![]() |
Sumber Dari Google |
"Jungle Hour"...bukan bermaksud waktu hutan yer uolss... Bha ha ha... Ada yang ingat waktu berjimba-jimba di hutan ke? Haip, jangan salah sangka, Farah bukan gelakkan uolss...tapi rasa kelakar dengan terma "Jungle Hours" itu sendiri dan terasa macam terma tu, orang boleh bayangkan yang macam-macam dan bukan-bukan jer...Muahahaha...
"Jungle Hours" ni bermaksud melalui waktu yang meletihkan selepas balik kerja!!! Semua orang secara majoriti akan mula berasa letih selepas pukul 4 petang. Errr, ye ke? Jap cuba fikir jap... Kadang-kadang kalau dah banyak sangat kerja memang terasa letih... Letih bukan bermaksud letih badan atau fizikal sahaja yer...tapi letih otak! Jadi kebiasaannya jam-jam yang berikutnya menuju ke masa tidur mungkin agak sukar untuk dilalui. Haa...masa nilah yang dikenali sebagai "Jungle Hours" tu... Bukan "Jingle Bells" yer... Uikkk apasal jauh sangat menyimpangnya ni...Hik hik hik...Ting tong...
Masa nilah kalau lepas balik kerja, anak-anak cari pasal atau cari sebab kadang-kadang ada ibu bapa yang mula menyinga ye tak? Hu hu hu... Macam mana atau bagaimanakah kita sebagai ibu bapa nak melalui "Jungle Hour" ni?
Melalui satu artikel di SINI, kita sebagai ibu bapa boleh mencuba strategi ini uolss...
- Sila terima kenyataan bahawa selepas pukul 4 petang, masa kita adalah untuk anak-anak kita.
- Sekiranya kita bekerja, biasakan diri kita untuk bertukan kepada mode ibu bapa sewaktu kita dalam perjalanan balik ke rumah. Setiap kali kita melalui kedai, jalan ataupun penanda jalan, lepaskan harapan kita dan bertukarlah kepada mode ibu bapa kita. Gunakan beberapa peringatan yang lembut seperti "Saya tahu rumah akan bersepah." Dan "Tidak mengapalah kalau saya tidak mempunyai masa untuk bertukar pakaian".
- Jangan lupa untuk ambil berat tentang keperluan fizikal kita. Ambillah sedikit snek dan pastikan kita menikmati sebarang minuman sebelum "Jungle Hour" bermula. Muahahaha...dah macam nak pergi berperang pulak.
- Jangan jawab panggilan telefon. Biarlah panggilan masuk ke peti suara atau tunggu mereka membuat panggilan semula.
- Jangan melibatkan diri dengan sebarang perbualan dewasa yang penting, melainkan ianya kecemasan. Tunggu waktu lebih tenang.
- Jangan buat keputusan mustahak, merancang atau mengambil tindakan disiplin pada pertengahan "Jungle Hour". Tidak mengapa kita katakan, "Saya tidak pasti sekarang. Saya akan hubungi awak tentang perkara ini keesokan pagi".
- Buatlah persediaan sebanyak mungkin untuk makan malam, jika boleh, bergantunglah pada makanan sihat yang kita maklum disukai ramai. Kebanyakan ibu menyarankan penggunaan periuk serbaguna atau memasak dalam kuantiti yang banyak dan menyejukbekukan. Separuh daripadanya untuk digunakan pada malam yang lain.
- Ajak anak kita masak bersama. Anak kecil juga boleh membantu untuk membancuh dan mengacau kuah. Jika tidak beri mereka mangkuk sendiri dan isikannya dengan kulit lobak, kerak roti atau pasta dan suruhlah mereka membancuhnya untuk kita. Ha ha ha, bukan betul-betul pun, olok-olok jer pun... Jangan terlalu risau kalau bersepah sebab lepas tu boleh kemas balik. Kekalkan rutin kita. Rutin yang sama setiap petang adalah bagus untuk semua. Semua orang akan dapat menjangka apa yang akan berlaku.
- Namun, jangan lupa bersikap fleksibel. Sebagai contoh, lewatkan masa mandi atau tidak payah mandikan mereka sekiranya anak-anak kita letih. Ermm... tak mandi tak boleh! Kena mandi jugak! Hu hu hu...
Macam tulah katanya bagaiman nak melalui "Jungle Hour" ni... hurm...waktu-waktu penat ni memang cepat jer angin kalau tak betul atau silap-silap haribulan bagi sesetengah orang... Cool, chillex uolss... Hi hi hi... Lapangkan dada dan minda... Dan senyum jer...
Huhuhu kdg2 smp rumah boss call mmg x angkat la. Kalo zmn single yes but not after dah berkeluarga..
ReplyDeleteafter office hours memang tak layan...muahahahaha...
DeleteTerasa pelik bunyinyakan hihihi..
ReplyDeleteagak pelik jugaklah lya...hik hik hik...
DeleteTadi saya pun ingat pergi masuk hutan untuk berjimba.
ReplyDeletetengah membayangkan ni Dr. macam mana masuk hutan dan berjimba...hik hik hik...
Deletesaya baru tau apa itu jungle hour ni..heheh
ReplyDeleteitulah istilahnya dear...
Deletehehe kak nah ingat td buat xtvt masuk utan..
ReplyDeletetulah dah boleh bayang dah...mesti ramai ingat macam tu kak nah...
DeleteXde elaun tipon so x yh jwb after opis hour...so x slh pun....
ReplyDelete