![]() |
Sumber dari Google |
![]() |
Sumber dari SINI |
PERKEMBANGAN PENGLIHATAN ANAK-ANAK KECIL
Bulan Pertama
Walaupun bayi kita dah buka mata mereka, diaorang tetap akan tak kisahkan kita ataupun orang-orang di sekeliling. Ha ha ha, jadi jangan kuciwa jika puas agah-agah anak tu, tapi macam tak ada respon. Maksudnya respon macam pandang ke arah kita balik dan mata bertemu mata. Jangan kuciwa ok... budak-budak baru lahir baru nak berkembang penglihatan mereka.
Bulan Kedua
2 bulan yang pertama ni, bayi akan fokus kepada benda-benda yang berjarak 8 sehingga ke 12 inci dari mata mereka. Makanya, bila kita dekatkan muka kita pada bayi, mereka akan macam...wahhhh.... He he he... Pada peringkat ni mereka paling tertarik kepada warna-warna yang berkontra tinggi... yang terbaik adalah permainan berwarna hitam, putih ataupun dari warna-warna terang.
Bulan Ketiga
Dah boleh tengok tangan sendiri dah dan dah boleh tengok jari jemari comel sendiri dah.
Bulan Kelima
Masa ni up sikit... Dah boleh nampak kaki sendiri...hik hik hik...
Bulan Keenam
Bayi dah boleh toleh sana toleh sini dan menggerakkan bebola mata ke semua arah.
MENGUASAI WARNA
- 2 1/2 tahun: Sekurang-kurangnya boleh menamakan satu warna.
- 3 tahun: Sekurang-kurangnya kenal 2 warna.
- 4 tahun: Dengan senang mengenalpasti 3 jenis warna dengan penuh keyakinan.
- 5 tahun: Pakar dah dengan 4 jenis warna asas.
KANAK-KANAK SUKA DAN SERONOK DENGAN WARNA WARNI
Warna-warna ceria membuatkan kanak-kanak suka. Makanya penuhi hidup anak-anak kita dengan warna-warna ceria yer?
- 2 bulan pertama dalam kehidupan anak-anak kita, mulakan dengan permainan yang mempunyai warna berkontra tinggi... lebih baik jika hitam dan putih sahaja.
- Bila dah masuk jer 2 tahun, mulalah bercakap tentang warna-warna di sekeliling anak. Gambarkan warna tersebut dan mintak anak kita kenalpasti secara berulang-ulang pada objek-objek yang berbeza.
- Kenalkan warna-warna primer yang terang seperti merah, biru dan kuning pada mereka dulu... ceriakan bilik mereka dengan warna-warna terang dan permainan-permainan yang berwarna ceria. Kemudian, barulah kenalkan dengan warna-warna sekunder seperti violet, oren dan hijau. Belajar tentang warna-warna pelangi adalah satu cara yang menyeronokkan untuk lebih mengenali warna-warna asas ini.
- Bila anak-anak dah mula menguasi warna-warna asas, barulah kenalkan warna-warna yang lebih kompleks seperti magenta, coklat dan juga biru dan hijau.
- Kembangkan vocabulary warna anak-anak dengan melakukan aktiviti-aktiviti mewarna dan juga permainan-permainan mewarna.
AKTIVITI-AKTIVITI PEMBELAJARAN DALAM MENGENAL WARNA
- Tawarkan Ash dengan variasi blok warna dan minta dia ambil blok berwarna merah atau hijau. Lepas tu puji-puji ikhlas lah sikit bila anak berjaya kan? Tapi kalau salah, jangan rasa kecewa pulak... tunjukkan warna yang betul. Nama pun belajar kan? Ulang permainan tu secara berulang kali dan lambat laun nanti anak-anak kita akan kenal dan tau nak ambil yang mana satu dengan senang dan mudahnya.
- Daripada banyak-banyak bola berwarna...sekarang ni kan ada jual kat TESCO kat mana-mana bola-bola plastik satu karung tu... belilah...lepas tu letakkan atas lantai, suruh Ash ambil mana satu bola biru ke, merah ke, kuning ke...
- Tunjukkan gambar pelangi, atau kalau lagi cun, terserempak dengan kemunculan pelangi. Sambil-sambil tu terapkan sikit-sikit tentang kebesaran ciptaan Allah SWT. Indahnya ciptaan Allah SWT.
- Bagi ruang dan kebenaran untuk Ash eksplorasi semua jenis warna ni...biarkan dia buat doodle ke, conteng dengan warna ke atau mewarna ke. Lama-lama dia akan sedar jenis alatan mewarna yang mana satukah yang dia suka dan minat dan bolehlah dia mengekspresi diri dia dengan lebih efektif.
- Kanak-kanak memang suka nak pegang warna kan? Oklah, bagilah Ash tiub warna yang kecik yang selamat untuk bayi dan biarkan dia buat apa saja jenis masterpiece dia dengan celupkan jari, tapak tangan, potongan sayur ke dalam warna-warna tu dan hasilkan ke atas kanvas ke, kertas warna ke... tapi dengan pemerhatian lah ...kalau tidak tetiba jer sedar-sedar dah ada graffiti atas dinding...Muahahaha...
- Daftarkan Ash ke kelas seni. Kelas seni ni sebenarnya menyeronokkan. I is taulah...Ha ha ha...sebab masa kecik-kecik dulu Farah pergi jugak... Nanti di kelas seni ni mereka akan belajar macam-macam perkara yang menyeronokkan tentang lukisan dan seni.
Ini semua perancangan yang digariskan tapi tak semestinya pasti Farah hantar Ash ke kelas seni tu...sebab kalau dah masuk playschool ataupun preschool pasti perkara-perkara ni diajarkan jugak kan? Sebab tu kena pilih sekolah untuk Ash ni...kalau boleh nak lengkap segala bentuk pembelajaran... Tapi sekarang semua pun dah lengkap...setiap sekolah memang ada ajar tentang seni lukisan dan seni... Ha ha ha... Cuma terpulang nak pilih yang mana satu ajer sekolahnya...
Farah bukanlah pakar sebab anak pun baru sorang ok? Tapi ini apa yang Farah baca dan Farah fikirkan... kalau rasa-rasa bermanfaat dan uolss pun nak terapkan perkara-perkara ni...silakan... I is gembira uolss...Tak semestinya apa yang Farah cerita ni betul semuanya...tapi kalau rasa boleh diterimapakai...Terima kasih... *_^
perkembangan kognitif menjadi item penting dalam pengajaran dan pembelajaran
ReplyDeletememang betul tu...
Deletecepat pandai
ReplyDeleteIn Shaa Allah, mudah-mudahan dengan izin Allah SWT...
Deletedekat playgroup @ playschool ada diajar juga bermain dgn color..mmg best sgt tgk anak2 main, mak yang teruja lebih tau..hik hik :)
ReplyDeletetak sabar nak tunggu masa keterujaan itu sue...
Deleteanak sulong i bulan 1 tahun depan 4 tahun.. alhamdulillah most of the colors dah kenal.. his fav color is red..
ReplyDeleteanak no 2, bulan 7 bulan.. nama kan tu tau la kot.. main sebut je.. rase nya kenal pink color je kot skrang..
anyway good info..
thank you kak... at least they notice and got to know the colours kan?
Deleteselalu ajar secara tak sengaja sambil2 bawa kereta kenal warna trafic ligt dulu hihiii..warna pokok..n sabagainya everyday
ReplyDeleteyang penting kita berusaha mengajar anak apa yang terbaik sebagai ilmu :)
ReplyDeletesangat berguna info ni....
ReplyDeletethanks for sharing....
ReplyDeletebilek ptaktik kan dkt Medina ni =)