Jenis-Jenis Ibu Menurut Ahli Psikologi...

Farah Waheda Wahid
45
Source Extracted from Google
Tiba-tiba terasa klasik sangat panggilan bonda itu... ahakss..sebab memang teringin sebenarnya Ash panggil Mummy dia Bonda masa mula-mula dulu...Lepas tu tak jadi.. Entah kenapa tak jadi, tak pastilah pulak Farah... Lupa ingatan pulak sebab apa... Macam Kak Yatt Haryati #ehhh Yatt Hamzah... Dah biasa dengan nama Kak Yatt Haryati kerana Kak Yatt adalah senior Farah semasa di SMK Convent Bukit Nanas dulu... anak kak Yatt memanggil kak Yatt dengan panggilan bonda... Klasik dan unik giteww tau... Memanglah belum terlambat kalau nak ubah panggilan tu dan nak latih Ash, tapi dah rasa serasi pulak dengan panggilan Mummy. Jadi kita teruskan sahajalah kann??? 

Ha sebenarnya bukan nak bebel sangat pun pasal panggilan Bonda ataupun Mummy tu. Tapi nak berkongsi dengan semua tentang jenis-jenis ibu menurut pandangan ahli psikologi.

Agak-agak kita-kita ni semua yang jadi mak-mak ni tergolong di dalam kategori yang mana? Hew hew hew...Perfectionist, Unpredictable, Best Friend, Me-First atau Complete? Haa... fikir jangan tak fikir uolss...

Nak bagi hint dan bagi nampak jelas sikit... Melalui satu artikel yang Farah baca di SINI ... seorang ahli psikologi terapi keluarga dan klinikal iaitu Dr. Stephan Poulter menerangkan bahawa terdapat 5 jenis ibu dan setiap daripada jenis-jenis ibu ini ada kekuatan serta kelebihan masing-masing.

Perfectionist Mother 
Secara tipikalnya, perfectionist mother adalah seorang wanita atau ibu yang terlalu mengawal anak-anaknya disebabkan dipengaruhi perasaan takut dan cemas yang melampau terhadap semua perkara. Anak-anak kepada ibu jenis perfectionist mother ini adalah jenis yang hypercritical terhadap diri sendiri, merasakan kekurangan dan kosong dari segi emosi.

Kekuatan seseorang ibu yang mementingkan kesempurnaan ini pulak adalah mempunyai satu daya komitmen yang kuat di dalam perhubungan, bertanggungjawab dan berupaya melakukan apa sahaja. Perfectionist Mother seorang yang hardworking dan tekun.

Dari segi emosi pulak, mereka sering merasakan bahawa pendapat serta pandangan orang lain adalah lebih penting berbanding pendapat atau pandangan sendiri. Huishh bahaya jugak ni... Lepas tu selalu ada satu perasaan di mana dunia sentiasa memerhati dan menilai diri mereka. Tak seronok hidup macam ni kan? Macam jaga-jaga ada yang memerhati... Hua hua hua...

Unpredictable  Mother
Seorang mak yang tak boleh dijangka.. cemas, marah, emosi terlampau... seorang yang dikawal oleh perasaan sendiri... makanya cara keibubapaan dia adalah lebih berasaskan mood ... Jenis ibu yang paling huru hara sekali ni... Seorang ibu yang bermasalah, mencipta masalah, isu dan krisis dalam pemikiran sendiri melalui emosi serta perhubungan dan melepaskan segala-galanya pada anak... Kesian anak-anak jadi mangsa... Hurmm... Apabila emosi menguasai akal dan fikiran katanya...

The Best Friend Mother
Ibu yang berasa seronok melayan serta melalui hari-harinya dengan anak-anak dengan menjadikan anak-anak sebagai BFF. Tapi dalam masa yang sama masih ada peraturan dan boundaries dengan anak. Tak adalah nak bagi anak pijak kepala sampai hilang rasa hormat ye tak? Pandai-pandailah... Ibuku sahabat baikku... Giteww...

The Me-First Mother
Kategori ni, adalah mak-mak yang jenis self-absorbed and insecure. Semua nak diri diutamakan. Kalaulah kata anak-anak focus benda lain.., tiba-tiba boleh jadi sentap giteww... #ehhh... Sampaikan kesannya anak-anak jadi ragu-ragu dengan keputusan sendiri sebab semuanya nak kan pandangan mak dulu sebelum buat apa-apa... Err... tapi anak-anak memang patut mintak pandangan serta pendapat ibu bapa dulu kan sebelum buat apa-apa keputusan? Melainkan kalau dah dewasa, dah tau buat keputusan sendiri, dah berkerjaya dan berkeluarga... itu lainlah... sendiri buat keputusan diri sendiri...

The Complete Mother
Dambaan setiap ibu pun nak jadi ibu yang lengkap dan cukup semuanya. Emosi seimbang, yang mana melihat anak sebagai individu dan percaya anak boleh mencapai kebebasan mereka sendiri. Tak semestinya sempurna dan tak kiralah apa pun bentuk emosi atau keadaan emosi dia, dia adalah seorang yang komited pada motherhood walaupun terdapat tanggungjawab lain yang perlu dipenuhi. Tapi menurut Dr. Stephan Poulter, hanya 10 peratus jer mak mak yang jenis macam ni walaupun inilah jenis ibu yang memberi kesan yang baik di dalam kehidupan anak pada masa akan datang.

Terfikir jugak ni... dalam 5-5 ni yang mana Farah ek? Sebab macam kombinasi sana sikit sini sikit... Muahahaha... Yang pastinya, macam ibu-ibu lain memang mencuba untuk jadi the complete mother untuk Ash dan dalam masa yang sama mestilah nak jadi BFF dia jugak... kan? Tulah satu-satunya permata hati uolss... 

Post a Comment

45Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Replies
    1. Ibu sememangnya ratu di dalam hati semua orang... ^_^

      Delete
  2. Campir sana sini sket yo become complete mother^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang campur sana sini sikit pun sue... hu hu hu...

      Delete
  3. Eh kita pun suka panggilan bonda tu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap jgak panggul bunda....:)
      walauapapun ibu2 mesti nak anaknya yg terbaik:)

      Delete
  4. thanks for info Farah, linda pun tak pasti masuk yg mana hehe..mesti mcm ada sana sini sikit2 :p

    ReplyDelete
  5. hmm... yg mana kakzana punya kategori ye? over protec ada, garang ada, mudah cair pun ada. tgk situasi la.... apa yg penting, dulu kan perasaan anak tanpa berlebihan.

    ReplyDelete
  6. semua orang nak jadi ibu yg terbaik..masa anak masih kecil kita igt boleh jadi The Best Friend Mother..tapi bila umur dia dah meningkat..sudah berkawan..kdg2 perlu juga jadi ibu yang tegas..kdg2 persekitaran dan kawan2 boleh mempengaruhi anak2..tegas tapi dgn kasih syg...anak2 skrg perlu diberitahu knp sesuatu perkara itu kita tegah @ lrg..kena nicely beritahu apa kesan buruknya jika buat...sekurang2nya mereka rasa dihormati kerana diajak slow talk..cakap dgn elok tanpa leteran dan marah2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. leteran dan marah-marah tu ada impak negatifnya yang tersendiri kan?

      Delete
  7. kakak spupu saya dipanggil bunda oleh anak2nya

    ReplyDelete
  8. nak jadi mommy serba boleh....kihkihkih...sebab kekadang hero ajak bersilat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena menuntut dengan kak sal sebab anak kita pun hero jugak...he he he...

      Delete
  9. Replies
    1. memang ada macam2 jenis mak... tapi function tetap sama...

      Delete
  10. thanks for ur info farah. i want to be a gud mother for my princess tapi saya lebih pendekatan BFF. hope so..

    ReplyDelete
  11. best info nih ;) thanks for sharing farah..

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. telefon mak adik... hilangkan dan lepaskan rasa rindu itu...

      Delete
  13. tulah... mmg impikan jd ibu yg terbaik... skrg ni bila adam dah besar sering jdkan Adam sbg bff.. byk sharing dgn dia...

    ReplyDelete
  14. hihihi syok baca entri ni,,,macam ade seme je ciri2 tu,..kombinasi lah

    ReplyDelete
  15. A ah kan..mcm comel jer panggil bonda..

    ReplyDelete
  16. saya rasa macam saya ada semua tu je..heheh..(perasan je kot)

    ReplyDelete
  17. Muhasabah diri jap... Hehe thanks sharing..

    ReplyDelete
  18. Replies
    1. telefon mak cepat2 dan katakan kepada mak, i love you...ngee...

      Delete
  19. Susah nak ckp, sebab Mak slalunya ada semua ciri ;)

    ReplyDelete
  20. Replies
    1. of course za...mak tetap di hati kann? tak kira apa pun yang berlaku...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !