Ron 95 & Diesel | Dah Selamat Naik...

Farah Waheda Wahid
14
Source Extracted from Google
2 Oktober 2014, dah selamat pun naik harga minyak Ron 95 dan Diesel uolsss... Naik 20 sen... Harga baru bagi Ron 95 adalah RM 2.30 seliter dan bagi Diesel RM 2.20 seliter sepertimana yang diwar2kan melalui media massa semalam kann??? Berpusu2 ke keadaan di petrol station seperti harga minyak sebelum2 ni dan seperti yang iolss pernah ceritakan di dalam entri INI dahulu???

Bila tengok entri lama sendiri, terperasan yang harga minyak naik pada bulan September 2013 dan kini Oktober 2014 harga minyak naik sekali lagi. Macam dah dirancang2 jer gayanya selepas setahun naik lagi... Taklah tuduh, tapi plot cerita tu terasa macam tu pulak... ataupun ianya hanyalah satu kebetulan. Ini something that ponder my mind jer ek??? Bukan nak blame provoke atau menjatuhkan mana2 pihak pun...Cuma logically, iolss terfikir pulak... hurmm... Tapi this time around kebetulan harga minyak naik... tank penuh lagi, so tak adalah terperangkap macam tahun lepas bila semua orang berpusu2 nak isi minyak.

Teringat pulak incident tahun lepas yang mana semua orang berpusu2 memenuhkan ruangan petrol station dan masing2 berlumba2 untuk memenuhkan tangki minyak kenderaan memasing. Semuanya gara2 penangan kenaikan harga minyak. Sampai congested petrol station uolsss... Ingat lagi tak situasi tahun lepas semasa kenaikan harga minyak??? Hu hu hu... Kebetulan waktu tu tank iolss dah berkelip mintak refill, makanya turut sama terperangkap dalam situasi itu. 

By right, secara common sense-nya dengan menyesakkan petrol station sebelum tiba keesokkan harinya yang mana minyak dijual dengan harga baru... it doesn't change anything. Kerana sesuatu yang dipakai akan habis dan esok2nya akan minta diisi semula ye tak??? So... why must kita react sebegitu rupa??? Everyone has different thinking and everyone has a different point of view. Therefore, I am not surprise if ada di antara uolss yang membaca entri ni tak bersetuju dengan pandangan atau pendapat iolss... 

Suka atau tidak, perit atau tidak, selesa atau tidak, harga minyak tetap naik kann??? And this where we use the quotes... life must go on. Mungkin ada pihak yang mengatakan why bother it's only 20 cents... Hu hu hu... Again different people, different view... Masing2 ada pendapat tersendiri... bagi iolss yang menanggung segala komitmen hidup solely on me... 20 sen itu besar maknanya... it will sooner or later has it's own effect... Lagi2 distance office dari rumah memang boleh dikatakan agak jauh... dan hari2 terpaksa tempuh massive traffic congestion. Bila petrol naik, tak mustahil selepas ini barang keperluan harian yang lain akan naik jugak. Selalunya begitulah pattern-nya... 

Akan ada suara2 yang akan menyuarakan... kalau dah tau begitu, ukurlah baju di badan sendiri... Hurmm... bagi sesetengah orang even dah ukur baju di badan sendiri pun... tak dapat nak elak macam mana sebab secara realitinya, barang2 asas yang paling simple untuk kelangsungan hidup pun dah meningkat kosnya. Well, we should not assume on people's hardship or expression of perspective from their situations and conditions. Mungkin pada kita senang, ok dan tak apa2, manakala bagai dia ia adalah sesuatu yang berat ye tak??? ^_^... 

Solution apa yang ada nak tampung kos kehidupan yang semakin hari semakin tinggi??? Tukar tempat kerja supaya dekat dengan rumah perhaps??? Ha ha ha, kalaulah semudah memetik jari... semua orang pun akan lakukan perkara yang sama... Car pool??? Tak semua orang senang dan selesa dengan idea car pool uolss... Hati manusia kita tak dapat jangka kann??? ^_^... Buat kerja part time untuk tambah income untuk tampung cost of living yang semakin tinggi??? Mungkin jugaklah... biasa kita dengar dalam kehidupan ni duit bukanlah segala2nya... tapi errr... jujurlah uolss... applies ke dalam zaman sekarang ni??? Zaman sekarang duit serba serbi.. masuk toilet awam pun 30 sen tapi kalau toilet premium mau sehinggit atau dua hinggit... Semuanya berbayar kann??? Nothing is free now a days... Bila dalam situasi beginilah apabila semuanya duit menjadikan weolls secara sedar tak sedar... mungkin dididik oleh keadaan situasi dan masa kepada materialistik, hamba duit... Kerana apa??? Kerana kelangsungan hidup perlu diteruskan... Bukan cakap orang itu orang ini... diri weolls sendiri pun sama sebenarnya... hu hu hu... 

*Kalau macam tu, tak salahlah kan kalau bloggers meminta bayaran untuk event coverage ataupun reviews... sebab situasi dan keadaan semasa... PR2 company di luar sana or sesiapa sahaja yang nak engage bloggers pun kenalah considerate kann??? Kesian pada bloggers yang mencari makan melalui blog ni uolss... #ehhh off topic plak... larikkk... ha ha ha... oklah sebelum melalut lebih panjang... iolss nak buzz off to dreamland dulu... ta ta ti ti tu tu... Assalamualaikum...

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. assalammualaikum farah..lama x komen.hehe..nanti brg pun naik regala ni.huhu

    ReplyDelete
  2. malam ni isu minyak petrol pulak kan..bertabahlah

    ReplyDelete
  3. waalaikumusalam wbt kak fara, emmm sha setuju... certain people just cakap apa sangat dengan 20sen tu... tapi bagi kedudukan rendah macam iolsss ni... 20sen tu sangat besar.... nahh life must be go on... moga harga barang dapur tak naik jugak... :)

    ReplyDelete
  4. Wslm farah...kupasan yg menarik...dah boleh ganti karam singh walia^^

    ReplyDelete
  5. tetiba minyak naik - terkejut dgr berita mlm td - ish22222

    ReplyDelete
  6. Part naik secara terancang tu macam nak setuju je..hmmm...Then as usual..lepas ni akan ada yang lain juga bakal naik..just wait & see...

    ReplyDelete
  7. Huhuhu naik lg lg lg dan lg..nak bust camner minyak ttp kena isi..sedihnyerr ..

    ReplyDelete
  8. Betul tu... kalau dah 10x setahun naik 20sen tak ke jadik RM1 ke??? Mungkin yg cakap tak kisah minyak naik tu jenis hidup dah memang mewah... atau bergaji 5K-8K sebulan kottt!
    Tapi bagi orang yang gaji cuma 1K-2K??? Lama-lama boleh mati semput sebab tak dapat menampung belanja harian selama sebulan.

    ReplyDelete
  9. life must go on... tabah je la.. after this konfem brg naik jugak.. dgn alasan minyak naik. Haihhhhh.. rasa kesempitan hidup sgt kat bandar ni.. huhu

    ReplyDelete
  10. moga kita sentiasa dilimpahkan rezeki yang banyak.amin

    ReplyDelete
  11. apalah sgt 20sen tu kononnya kan tapi sebenarnya disebalik 20sen tu kos sara hidup semakin tinggi.. huhu..

    ReplyDelete
  12. Mohon share untuk manfaat bersama..

    http://kakngahsihat.wordpress.com/2014/10/02/pelajar-sekolah-maut-jatuh-dari-siling-dewan-sekolah/

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !