Maaf Jika Aku Tak Sempurna | Tiba2 Terasa Nak Marathon...

Farah Waheda Wahid
11
Source Extracted from Google
Wo ho ho... tetiba keinginan nak melayan marathon siri Maaf Jika Aku Tak Sempurna ni membuak2 pulak uolss... Iolss memang cam tulah... biasanya, bila awal2 siri apa2 start (khusus untuk drama bersiri) iolss is tak layan dulu... lepas tu bila dah sampai ke peringkat pertengahan nak ke pengakhiran baru terhegeh2 nak ke Tonton dan layan secara marathon. Kenapa??? Muahahaha... Penantian itu satu penyeksaan uolss...tak suka nak tergantung2 sangat cerita...makanya bila marathon lewat sikit pun tak apalah...janji dapat tengok cerita bersambung2 uolss...tak adalah geram menanti atau tak sabar menanti episod yang seterusnya... *_^...Nampak tak permainannya di situ??? Cunning tak iolss??? Errrr...ok... ya ampunnn...tak ada niat nak up diri sendiri... Hik hik hik... 
Kenapa tertarik dengan cerita ni??? Sebab ada abang sado Fahrin Ahmad... hurmm... sebab, setiap lakonan Fahrin iolss boleh rasa romantik dia...wakakakaka... tapi tak adalah obses ok??? Ada few actors in Malaysia yang iolss akan suka bila iolss boleh feel uolss... Alahhh... uolss pun ada yang macam tu jugak kann??? 

Walaupun uolss dah tau sinopsis cerita ni dan juga dah baca novel dari Acik Lana ni... tapi nak jugak kongsi dengan uolss sinopsis cerita ni yang iolss pinjam dan petik dari SINI 

Maaf Jika Aku Tak Sempurna mengisahkan Melina, anak gadis Datuk Zakri yang hanyut dalam keseronokan hidup sebagai anak muda ibukota. Pergaulan bebas dan sikap suka berlibur di kelab2 malam membuatkan Datuk Zakri dan Datin Maziah berasa risau. Pembelajaran dan kuliah2 juga sering diabaikan gadis berusia 23 tahun ini.

Melina berubah menjadi anak gadis yang angkuh, sombong, lepas laku dan sering melawan apabila dinasihati. Atas sebab itu, Datuk Zakri terpaksa meminta pertolongan anak lelaki sahabat baiknya iaitu Luqman Haqeem untuk menjaga Melina. Luqman Haqeem adalah anak tunggal kepada Rashid dan Aliah yang tinggal di Cameron Highlands. Sekembalinya dari UK selepas menamatkan pembelajaran, Luqman bekerja sementara di kebun sayur milik keluarganya di tanah tinggi tersebut. Atas rasa serba salah kerana jasa yang pernah diberikan oleh Datuk Zakri, Luqman akhirnya akur menerima tugas barunya sebagai penjaga Melina. Dia diarahkan menjadi pemandu dan juga pengawal peribadi bagi mengekang kebebasan terlampau yang selama ini dimiliki gadis itu. 

Pertelingkahan tercetus dan pergaduhan sering mewarnai pertemuan mereka berdua. Bagi Melina, Luqman memang lelaki penyibuk yang diupah oleh ayahnya untuk mengongkongnya. Dia ke kelab malam, Luqman akan datang mengheretnya pulang. Dia berpeleseran dengan kawan-kawan, Luqman akan muncul menariknya pergi. Dia benar-benar bencikan Luqman!

Biarpun lelaki kacak itu menjadi rebutan gadis-gadis di kolejnya, semua itu belum mampu mengubah perasaan Melina. Baginya Luqman hanyalah seorang lelaki kampung yang tidak berpelajaran, berfikiran tertutup dan ketinggalan zaman. Biarlah setampan mana pun lelaki itu, Luqman tetap menjadi manusia paling dibencinya. Lebih-lebih lagi dengan sikap Luqman yang sering lantang mempersoalkan gaya hidupnya yang bebas. Dia sering cuba membebaskan diri dari kawalan Luqman namun seringkali gagal kerana lelaki itu lebih pantas menghidu niatnya.

Semuanya berubah apabila bapa Melina meninggal dunia dalam kemalangan. Dan kerana terpaksa, Melina dikahwinkan dengan Luqman. Apakah kesinambungan kisah mereka apabila Luqman dipaksa berkahwin dengan Melina?

Gitewlah kisahnya... dan penampakkan gayanya malam nanti bermulalah operasi marathon cerita ni... kui kui kui.... tu pun lepas Ash tidurlah...Nampak gayanya... jadi burung hantulah iolss malam nanti ni... ekekekeke... 

Post a Comment

11Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. haritu sempat tengok mula-mula ja. hahah ade novel pon tk baca lagi

    ReplyDelete
  2. Citer ni best sbb ada abe fahrin..hehe^^

    ReplyDelete
  3. heppp...esok kerja kan...kang lambat tido plak...hehehehe

    ReplyDelete
  4. boleh tahan juga cerita ni...

    ReplyDelete
  5. hehehe same lah kak farah..
    suke tgk lambat pon takpe
    asalkan xyh tunggu iklan and sambungan next episod

    ReplyDelete
  6. watak ika nabila tu menggeramkan.... hewhew... sha layan kejap je... tak mampu nak tengok citer yang jenis bini kojaq ni.... hikss

    ReplyDelete
  7. Alamak...demam rindu 200% saya baru nak kebah ni Farah hihi

    ReplyDelete
  8. kadang2 tengok,kadang2 tak..hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !