Bila Ash Sakat Mummy Tanpa Henti!!! Huwaaaa....

Farah Waheda Wahid
12
Sumber dari Google
Ini cerita tentang belon! Ya belon! Hu hu hu... Sebenarnya semasa menghadiri majlis kenduri kahwin minggu lepas, pihak keluarga pengantin ada dua jenis cenderahati yang diberikan kepada para tetamu. Satu untuk orang dewasa yang dipenuhi dengan jajan-jajan yang sepatutnya dan satu lagi bungkusan untuk kanak-kanak...

Dalam bungkusan untuk kanak-kanak tu ada macam-macam benda... macam cenderahati hari jadi... Termasuklah belon... Apa kena mengena cerita belon dengan bila Ash sakat Mummy tanpa henti ni? Hu hu hu... 

Ni nak cerita kisah sedih kena buli dengan anak ni... sob sob sob...Muahahaha... Al-kisahnya Farah tiupkan belon-belon yang ada macam-macam warna tu untuk Ash macam gambar kat atas tu. Wahhh, boleh tahan lagi ni pernafasan... Tak semput dan masih boleh tiup belon..Ha ha ha... Ada satu masa tu, memang tak boleh nak tiup belon, tak tau kenapa...Cuba banyak kali pun tak boleh... Dalam hati mesti berat badan naik ni...Tapi kali ni berjaya...Wakakakaka.... Ok balik tentang cerita belon tu... 

Farah tiupkan belon-belon tu untuk Ash, tapi tak tiup besar sangat...Saiznya semua sedang-sedang ajer... dan si pipi labuh tu pun, tiba-tiba jadi teruja sangat ke sana ke mari mengejar belon yang ringan itu yang bergolek-golek di atas lantai. Sebab warna-warni lagilah dia suka kan? Mula-mula elok jer main kejar-kejar dengan belon dan gelak-gelak sendiri... 

Tapiiii...selepas beberapa ketika... dia duduk dan pegang belon... Adalah sebab kenapa Farah tak tiup belon tu sampai tegang betul kan? Ha ha ha, sebabnya takut belon pecah... Boleh? I is fobia giteww.... Hu hu hu... Apa yang Ash buat? 

Sumber dari Google
Ibarat gambar di atas... Ash ramas-ramas belon tu dengan kedua-dua belah tangan dengan menggunakan jari jemari comel dia itu!!! Huwaaaa...Terus Farah tegur Ash... "Ash, janganlah buat macam tu, nanti pecah... Mummy takutlah...".... Lepas tu, hu hu hu, lagi dia datang dekat Mummy dia dan ramas-ramas belon tu... Sambil sengih-sengih... Adehhh... Lagi Mummy dia takut lagi dia sakat... Huh! Kuat menyakat budak ni rupanya...Tapi bakat dari siapa tu dah tau dah... Menurun jugak yer... Ha ha ha... Kalau Mummy ni jadi mangsa sakat diaorang jer lah... 

Seronok Ash memperlakukan Mummy macam tu tau... Disebabkan fobia dan memang tak boleh dengan belon yang Farah bayangkan akan pecah jika asyik diramas macam tu... Sampai tak terambik gambar... Sepatutnya kalau dapat capture the moment baru seronok lagi cerita ni...Ha ha ha...Tak pun video kan? La la la la... 

Huwaaa.... kemain lagi Ash sakat Mummy ek? Tak apa tak apa... nak larang dan tak bagi main belon macam tak adil untuk dia pulak... Terpaksalah Mummy bertahan walaupun rasa seriau tu ada... 

Macam mana pulak reaksi Ash bila belon pecah? Jawapannya selambaaaa... Ingatkan dia takut atau serik...rupanya relaks jer penampakkan gayanya...Sikit pun tak menangis...Dush dush dush... Tapi untuk diri sendiri, lepas ni macam tak nak tiup jer belon lagi...Ha ha ha...bila nak bagi dia main belon boleh tak buat macam gambar kat bawah ni? Isi dengan kacang hijau... Ha lepas tu ramaslah nak ramas macam mana pun...Mummy tak kisah... 

Sumber dari Google

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. heheheh...mesti dia buat gitu sambil tayang2 gigi comel dia tu..kalau dia boleh cakap mesti dia kata.."pecahkan..pecahkan..."
    ejekkekek

    ReplyDelete
  2. hahaha sy blh bayang cmne ash sakat mummy dia...dgn gelak mengekek2.ehhehee

    ReplyDelete
  3. kalu sy dah menjerit ketakutan ;-)

    ReplyDelete
  4. hahhaa comey laa ash... notty boy !! semoga ikatan ash dan mummy semakin kuat... suka tau !

    ReplyDelete
  5. haha..dh pndai bgurau ek.
    cmbest je buat belon cmtu.
    lepas ni kompom belon tu msuk mulut.

    ReplyDelete
  6. Haha..cian maknya.Tak pa Ash..esok2 bila besar,boleh tlg mummy tiup belon pulak

    ReplyDelete
  7. Assalam Farah.......lama tak singgah sini apa khabar?

    Okje mmg tak suka tiup belon....sebab rasa sakit kat pipi ni ha....
    Haha..... pandai Ash yer buli mommy...buli jer Ash buli jer mommy tu

    ReplyDelete
  8. Amboii ash pandai sakat mummy dia ni...
    Cm tau2 je mummy dia fobia ng belon yg diramas tuuu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !