Istilah "Mama's Boy", "Mummy's Boy" Dan Anak Mak...

Farah Waheda Wahid
13

Macam nilah Ash setiap malam... kalau nak tidur mesti sudut itu juga yang dicari. Tak nak sudut lain lagi dah. Kalau tidak alamatnya memang tak tidur atau susah nak tidur jadinya dia. Hurmm terfikir kalau macam inilah gayanya anak teruna nan seorang ini... macam mana kalau Mummy dia kena kerja luar kawasan. Mesti haru biru jadinya bila waktu malam nak tidur yang mana dia akan mula mencari Mummy

Bila perhatikan kelakuan dan tabii dia yang semacam ini setiap malam, buatkan Farah terfikir tentang istilah Mama's Boy, Mummy's Boy dan Anak Emak. Istilah-istilah itu semua membawa maksud yang jelas dan nyata bahawa seseorang anak lelaki itu terlalu manja dengan ibunya. Itu emak, ini emak... pendek kata hidup diselubungi dengan emaklah senang cerita. Segala yang berkaitan dengan diri dia atau keputusan dalam hidup dia dibayangi emak. 

Kalau masa kecil dan ketika masih di bawah tanggungan ibu bapa tak apalah kan? Tapi kalau dah berdikari sendiri, dah pegang duit sendiri dan telah mempunyai pasangan hidup? Perkara ini mungkin akan membawa masalah berbangkit serta masalah dalam perhubungan dengan pasangan. Tidak semua wanita boleh terima bila seseorang lelaki itu melebihkan emak dalam segala hal walaupun pada hakikatnya tanggungjawab anak lelaki tetap ada pada ibunya walaupun telah berpasangan. Tak begitu? Dan syurga itu di bawah telapak kaki ibu kan? Jadi wanita-wanita macam kita-kita ni semua kenalah faham konsep dan faham keadaan... kerana kita juga akan mempunyai anak ataupun mempunyai anak... satu waktu dan ketika masa untuk kita akan sampai juga. ^_^... 

Memang betul tanggungjawab anak lelaki tetap terletak pada emak. Yang emak-emak pula janganlah cuba-cuba mengambil kesempatan... dan mengeruhkan hubungan anak lelaki kita dengan pasangannya ye tak? Konsep mudah... emak dan pasangan kena saling memahami peranan masing-masing. Macam tulah. 

Mama' Boy, Mummy's Boy ataupun Anak Emak ni lembut? Tak semestinya kot? Pokok pangkalnya terpulang pada didikan. Anak-anak itu ibarat kain putih dan kita sebagai ibu bapa yang mencorakkannya... dah acapkali kita mendengar pernyataan ini kan? Dah jelas semuanya berpunca dan dibentuk dari didikan ibu bapa serta persekitaran. Anak-anak kecil melihat, mentafsir dan juga dipengaruhi dengan apa yang dia lihat, dengar dan juga perhatikan. 

Farah takut ke kalau Ash jadi segala yang negatif tentang Mama's Boy, Mummy's Boy dan Anak Emak ni? Tak adalah, cuma alert dengan sikap dan sifat... Nak takut apa kalaulah kita tau cara nak mengendalikan situasi ni dan berhadapan dengan situasi ni... Kalau tersalah cara didikan mungkinlah kot akan menjadi satu masalah. In Shaa Allah, akan mencuba sedaya upaya untuk memberi didikan yang sebaiknya pada Ash. Dengan izin Allah SWT. #ehhh untung tau dapat pasangan yang latar belakangnya macam ni... kui kui kui... melihat dari sudut yang positif macam tu... mereka lebih memahami wanita serta menghormati wanita secara rawaknya dari borak-borak kosong dengan kawan-kawan yang berpengalaman berhadapan serta berpeluang untuk hidup bersama Anak Emak... Tapi tak adalah maksud Farah yang lelaki bukan Anak Emak pula tak menghormati atau memahami wanita... Jangan salah faham yer? Dush dush... Semuanya bergantung pada didikan dan lelaki itu sendiri sebenarnya tentang bagaimana pendirian dia yang sebenarnya... ^_*

*Manja itu tidak salah asalkan bertempat... yang penting pandai berdikari, menghormati orang lain, memahami orang lain, pandai bawa diri... Yang salah tetap salah serta perlu diperbetulkan... yang betul tetap betul tak begitu? Siap sedia ajerlah siapa yang bakal jadi menantu Farah pada masa depan tu... Hik hik hik... Saja menyakat... Tapi jangan risau... Mummy ni seseorang yang liberal... Deng >_<

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Mmmm.. Abang dan mak saya pun mcm tu awak..

    ReplyDelete
  2. Manja dan respect perlulah bertempat. Kena pandai jaga hati mak dan jga isteri. Takleh berat sebelah.

    ReplyDelete
  3. Suami saya pon mummy's boy. TApi best sbb mak dia duk sama ngan kami n mak dia yg masak hari2.. :))
    *Apa punya menantu lahh

    ReplyDelete
  4. Hubby pun ank emak jg. Saling melengkapi antara isteri dan mil^^

    ReplyDelete
  5. tak salah jadi anak emak pun, bila ash besar nanti dia pun akan malu sendiri.hihi.comel je ash ni.

    ReplyDelete
  6. Samala dengan anak saya Darish...kalau nak tdo kena cari sudut2 tertentu dan kena cari ummi juga...dgn walid x mo. Sebab tu juga ummi dia dah 3 tahun x g kursus luar kawasan dan yg seangkatan denganya...Darish punya pasal...tapi x pe...pengorbanan ibu utk anak2nya.

    ReplyDelete
  7. En hubby kita anak emak sbb dia satu2nya anak lelaki dlm family dia...dia x manja...dia blh buat keputusan sendiri...blh berdikari..dan blh beza mana nk didahulukan dlm sesuatu perkara...kira adil la..

    ReplyDelete
  8. Saya manja gak ni..effect smpai skrg

    ReplyDelete
  9. dah emak yang melahirkan, anak emakla kan, jangan marah farah yea, gurau je pepagi ni.

    akak rasa kalau dapat meraptkan hubungan dengan anak lelaki tu, bagusla. Sebab akak ni, rasa macam dah tersilap, dengan anak lelaki kurang rapat banding dengan anak perempuan, dengan anak perempuan kita boleh chat memacam, dengan anak lelaki ni ( yang nombor dua, umur dah 15 ) akak macam tak tau nak sembang apa, dia plak jenis tak banyak cakap macam abah dia, sedih juga, sebab akak rasa macam mengabaikan dia.

    ReplyDelete
  10. betul tu x salah jd anak emak..at least dia tau membahagikan tggjwb dia sbg suami dan anak n bapa..hehe.

    ash ash nti mummy xde..cari aunty el taw hehe aunty el ada ariqa oklah tu ash & ariqa sweet angattttttttttt ekekeke

    ReplyDelete
  11. suami sy pon anak mak tp Aqil anak abah.tdo nk kena ada abah

    ReplyDelete
  12. Mmg untung dpt lelaki anak mak... Dia mmg setia dgn isteri.. Cuma mak tu sndirila kna main peranan bila si anak lelaki dh khwin... Jgnlah kongkong dia lagi bila dh de keluarga sndiri kn... Xde mslh lah khwin dgn lelaki ank mak nih...

    ReplyDelete
  13. Alolololo manjanya Ash.. Tapi kan farah Ash kecil lagi ok kot. lainlah dh besar masih nk buat mcm tu kan.. mmg xsalah tp dia ank lelaki perlu lebih berdikari gitu.. Sesekali xpe.. Yg penting untung bkl isteri dpt suami yg ank mak ni sbb dia juga akn syg isteri..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !