 |
Sumber Dari Google |
Sila besarkan imej untuk penampakkan imej lagi jelas lah ek? He he he... Tiba-tiba nak cerita pasal jambang jap... Walaupun Farah bukan lelaki...Ini semua kerana terbaca satu artikel di
SINI. Kira-kira ini entri khas untuk lelaki lah ek? Yang wanita nak baca pun boleh... buat tambah ilmu pengetahuan dan bolehlah kongsi-kongsi bersama yang tersayang masing-masing yer...Hik hik hik... Mesti terkujat kesayangan-kesayangan masing-masing kalau tetiba berbicara tentang jambang ni...Wakakakaka...Tak pernah-pernah dibuat tetiba ajer...
Beard atau facial hair dikenali sebagai jambang dalam definisi Bahasa Malaysia yang mana ianya merupakan rerambut yang tumbuh pada raut wajah lelaki. Ia sebenarnya berasal dari zaman purba lagi. Tapi ianya mula diterapkan kembali budaya menyimpan jambang apabila Presiden Amerika Syarikat pada abad ke-19 Abraham Lincoln mula mempamerkan budaya jambang dalam masyarakat bumi Barat.
Sekarang ni budaya menyimpan jambang sudah mula diterapkan semula di kalangan lelaki dan selebriti malahan di dalam Malaysia juga. Bukan tu ajer, bahkan ianya mula popular apabila adanya produk-produk khusus dalam mencantikkan dan sekaligus membantu dalam penumbuhan facial hair seperti produk BeardLord yang hari ini kian terkenal di negara-negara membangun termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia. Sila Google nak tengok produk ni ek?
Contoh paling dekat... Wak Doyok...
 |
Sumber Dari Google |
Dengan penggunaan minyak dan wax khas untuk facial hair, ia akan kekal cantik dan kemas dalam masa sehari. Mungkin budaya jambang boleh dicuba untuk gaya yang lebih maskulin disamping menjaga kulit wajah dari sinaran terus cahaya matahari yang merosakkan kulit wajah. Tapi, kekemasan dan kebersihannya sila jangan ambil sambil lewa ek? Geli-lah Farah sebagai perempuan tengok kalau tak teratur dan kemas... untuk penampilan yang lebih berkeyakinan jugak kann?
Menurut artikel
INI tips untuk lelaki berjambang adalah...
POTONGAN
Biarkan jambang tumbuh lebih lama agar ia tumbuh panjang walaupun tidak seragam. Selepas itu barulah potong dan bentuk mengikut gaya yang diinginkan.
SYAMPU
Ianya sama seperti rambut. Cuci jambang dengan menggunakan syampu rambut agar kebersihannya terjamin dan tampak lebih sihat serta terjaga.
TRIM
Untuk mengelakkan jambang tumbuh bercabang seperti rambut, amalkan dengan memotong sedikit hujung pangkalnya sekali pada setiap 2 bulan.
SIKAT
Kemaskan jambang dengan menyikatnya pada setiap hari agar ia kelihatan kemas dan tidak membuatkan orang sekeliling rasa tidak selesa dengan penampilan yang tidak terjaga.
MINYAK
Gunakan minyak atau produk yang khas untuk jambang dan misai dengan amaun yang sedikit di telapak tangan dan sapu menyeluruh pada jambang agar ia kekal cantik dan kemas.
Ha para lelaki sesiapa yang nak cuba berjambang dan tukar imej tu, bolehlah kot cuba-cuba amalkan tips-tips dan panduan ni? He he he... Tapi pastikan kemas dan bersih yer... *_^
*Kalau perempuan boleh jugak cakap...Yang penting diva.... tapi lelaki? Mungkin... Yang penting stylo kot?
macam2 kan
ReplyDeleteha tulah macam-macam... ^_^
Deletejambang wak doyok jugak yang unik dan style :)
ReplyDeletewak doyok tu dah ikon dah fiza...
Deletemmg trending berjambang musim sekarang,
ReplyDeletesetakat ni shark xdek niat lagi nk berjambang,
berjanggut sudah cukup hensem.
hehehhehe.
oklah tu shark...ekekekeke....
DeleteWow mcm2 gaya yg ada...
ReplyDeleteitulah bila dikumpul-kumpul macam-macam gaya rupanya jenis jambang ni... ha ha ha...selama ni tak pernah nak belek pun...
DeleteHusband lya x gemar brjambang hihi rimas katanta
ReplyDeleteakak pun kurang gemar kalau yang berjambang-jambang sangat ni...hik hik hik...
Deletelaki sy xde jambang....sy x suka jambang2 ni.haha...
ReplyDeleteFarah pun tak gemar jambang-jambang ni, tapi ada satu tu Farah sukalah stylo dia...hik hik hik...
Deletejanggut sudah memadai.. jambang nie macam xberkenan di mata..huhu.. xtau la plak klau berubah hati nt.,.hikhik
ReplyDeletejanggut akak cam oklah bolehlah...ha ha ha...dengan syarat mesti kemas...
Deletekalau macam Omar Borkan Al Gala tu memang ensem banget deh Farah.. hahaa
ReplyDeleteterus nak pergi google dan tengok... hik hik hik...
Deletesaya sekarang sedang menyimpan jambang...hahaha
ReplyDeletewahhhh, nanti nak tengoklah macam mana rupa gayanya...hik hik hik....
DeleteMuz mmg slalu jambang ja, tp takdala lebat mana, sebab biasa cukur hari ni dua tiga hari naik balik, so nak mudah simpan jer jambang tu...hehe
ReplyDeleteoh ye ker, ni yang akak nak sibuk-sibuk gi ricky-ricky kat IG Muz ni...adakah? ha ha ha...
Deletesha teringin gak nak mintak hasben simpan jambang.... tadi since dia accident, jambang dia tumbuh sebelah je, sebelah lagi tak tumbuh2... last2 sha suruh shave je la.. hihi
ReplyDeleteshave is better kot?
Deletesuiami saya suka jugak berjambang..kadang2 berjambang.kadang2 tak..sebab tu tak jemu tangok muka dia..muahahhaha....
ReplyDeleteha ha ha, samalah suami kita pun, kadang-kadang ada, kadang-kadang tak...tapi ikut suka dialah janji dia selesa dan looks awesome di mata kita kan?
DeleteSaya paling tak suka lelaki berjanggut. Heheh
ReplyDeleteada sesetengah orang memang tak suka... citarasa masing-masing... ^_^
DeleteWak doyok jerk yg nampak handsome😃😃
ReplyDeleteha ha ha...akak minat wak doyok ek?
Deletegaya wak doyok menjadi ikutan.. hehe
ReplyDeletebetul za, menjadi trendsetter giteww...
DeleteTak suka sgt jmbang2.. Cukuplah simpan janggut.. Hehe
ReplyDeletehe he he, memang ada sesetengah perempuan yang tak minat jambang-jambang ni... samalah dengan akak pun maria...
Deleteaaaargh scary hahaha. CT tak berapa minat sangat guys yang ada lots of hair kat muka :P tapi kalau sikit tu okai lagi just jangan misai hahahahha kenot..!!!!
ReplyDeleteserupa!!!! yang sikit sikit tu ok...macam adam levine ker? ekekekeke...
Deletejambang wak doyo lagi style hehehh
ReplyDeletewak doyok memang trendsetter...
Delete