![]() |
Sumber dari Google |
Ini semua ilham berpunca dari entri pagi tadi tentang Merajuk 2 Hari!!! di pipi labuh tu... Hu hu hu... Tapi tak adalah labuh sangat pun, sedang-sedang ajer... Ha ha ha, dah melalui fasa ni kan? Jadi faham-faham ajerlah... nak jugak cerita walaupun orang-orang lain ada ceritanya yang tersendiri.
Farah selalu perhatikan ada ibu bapa yang bila anak-anak kecil mereka merajuk... Ini yang selalu perhati kat pusat membeli belah lah ek? Ihikss... nampak nau sibuk memerhati...Tapi bukan kepochi hal orang lain lah... Dah depan mata...ternampak terpandang... Hurmm... Tapi tak adalah dok sibuk pergi campur tangan tau... Perhati dan jadikan pengajaran...
Apa yang Farah perhatikan...bila anak-anak kecil merajuk ni, ada ibu bapa yang akan marah atau tengking anak tu balik... ada ibu bapa yang biarkan ajer...lantaklah nak jadi apa pun... lama-lama nanti ok sendirilah tu... ada ibu bapa pulak yang mula-mula pujuk ini, pujuk itu...lama-lama hangin... ada ibu bapa lagi yang jenis tangan cepat... sama ada terus mencubit ataupun tangan pantas jer memukul anak... Hu hu hu... Kadang-kadang anak tu menangis sambil berjalan ataupun berguling-guling kat lantai tak kira di mana saja... Bukan nak mengata bukan nak kritik yer? Itu pendekatan dan cara masing-masing mendidik anak... Sebab hanya ibu bapa yang kenal cara mendidik dan mendekati anak-anak mereka, jadi mesti ada sebab kenapa tindakan mereka begitu...Hidup ni tak payah nak kritik sangatlah kan tindakan atau keputusan seseorang itu, sebab kita tak faham apa yang mereka lihat dan nampak...tak giteww? Belum sampai masa kita lagi, sok sok bila dah sampai waktu kita baru kita tahu apakah ia yang sebenarnya... Senang jer contohnya, hari ni mungkin anak kita tak berguling-guling di lantai mana-mana tempat tapi esok kita belum tau lagi... Ha ha ha... Nampak permainannya di situ? Esok kot kalau dah berguling masa tu baru hangpa tau na... #oopss.... Mau haru biru jadinya...
Ibu bapa kena faham permainan yang ditunjukkan oleh anak-anak, sikap serta sifat mereka... Kena pandai tackle dalam bahasa mudahnya bagi Farah. Bila dah dapat pikat atau cari kelemahan, masa tu, senang sikit nak mengendalikan... In Shaa Allah... Memang jadi ibu bapa ni kena ada ilmu psikologi ko... Siapa cakap ilmu psikologi tu hanya untuk pakar psikologi jer? Mendalami ilmu psikologi bukan bermakna anda psiko ok? Tak mendalami ilmu psikologi kalau seseorang tu nak psiko bila-bila masa pun boleh jadi psiko uolss... Hu hu hu...
Dalam nak menjayakan usaha nak didik anak-anak menjadi insan yang berakhlak mulia, kita perlukan pendidikan psikologi. Caranya sungguh mudah tetapi menuntut komitment yang tak berbelah bagi daripada diri kita sendiri. Melalui satu artikel di SINI... Gunakan ayat-ayat yang tertera di bawah setiap kali berkomunikasi dengan anak di kala kita berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh anak... Farah ubah sikit mengikut kesesuaian keadaan... Ha ha ha...
1. "Buatlah Pilihan Sekarang"
Frasa ini boleh digunakan ketika menyuruh anak melakukan sesuatu. Ataupun ketika mahu menghentikan apa yang dilakukannya pada itu. Cara ini dapat mengajarnya supaya bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Misalnya, dia dan rakannya begitu bising bermain di dalam rumah. Jadi, kita mahu mereka bermain di luar agar kita boleh menyiapkan kerja-kerja rumah dengan tenang. Namun, anak kita masih lagi berdegil.
"Ash, kalau tak boleh main diam-diam, pergi main di luar." Jika dia masih berdegil, kita boleh membuat tindakan susulan dengan berkata, "Mummy rasa, Ash memang nak main di luar." Cara ini bukan sahaja mengajarnya tentang kesan dan akibat tetapi melatih dia agar bijak memilih dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan.
2. "Mummy Sayang Ash, Tapi Cara Ash Tu Tak Betul".
Ayat ini dimulakan dengan pujian dan diakhiri dengan nasihat. Inilah cara terbaik untuk memujuk anak yang ada kalanya menunjuk perangai. Dalam keadaan tertentu, dia tidak dapat berfikir dengan baik. Selain itu, kata-kata ini juga dapat menyedarkan anak supaya tidak melakukan perkara yang tidak berulang kali. Dia akan faham, jika dia melakukan perkara yang dilarang, bermakna dia akan menjadi orang yang tidak disenangi. Inilah cara terbaik bagaimana kita mendisiplinkan anak dengan cara halus dan lembut.
3. “Boleh Ash Tolong Mummy?”
Jika anak mengganggu ketika kita memasak di dapur, apa kata ucapkan
ayat di atas. Ajak mereka membantu kita membuat kerja yang mudah dan
ringkas. Biar dia membantu mengemas meja makan dan menyediakan pinggan,
mangkuk, sudu dan sebagainya. Ini akan membuatkan dia rasa dipercayai
dan bersedia menerima sebarang tanggungjawab.
4. “Apa Sebenarnya Yang Ash Nak Cakap?”
Bila anak marah, macam-macam perkataan yang terhambur dari mulutnya. “Mummy ni teruklah!” atau “ Ash benci Mummy!” - errr mintak dijauhkan. Kata-kata ini terkeluar kerana ketika itu dia tidak dapat berfikir dengan baik. Jadi, jangan anggap anak maksudkan apa yang dikatanya.
Cari punca mengapa dia berkata sedemikian. Caranya mudah saja. Misalnya, anak marah bila kita menyuruhnya tidur. Tanya dengan lembut. “Apa yang membuatkan Ash marah sangat pada mummy? Sebab Ash tak boleh tengok TV?” Kemudian, jelaskan mengapa kita menyuruh dia tidur. “Mummy bukan tak bagi Ash tengok TV. Hari dah lewat, esok Ash nak pergi sekolah. Kalau tidur lewat nanti di sekolah, Ash mengantuk pula.” Penjelasan perlu diberikan agar dia tahu bahawa tindakan yang kita ambil sememangnya wajar demi kebaikannya.
5. “Ash Kena Faham. Tidak Semua Orang Sama.”
Bila anak mula merajuk dan mengatakan kita tidak berlaku adil kepadanya, ayat ini sangat bagus untuk digunakan sebagai alasan. Kita perlu bantu anak supaya faham bahawa manusia ini dijadikan berbeza-beza. Maka, layanan pun berbeza mengikut keadaan dan tempat.
Misalnya, anak kita bengang bila kita membelikan adiknya sepasang kasut bola. Sudah semestinya anak perempuan tidak memerlukan kasut bola kerana dia tidak bermain bola sepak seperti kanak-kanak lelaki. Meskipun begitu, kita perlu berwaspada dalam soal melayan anak-anak. Jangan sampai timbul sebarang perbezaan yang menjurus kepada melukakan perasaan. Giteww... Mujurlah Ash seorang diri buat masa dan ketika ini...Hu hu hu... #ehhh

Itu untuk yang dah berakal, yang dah besar dan mungkin bersekolah...untuk kes si pipi labuh sorang ni... masih kena terangkan walaupun dia tak berapa nak faham supaya dia belajar faham...dan pujuk dengan cara mengalihkan perhatian dia kepada perkara lain. Dan teknik gantikan dengan benda atau perkara lain sekiranya dia kekurangan atau kehilangan sesuatu pun berguna jugak...Hew hew hew... Tapi Farah percaya, kadang-kadang dalam melayan anak merajuk ni boleh jadi pening dan buntu jugak kepala kan?
*Perghh, kalau si pipi labuh tu merajuk style bawak diri macam gambar kat atas tu... Umang aiii...berpeluhlah Mummy nak fikir cara memujuk...Muahahaha... Ok...itu sahaja cerita tentang rajuk merajuk hari ini...Ekekekeke...
great sharing
ReplyDeletebetul tuu...ank mmbesar ni mang kuat menguji kesabaran...
ReplyDeletenti pjuk lisa lak ye kak :P
ReplyDeleteGreat sharing. Jd parents sabar ni kene ditahap infinity kot ;)
ReplyDeletebagus tips ni..walaupun anak sy bru setahun lebih tp kena belajar juga psikologi kanak2 ni ...tq 4 sharing
ReplyDeleteIlmu psikologi ni memang penting dalam kita menawan hati anak-anak..dan kena tau mood anak2 ni swing..so jadi ibu bapa kena ada ilmu parenting kan, baru tak terpesong..thank u Kak Farah.,..ilmu berguna
ReplyDeleteAnak saya umur 2 taun. kuat sangat merajuknya. Tak boleh marah sikit. Anak bongsu ni. Manja. Saya pulak jenis yang tak sampai hati. Thanks for the tips ya.
ReplyDeleteyep... banyak cabaran dia bila dah ada anak. kadang2 terlepas juga kemarahan... ummi saya pun, kalau anak-anak dia merajuk, dia biar dulu lepas tu baru datang peluk and bagitahu kenapa and kenapa...
ReplyDeleteMmg perlu byk sabar.. Tmbh ank pmpuan..lagi kuat merajuknya...
ReplyDeletetetibe rsa tacing la bace artikel ni.tingat kat arfan..hehe
ReplyDeleteDania kalau merajuk kjp je...x yh pujuk..akak biarkan je...kang pandai dia cari akak balik...
ReplyDeleteAnak saya kecil lagi baru setahun, dah pandai merajuk.Tapi memang kena pujuk sebab nya dia akan nangis sambil letak kepala di lantai.Lambat pujuk boleh hentak kepala ke lantai.Erm..apa yang saya boleh buat pujuk dan beritahu tindakan dia tu salah.Mintak2 tak la sampai ke besar perangai merajuknya tu.
ReplyDeleteqaseh83.blogspot.com
Tq sis. Fuh cabaran gak jd 2 in 1 nie sbg abah n ibu. Dpt la ilham nak jaga anak gurl nie. Mmg manjew dia lain mcm, sensitip.. Hu6..
ReplyDelete