3. “Boleh Ash Tolong Mummy?”
Jika anak mengganggu ketika kita memasak di dapur, apa kata ucapkan ayat di atas. Ajak mereka membantu kita membuat kerja yang mudah dan ringkas. Biar dia membantu mengemas meja makan dan menyediakan pinggan, mangkuk, sudu dan sebagainya. Ini akan membuatkan dia rasa dipercayai dan bersedia menerima sebarang tanggungjawab.

4. “Apa Sebenarnya Yang Ash Nak Cakap?”
Bila anak marah, macam-macam perkataan yang terhambur dari mulutnya. “Mummy ni teruklah!” atau “ Ash benci Mummy!” - errr mintak dijauhkan. Kata-kata ini terkeluar kerana ketika itu dia tidak dapat berfikir dengan baik. Jadi, jangan anggap anak maksudkan apa yang dikatanya.

Cari punca mengapa dia berkata sedemikian. Caranya mudah saja. Misalnya, anak marah bila kita menyuruhnya tidur. Tanya dengan lembut. “Apa yang membuatkan Ash marah sangat pada mummy? Sebab Ash tak boleh tengok TV?” Kemudian, jelaskan mengapa kita menyuruh dia tidur. “Mummy bukan tak bagi Ash tengok TV. Hari dah lewat, esok Ash nak pergi sekolah. Kalau tidur lewat nanti di sekolah, Ash mengantuk pula.” Penjelasan perlu diberikan agar dia tahu bahawa tindakan yang kita ambil sememangnya wajar demi kebaikannya.

5. “Ash Kena Faham. Tidak Semua Orang Sama.”
Bila anak mula merajuk dan mengatakan kita tidak berlaku adil kepadanya, ayat ini sangat bagus untuk digunakan sebagai alasan. Kita perlu bantu anak supaya faham bahawa manusia ini dijadikan berbeza-beza. Maka, layanan pun berbeza mengikut keadaan dan tempat.

Misalnya, anak kita bengang bila kita membelikan adiknya sepasang kasut bola. Sudah semestinya anak perempuan tidak memerlukan kasut bola kerana dia tidak bermain bola sepak seperti kanak-kanak lelaki. Meskipun begitu, kita perlu berwaspada dalam soal melayan anak-anak. Jangan sampai timbul sebarang perbezaan yang menjurus kepada melukakan perasaan. Giteww... Mujurlah Ash seorang diri buat masa dan ketika ini...Hu hu hu... #ehhh

Itu untuk yang dah berakal, yang dah besar dan mungkin bersekolah...untuk kes si pipi labuh sorang ni... masih kena terangkan walaupun dia tak berapa nak faham supaya dia belajar faham...dan pujuk dengan cara mengalihkan perhatian dia kepada perkara lain. Dan teknik gantikan dengan benda atau perkara lain sekiranya dia kekurangan atau kehilangan sesuatu pun berguna jugak...Hew hew hew... Tapi Farah percaya, kadang-kadang dalam melayan anak merajuk ni boleh jadi pening dan buntu jugak kepala kan? 

*Perghh, kalau si pipi labuh tu merajuk style bawak diri macam gambar kat atas tu... Umang aiii...berpeluhlah Mummy nak fikir cara memujuk...Muahahaha... Ok...itu sahaja cerita tentang rajuk merajuk hari ini...Ekekekeke...