![]() |
Sumber dari Google |
Orang-orang yang lebih berpengalaman dari kita selalu mengatakan, kalau bayi terkena jaundice pagi-pagi jemurkan bayi di bawah sinaran matahari pagi sekejap. Dan, ibu bapa baru pulak selalunya setelah melahirkan bayi, teruja nak bawak bayi berjalan-jalan ke sana ke mari.
Nak kongsi sedikit tentang hasil pembacaan di SINI tentang cahaya matahari dan juga kulit bayi... Apa kaitannya?
Untuk pengetahuan semua, bayi yang berusia kurang daripada 6 bulan tidak boleh didedahkan kepada matahari. Dan, jangan gunakan losyen penghalang sinaran matahari (sunblock) sehinggalah bayi berusia sekurang2nya setahun. Bayi patut ditempatkan di kawasan yang redup dan terlindung daripada sinaran matahari.
Sebab tulah ada tempoh berpantang selama 60 hari ye tak? Bayi ni kena elakkan dari didedahkan kepada cahaya matahari...Maksudnya tempoh 6 bulan awal tu, memang kalau nak keluar pun kena pastikan cahaya matahari agak-agak redup macam tu.. Tak giteww? Ke Farah salah... Wakakakaka... Dan patutlah Nek Ma Ash tak bagi Ash keluar dengan Mummy dia masa umur Ash kurang dari 6 bulan bila waktu matahari masih terik terpacak. Dah redup-redup sikit macam tu baru boleh keluar itupun bungkus baik punya dengan kain bedung dan berpayung bagai.
Kalau nak ikutkan Ash masa dalam usia di antara 3 bulan sehingga ke 6 bulan, memang agak kerap jugak outing dengan Mummy. Hu hu hu... Mana nak lekat kat rumah sangat kami 2 beranak ni... Dalam pantang, 2 minggu lepas caesar pun Farah dah drive. Muahahahaha...Boleh berjimba-jimba di TESCO segala bagai... Sampai kena hamput dengan kak long Suria Amanda dan Ayue Jean sebab takut bentan uolss... Tapi terpaksa bukan sesaja suka suki hati nak drive dan berjimba-jimba tu ok? Farah pergi beli barang keperluan dan makan sendirilah... bila stok dah habis... ^_^ Ngee...Kalau tidak nak harapkan siapa nak beli? Nek Ma Ash tak reti drive... Atuk Ash kerja... Jadi kenalah jadi survivor dan independent sendiri... #ehhh memang selalu macam tu apa? Farah memang tak suka nak bergantung sangat atau mengharapkan siapa-siapa pun...Kalau perkara tu boleh diselesaikan sendiri dan hal kecik jer, jalannn... sendiri gerak...tak perlu tunggu-tunggu lagi...
Ok, dah melalut dan ke laut jauh sangat cerita kita ni rupanya...Hik hik hik...
Bayi dan sinaran matahari bukanlah satu kombinasi yang padan. Bayi mengalami kesukaran untuk mengawal suhu badan mereka, jadi kita perlulah berhati-hati dengan haba. Sebagai contoh, jangan tinggalkan bayi kita tidur di dalam kereta tolak mereka yang terbiar di bawah sinaran matahari.
Sinaran matahari boleh menyebabkan kulit terbakar (sunburn) yang dapat membawa kepada kerosakan serius pada sistem kulit bayi kita. Berhati-hati dengan losyen penghalang sinaran matahari (sunblock). Memandangkan bayi kita belum cukup matang, kita tidak sepatutnya menggunakan losyen penghalang sinaran matahari sehingga bayi kita berusia sekurang-kurangnya setahun.
Sebagai langkah alternatif, lindungilah kulit bayi kita dengan kain kapas yang elok, dan tempatkan mereka di kawasan yang redup. Sebab tu bayi kalau keluar rumah berbungkus berbalat ye tak? Ada sebab musababnya, bukan suka-suka kan? Secara logiknya, sediakanlah payung atau sebarang apa pun jenis alat untuk melindungi bayi kita. Langkah yang paling baik, adalah mengelak daripada pergi ke tempat-tempat yang panas dan berhati-hatilah dengan sinaran matahari secara tidak langsung yang dipancarkan oleh air dan pasir - bahkan oleh payung yang berwarna putih.
Kalau rasa kurang pasti dengan losyen penghalang sinaran matahari, pakaian ataupun aktiviti luar, boleh jer rujuk dengan doktor atau jururawat terlatih.
Its nice info, thanks for sharing Cik Farah...
ReplyDeletebagus maklumat ini
ReplyDeleteowh...camtu rupanya...baru tau ni...thanks for sharing
ReplyDeleteBelum 3 bulan dah bawak berjalan..yela nak beli barang2 keperluan..takkan anak nk tinggal pula kan
ReplyDeletebagus ni, k lily mane lah tau kan..
ReplyDeleteBiasanya kalo keluar time panas2 tutup dgn topi atau kain lampin.
ReplyDelete