In Shaa Allah... Tak giteww??? 

*Sebenarnya... ibu2 bekerja ni ada juga dilemma-nya yang tersendiri kadang2... dilemma pada situasi, keadaan, masa serta persekitaran giteww... Kalau dapat majikan yang tak memahami sebab hidup dia 24/7 kerja2 kerja dan sampaikan diri sendiri tak ada life tu... anak entah ke mana, isteri entah ke mana, suami entah ke mana... tu yang jadi macam tu tu... Hu hu hu...Ada kann??? Ada kann??? Dalam society kita yang macam tu??? Lepas tu bila dia dah tak ada life... dia pun nak heret orang lain sama2 tak ada life macam dia... Ha ha ha...memang taklah... 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. betul..pagi2 masa nak angkut anak hantar nursery tu yg paling stress masa tu jugak rasa nak resign. tapi bila kenkadang dpt achieve sumthing kat tpt kerja rasa sayang pulak nak berenti hihi

    ReplyDelete
  2. Anak la yang lagi penting..tapi dlm masa yang sama kite perlu bergerak utk masa depan ank juga

    ReplyDelete
  3. banyak perkara yg saya setuju dengan entri ni..

    ReplyDelete
  4. masa temuduga dah tentu2 isi borang kan...akak terus terang je...alhamdulillah diorang ok masa temuduga...at last dapat gak keja kat sini...setuju dengan entri ni...bukan senang nak tinggalkan anak demi sesuap nasi...orang pandang serong...but we have a reason..apapun terjadi...hiup perlu diteruskan...maunya x risau xde masa ngan anak...but...insyaallah..allah maha adil..sibuk macam mana pun anak tetap jadi keutamaan...orang yg mulut busuk cakap kita sampai hati tinggalakan anak kat kampung tu x rasa lagi susahnya...cuba dia kat tempat kita...

    ReplyDelete
  5. kathy teringin nak jadi wanita berkerjaya tapi tak ada rezeki :(

    ReplyDelete
  6. Kagum dengan ibu yang bekerja dalam menguruskan kerja dan family

    ReplyDelete
  7. kalau lah boleh jadi surirumah sepenuh mase tgk anak2 mbesar dpn mate..
    nak anta nursery pon takot
    macam2 kes skarang ni kak farah

    ReplyDelete
  8. Betul tu Farah, byk betul dilemanya...dan saya ada jugak kawan yg tak bekerja selalu downgradekan ibu2 bekerja ni sebagai tak bagus sebab tak jaga anak sendiri ;((

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !