Jauh Sangat Beza Harganya!!!

Farah Waheda Wahid
13

Hari tu iolss ada update tentang Ash dah bertukar formula milk ("FM") dari Similac LF kepada Frisolac... dan ternyata dia sesuai dengan Frisolac... Everything comes to norm whereby poo poo Ash dah stable and norm kembali. Bukan nak show off or gebang anak iolss minum sekian2 FM, sekian2 harga or what so not. Dan bukannya sebab iolss terlalu menurut kehendak tekak dan selera anak!!! If yes pun, rasanya tak ada yang salah kot uolss... biarlah dia dapat yang terbaik dari satu segi bila dia "kekurangan" dari satu segi yang lain. Setiap kelebihan ada kekurangan dan setiap kekurangan itu ada kelebihannya... begitulah hidup ini... betul tak???

Yang penting bagi iolss sebagai ibu, ianya bersesuaian dan serasi dengan Ash. Tak ada masalah bila consume susu tu. Everything is smooth dengan Ash. That's the most important thing of all. Kesesuaian dan keserasian dengan anak tu penting. Well tak semestinya susu mahal jer uolss... itu tak dinafikan... semahal mana pun susu kalau tak sesuai dengan anak pun tak guna jugakk... susu yang mahal tak semestinya serasi, susu yang murah tak semestinya tak serasi... Keep studying keep researching sehingga bertemu dengan sesuatu yang serasi. Jadi parents ni bukan sekadar jadi parents jer... what me myself learn and experience on my own... there's more to it. Bukannya bila orang ada itu, kita nak ada itu... bila orang ada ini, kita nak ada ini, bila orang beli itu, kita nak beli itu... sebenarnya it's all depends on the child itself. Bukan main boh ajer atau ikut2an ajer... 

Huyooo dah panjang sangat dah luahan mukadimah perasaan ni uolss... ihiksss.. Baiklah... ceritanya simple jer... Beza harga susu... Ha ha ha... Punyalah jauh go around the bush kann??? 

Masa memula beli Frisolac yang dalam kotak tu...700g... iolss beli di Econsave... dan harganya RM 60.90. Disebabkan percubaan beli yang kotak dulu... Tapi bila makin lama makin laju jer Ash consume... nampak gayanya ibarat bekalan tak boleh terputus ni... Iolss proceed beli tin 900g di Econsave jugak. Harganya RM 82.80 setin giteww... phewww... berpeluh jugak dengan harganya... tapi iolss tak adalah nak merungut uolss... Tentang makan, iolss tak kisah... sebab... ini iolss yer... orang lain iolss tak pasti... iolss tak suka nak sekat2 anak makan, minum or selera anak... bukan terlalu mengikut kehendak (again ulang ayat yang sama)... tapii "membanting tulang" siang dan malam semuanya adalah untuk anak... 

The theory is... kenapa perlu nak sekat??? Di luar kemampuan ataupun sebenarnya mampu tapi nak jimat??? Jimat itu ada caranya... tapi bukanlah dengan menyekat makanan dan minuman anak. Maaf andai ada yang tak bersetuju dengan iolss. Sememangnya iolss menyampaikan maaf dari hati dengan penuh keikhlasan. Kerana inilah pemikiran iolss... Iolss tak akan sekat apa2 jua selera makan, minum anak iolss... melainkan memang benda2 yang tak boleh dimakan atau haram dimakan... biar iolss susah macam mana sekalipun. Cause I want the best nutrien for him, the best food for him not because nak berlumba2 menunjuk pada orang... it's for him, himself... ini iolss bukan uolss... masing2 ada pemikiran dan pandangan masing2... Dan sekali lagi iolss tak terkejut pun andai ada yang tak bersetuju dengan apa yang iolss lontarkan uolss... kecam2 ni memang biasa dalam dunia zaman sekarang... hu hu hu... 

Ok... yang jadi jauh beza sangat harganya tu... sekotak Frisolac 700g di Speedmart cuma RM 56.70 berbanding RM 60.90 di Econsave. Err... jauh tak bezanya harganya tu??? Jauh kann??? Dah tentu2 macam iolss mentioned tadi... bukan nak gebang... iolss pun nak jimat jugak... apa? Uolss ingat iolss tak ada kekangan kewangan jugak ke??? Errr...kita semua serupa... nak bayar rumah, bayar kereta, bayar bil, bayar duit jaga anak dan bayar macam2 lagi... walaupun Ash cuma seorang itu bukan bermakna... manusia2 yang tak mengkaji atau sesedap mulut di luar sana boleh mengatakan... "bolehlah, gebang, bolehlah cerita... anak dia sorang..."... well well well... I have my own personal story and I have my own secrets... If iolss pilihlah nak story... uolss will have no comment and akan realized tak ada bezanya iolss anak sorang dengan uolss yang anak 2 3 4 orang ok??? Ok tutup cerita tu... 

Conclusion??? Ha ha ha... cerita panjang punya panjang... harga Speedmart jauh lebih rendah (Speedmart tak bayar iolss untuk entri ni dan iolss pun bukan bodek Speedmart... ini pengalaman sendiri)... Kalau nak cari barang2 better survey di Speedmart dulu... barang dapur macam minyak masak pun iolss suka beli di Speedmart uolss... Diapers Ash di TESCO RM 40++ - Speedmart cuma RM35.95 sahaja... 

Kalau nak kira banyak jugaklah barang yang jauh perbezaan harganya dengan store2 yang lain... Dah kata kena jadi pengguna bijak. Hari2 dok saran kat dalam media massa... kita jadilah pengguna bijak... hew hew hew... 

Pokok pangkalnya, berjimat boleh dan memang sangat dianjurkan... tapi berjimat tu kenalah berpada2 ye tak??? Kita sebagai pengguna yang kena bijak... kalau rasa2 mahal, cuba2lah bawak2 survey kat tempat lain dulu dan cari harga termurah sebelum jump into conclusion... Hu hu hu... nak jadi pengguna bijak ni, bukan sekadar shopping cepat2 pulun beli semua barang kat satu tempat jer... But it involves time... and proper observations...

Iolss ni semenjak dua menjak jadi mak ni, makin menjadi2 suka compare harga sana sini uolss... Ha ha ha... motif sangat tau gitew attitude dan gayanya... 

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. dengan keadaan ekonomi sekarang kan farah..

    ReplyDelete
  2. yes..speedmart mmg murah tp klu giant, aeon big, tesco etc xde offer la..susu danish mmg akan carik kt sana..brg2 dapur pun byk yg murah ;)

    ReplyDelete
  3. same goes with me farah. kitorg kalau nak membeli susu anak2, mmg akan beli di Speedmart. Selalu beli brg dapur kat Giant, but again, susu FM kalau ada promo pun, harga di Speedmart jauh lebih murah. Diapers pulak tengok tempat, selalunya beli kat Giant if ada promo, alang2 beli brg dapur, grab terus. Kalau tak, beli kt Speedmart je. Nak berjimat dgn cara mcmni la kan, kena survey dulu harga kat few tempat. At least kita boleh save sikit kat situ..

    ReplyDelete
  4. selamat pagi
    singgah sekejap x sempat nak komen banyak2
    bz day

    ReplyDelete
  5. Speedmart memang murah..akak pon beli susu kat situ..beli kat tempat lain kalau ada promo jer..bukan susu jer..banyak jugak brg lain yg murah kat Speedmart compare Giant,JJ,MYdin..akak pon stuju ngan Farah..takde istilah menunjuk anak kita minum susu mahal atau murah ..yang penting ..keserasian anak dengan susu tu..:)

    ReplyDelete
  6. biasanya kalau susu anak kat kedai ubat memang murah berbanding di shopping mall tapi kalau offer kena grab lebih ler...

    ReplyDelete
  7. Speedmart biasanya mmg murah. Selalu jg beli brg di speedmart. Kalo x duit mengalir mcm air terjun.

    ReplyDelete
  8. Normal la semua nk naik sesuka hati...

    ReplyDelete
  9. memang pon speedmart lagi murah..selalu jugak beli kat situ..betul tu Kak Farah buat ape kita nak sekat jika itu keperluan kan..hadap je..setiap anak tu ada rezeki masing2..redha je..hehe

    ReplyDelete
  10. Ya Allah terlalu jauh beza nya...

    ReplyDelete
  11. Qaisara pun minum susu FRISO..Mmg kene rajin mncari di banyak kedai utk dpt harga yg brbaloi..huhu

    ReplyDelete
  12. nampak sangat beza harga tu. Memang perlu survey dan mencari harga yang lebih menjimatkan.

    ReplyDelete
  13. Jika berada di klang valley, boleh whatsapp sy 0189821220 utk best price friso..Boleh jgk tgk iklan sy di mudah.my..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !