 |
Sumber dari Google |
Buat pertama kalinya, semalam Farah melayan Suamiku Encik Sotong... saja nak tengok Sharnaaz Ahmad berlakon jadi lembut macam mana? Rasanya ini baru pertama kali lihat Sharnaaz memegang watak auwww ni... Tak taulah kalau sebelum ni ada jugak watak lakonan Sharnaaz macam ni yang Farah tak tau atau tak perasan kan?
Untuk kali pertamanya, bila tengok episod ni buat kali pertama, pandangan serta komen Farah... bolehlah... tapi kalau lembut sikit lagi pasti mantap! Ha ha ha.... Pandai pulak komen kan? Pasti seksa jugak tu nak melembutkan diri tu... Bukan mudah abang sado nak jadi lembut... Apa pun tahniah buat Sharnaaz yang dah mencuba melakukan yang terbaik... Jadi pelakon ni kan kena versatile?
Dan seperti biasa ianya adalah garapan dari sebuah novel... Adaptasi dari novel... Sekarang ni kan dah jadi trending di pasaran industri hiburan lakon layar televisyen.
 |
Sumber dari Google |
Farah pernah nampak di kedai buku dan baca sinopsis di beberapa blog, tapi tak pernah membaca keseluruhan novel... ^_^... Sedikit perkongsian sinopsis novel ni yang dipetik dari
SINI
ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?
“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish
“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica
Lebih kurang gitewlah ceritanya... Apa pun malam ni pukul 10 ada sambungan lagi. Ha ha ha... tengoklah kalau rajin, ada waktu terluang masa layan Ash atau ruang mungkin Farah akan tengok sambungannya....
awww.. hehe..
ReplyDeletesinggah blogwalking sini kak :D
thanks shad sebab sudi singgah...
DeletePukul 10 kdg dah tertido skali dgn ank..hihihi..
ReplyDeletefarah 10 mata gagah lagi sue...ha ha ha...dah biasa berjaga malam kaedahnya...
DeleteMcm mnarik sana sini promote crita ni..teruja nak tgk hhaha
ReplyDeletecuba tengok sekali lya..ha ha ha...
DeleteTgk jgk semalam. Haha sotong ngan udang kering. Hehe
ReplyDeleteha ha ha irra...sotong dan udang kering yer... #ehhh
Deleteyup, dah jadi trend sekarang farah.tapi boleh je layan kan
ReplyDeletekalau tak ada apa-apa free bolehlah layan kan? he he he...
DeleteCik akak tunggu ulangan je hari minggu nie...semalam sibuk layan movie lain
ReplyDeletewahhh banyaknya movie cik akak nak layan....
DeleteBelum pnh tgk.. Tpi agak terkejut.. Sharnaz yg jadi sotong tuh.. Hehe
ReplyDeletekeras sikit maria, kena lentik dan lembut lagi...hik hik hik...
Deletenad pun tengok..hahaa..lawak je
ReplyDeletemcm best jer..:)
ReplyDeleteAlamak terlepas plak ... Macam tak caya hero yg terkenal ngan garang nyer tu jadi sotong plak ...
ReplyDeletetengok episod pertama semalam..macam boring sikit la..tak tahu la esok lusa ceman..kan?/
ReplyDeleteakak tgk first episod malam tadi....best
ReplyDeleteAkak baru jerr nengok Sharnaz dalam citer Dollah Superstar kat Astro First. Ala2 lembut juga lah...ok juga. Tapi kalau watak sotong kena lembuttt lagi akak rasa. Tapi nengok Neelofa dalam filem tu, seksi yg ampouuun
ReplyDeleteitulahhh Farah, macam x caya pulak sharnaz nak berlakon jadik awww...hehe :p
ReplyDeleteterlepas dah episod pertama..kena tengok marathon online la nanti ni
ReplyDeletesaya baru tengok online cerita ni. tapi, watak nlembut nya bagi saya macam tak begitu menjadi. dan lebih pulak mengadanya. hihi
ReplyDeletetakda astro..huhu..tak boleh tengok..
ReplyDeletelayan cerita ni...
ReplyDeleteHehehe da start ye...
ReplyDeleteMls sgt nk layan cte cmni...
Beli novel jela...
Heee
mcm keras je si sotong tu belakon...hihihi
ReplyDeleteHehe...macam best ja cerita ni. banyak sangat cerita novel kat tv sekarang.
ReplyDeletemenjadi plak si sharnaaz ni berlakon watak sotong...huh...geli pun ada...
ReplyDeleteniesa tgk ep brapa tah ari tu..boleh thn best..hehehe
ReplyDelete