Huwaaaa... Tidurlah Ash!!!

Farah Waheda Wahid
34
Sumber dari Google
Tersilap teknik pulak malam semalam (#ehhh... mana nak tau dia suka dan minat kan?)... Ha ha ha.... Adalah anak teruna seseorang tu... Anak siapa lagi? Kalau bukan anak Mummy kan? Ash lah... Tahan mata ooo... Lewat tidurnya malam semalam... Postpone jadual kerja rutin Mummy dia menghadap Bubblynotes sekejap. Semuanya gara-gara Man of Steel ni... Macam faham-faham dan tau-tau jer dia, cerita ni berkaitan dengan gelaran cuperboy dia yang memang sedari awal-awal lahir diberikan oleh salah seorang uncle blogger dia Shark.

Amatlah baik kelakuan sepanjang cerita ni ditayangkan... Huh... memang statik jer duduk, menonggeng, baring tengok cerita ni... Habis rindu seluruh celah-celah rumah sebab tuan kecik tak melawat kawasan... Ha ha ha... Dari pukul 10.00 malam sampai pukul 12.00 tengah malam... Tahan betul mata dia... 


Di kala kawan-kawan sebaya lain lena dibuai mimpi... Ash masih berjaga. Ha ha ha... Tengok TV tetap tengok... Tapi gaya mau ada... Duduk ala-ala pose nak bergambar... Yang Mummy dia sibuk tangkap gambar dia. Tapi memang dia tak hairanlah. Sibuk sangat menghayati Superman yang seolah-olah dia memang fokus sepenuhnya pada cerita tu... Huh... faham sangatlah tu... Lepas tu sekali sekala... angkat sebelah tangan ke depan dengan sebut "da da da"... Ha ha ha... Kekonon fefeeling dialah yang tengah terbang di udara dan angkasa lettew.


Gigih dia menunggu sampai cerita tu habis...Boleh jer nak guna kekerasan dengan tutup jer TV tu...Muahahaha... Tapi malam tadi tiba-tiba Mummy jadi terbaik hati pulak... Sekali sekala kaedahnya... Lepas habis cerita tu lebih kurang dalam pukul 12.00 tengah malam...Baru dia settle down...baring, tepuk tepuk sikit...akhirnya tidur... Farah pun dah tak tahan dah mata...Tidur sekali...Biasalah tidur berpeluk-pelukan anak beranak yang memang menjadi rutin kami... Hik hik hik...

*Jangan lepas ni dia dah dapat kaki, panjat sofa lepas tu main terjun tiruk sebab nak terbang macam Superman sudahlah... Hua hua hua... 

Post a Comment

34Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Alahai baby ash. Kecil2 dah pandai fokus. Good boy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah try distract macam-macam tapi dia tetap tak heran...

      Delete
  2. alahai comelnye dia.pndi sungguh tgk tv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah tengok tv tu macam dah faham sangat jalan ceritanya...Kalau gaya macam ni, cepat matang ni...ihikss...

      Delete
  3. wahh...boleh statik je dok depan tv tengok citer tu ek..betul2 minat ni...hehe

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. tu sebab akak ambik gambar dia lya...sebab fokus sangat... hu hu hu...ralit jer...

      Delete
  5. Hihi.... dah pandai menghayati cerita ye Farah..
    Tengoklah mata dia tu memang nampak khusyuk benar:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak, tiba-tiba mak dia rasa nak pengsan tengok telatah dan kerenah dia...

      Delete
  6. huhu.. sacrifice....
    jemput join segmen ni..http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/10/9-awesome-blogs-of-month.html

    ReplyDelete
  7. Hahaha...Nmpk gaya macam bakal beraksi begitu...kiki..Haihhh..Comeynye awak Ash...Pipi tu nmpk mahal..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak nampak gayanya memang macam bakal beraksi ni...Hik hik hik...Pengsannn....

      Delete
  8. Jgn pula lepas ni Ash nak try terbang cam cuperman hehehe

    ReplyDelete
  9. alololo comelnye Ash...tgk superman kene ada gaya jugak kan, macho gitu..

    ReplyDelete
  10. Tahannya mata dye.

    Di sini, saya nak perkenalkan sebuah kedai online yang wajib anda kunjungi terutamanya adik2 akak2 yang suka beli secara pukal atau agent2 dropship seluruh Malaysia ^_^

    http://angellovesoldier.blogspot.com/2014/10/esgesee-korean-fashion-online.html

    ReplyDelete
  11. Comellah Ash..tengok TV macam orang dewasa..fokus tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriously babe, I pun jadi terkedu tengok anak I macam tu...errr...betul ke Ash macam ni...boleh? muahahaha...

      Delete
  12. Anak-anak memang fokus kalau tengok kartun, kadang-kadang kita pulak yang jadi risau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bukan setakat kartun, tengok movie ni pun dah jadi macam ni dah... hu hu hu...

      Delete
  13. lepas ni x leh ajar dia tgok tv or tab selalu...dari sekarang kena ajar dik..kalau x sure x tido mommy nanti...

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum farah....boleh dia tahan mata x nak tido yer...tengok gambo tu mcm beria2 n faham jer Ash tengok cite tu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !